بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR
AL-QUR'AN
فصل ٢٠
ومن آدابه المتأكدة أن يكون حريصا على
التعلم مواظبا عليه في جميع الأوقات التي يتمكن منه فيها ولا يقنع بالقليل مع
تمكنه من الكثير ولا يحمل نفسه ما لا يطيق مخافة من الملل وضياع ما حصل وهذا يختلف
باختلاف الناس والأحوال وإذا جاء إلى مجلس الشيخ فلم يجده انتظر ولازم بابه ولا
يفوت وظيفته إلا أن يخاف كراهة الشيخ لذلك بأن يعلم من حاله الإقراء في وقت بعينه
وأنه لا يقرئ في غيره وإذا وجد الشيخ نائما أو مشتغلا بمهم لم يستأذن عليه بل يصبر
إلى استيقاظه أو فراغه أو ينصرف والصبر أولى كما كان ابن عباس رضي الله عنهما
وغيره يفعلون وينبغي أن يأخذ نفسه بالاجتهاد في التحصيل في وقت الفراغ والنشاط
وقوة البدن ونباهة الخاطر وقلة الشاغلات قبل عوارض البطالة وارتفاع المنزلة فقد
قال أمير المؤمنين عمر بن الخطاب رضي الله عنه تفقهوا قبل أن تسودوا معناه اجتهدوا
في كمال أهليتكم وأنتم أتباع قبل أن تصيروا سادة فإنكم إذا صرتم سادة متبوعين
امتنعتم من التعلم لارتفاع منزلتكم وكثرة شغلكم وهذا معنى قول الإمام الشافعي رضي
الله عنه تفقه قبل أن ترأس فإذا رأست فلا سبيل إلى التفقه
Fasal ke-20:
Termasuk adab pelajar yang amat
ditekankan ialah gemar dan tekun menuntut ilmu pada setiap waktu yang dapat
dimanfaatkannya dan tidak puas dengan yang sedikit sedangkan dia boleh belajar banyak.
Janganlah dia memaksa dirinya melakukan sesuatu yang
tidak mampu dilakukannya supaya tidak jemu dan hilang apa yang diperolehnya. Ini berbeda
sesuai dengan perbedaan manusia
dan keadaan mereka. Jika tiba di majlis guru dan tidak menemukannya, dia mesti menunggu dan
tetap tinggal di pintunya. Janganlah meninggalkan tugasnya, kecuali jika dia
takut gurunya tidak menyukai hal itu dengan mengetahui bahawa gurunya mengajar
dalam waktu tertentu dan tidak mengajar ketika lainnya.
Jika mendapati
guru sedang tidur atau sibuk dengan sesuatu yang penting, janganlah dia minta izin untuk masuk, tetapi
bersabar sehingga dia bangun atau selesai
dari kesibukkannya.
Bersabar lebih
utama sebagaimana dilakukan oleh Ibnu Abbas ra dan lainnya. Hendaklah dia mendorong
dirinya dengan berijtihad dalam menuntut ilmu ketika lapang, dalam keadaan giat dan kuat, cerdas
pikiran dan sedikit kesibukkan sebelum
nampak tanda-tanda ketidak-mampuan dan sebelum mencapai kedudukan yang tinggi.
Amirul Mukminin
Umar Ibn Al-Khattab ra berkata: "Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin. Yakni
berijtihadlah dengan segenap kemampuanmu ketika kamu menjadi pengikut sebelum menjadi pemimpin yang diakui, kamu enggan belajar lantaran
kedudukanmu yang tinggi dan pekerjaanmu yang banyak.
Inilah makna perkataan Imam Asy-Syafi'i
r.a:
"Tuntutlah ilmu sebelum engkau
menjadi pemimpin. Jika engkau sudah menjadi pemimpin, maka tiada lagi waktu
untuk menuntut ilmu."
فصل ٢١
وينبغي أن يبكر بقراءته على الشيخ أول
النهار لحديث النبي اللهم بارك لأمتي في بكورها
وينبغي أن يحافظ على قراءة محفوظة وينبغي أن لا يؤثر بنوبته غيره فإن الإيثار
مكروه في القرب بخلاف الإيثار بحظوظ النفس فإنه محبوب فإن رأى الشيخ المصلحة في
الإيثار في بعض الأوقات لمعنى شرعي فأشار عليه بذلك امتثل أمره ومما يجب عليه
ويتأكد الوصية به ألا يحسد أحدا من رفقته أو غيرهم على فضيلة رزقه الله إياها وأن
لا يعجب بنفسه بما خصه الله وقد قدمنا إيضاح هذا في آداب الشيخ وطريقه في نفي
العجب أن يذكر نفسه أنه لم يحصل ما حصله بحوله وقوته وإنما هو فضل من الله ولا
ينبغي أن يعجب بشيء لم يخترعه بل أودعه الله تعالى فيه وطريقه في نفي الحسد أن
يعلم أن حكمة الله تعالى اقتضت جعل هذه الفضيلة في هذا فينبغي أن لا يعترض عليها
ولا يكره حكمة أرادها الله تعالى ولم يكرهها .
Fasal ke-21:
Hendaklah dia pergi kepada gurunya untuk
belajar di pagi hari berdasarkan hadits
Nabi s.a.w: "Ya Allah, berkatilah umatku pada
waktu pagi hari."
Hendaklah dia memelihara bacaan
hafalannya dan tidak mengutamakan orang lain pada waktu gilirannya kerana
mengutamakan orang lain dalam hal ibadah adalah makruh. Lain halnya dengan kesenangan nafsu,
maka hal itu disukai. Jika guru
melihat adanya maslahat dalam mangutamakan orang lain pada suatu makna syar'i,
kemudian menasihatinya agar berbuat sedemikian, maka dia perlu mematuhi perintahnya.
Di antara yang
wajib dan wasiat yang ditekankan daripadanya ialah jangan iri hati kepada seorang kawannya
atau lainnya atau suatu keutamaan yang dianugerahkan Allah s.w.t kepadanya dan
jangan membanggakan dirinya atas sesuatu yang diistemewakan Allah s.w.t
baginya. Telah saya kemukakan penjelasan hal ini dalam adab-adab guru.
Cara menghilangkan
kebanggaan itu ialah dengan mengingatkan dirinya bahawa dia tidak mencapai hal itu dengan daya dan
kekuatannya, tetapi merupakan anugerah dari Allah s.w.t. Tidaklah patut dia
membanggakan sesuatu yang tidak
diciptakannya, tetapi diamanahkan oleh Allah s.w.t padanya.
Cara untuk
menghilangkan iri hati ialah dengan menyadari bahawa hikmah Allah s.w.t,
menghendaki untuk memberikan keutamaan tertentu kepada orang yang dikehendaki-Nya. Maka patutlah dia
tidak menyanggahnya dan tidak membenci
hikmah yang sudah ditetapkan Allah s.w.t.
********
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :