بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR
AL-QUR'AN
فصل ١٣
ومن آدابه المتأكدة وما يعتنى بحفظه
أن لا يذل العلم فيذهب إلى مكان ينسب إلى من يتعلم منه ليتعلم منه فيه وإن كان
المتعلم خليفة فمن دونه بل يصون العلم عن ذلك كما صانه عنه السلف رضي الله عنهم
وحكاياتهم في هذا كثيرة مشهورة
Fasal ke-13:
Termasuk adab guru yang amat ditekankan
dan perlu diperhatikan ialah tidak diperkenankan merendahkan ilmu dengan pergi
ke tempat yang dihuni pelajar untuk
belajar dari padanya. Sekalipun pelajar itu Khalifah atau di bawah
kedudukannya. Bagaimanapun dia mesti menjaga ilmu dari hal itu sebagaimana silakukan para ulama Salaf ra.
cerita-cerita mereka tentang hal ini banyak dan sudah diketahui.
فصل ١٤
وينبغي أن يكون مجلسه واسعا ليتمكن
جلساؤه فيه ففي الحديث عن النبي خير المجالس أوسعها رواه أبو داود في سنته في
أوائل كتاب الآداب بإسناد صحيح من رواية أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
Fasal ke-14:
Hendaklah dia mempunyai majlis atau
ruang kelas yang luas supaya murid-murid boleh duduk di situ. Dalam hadits dari Nabi s.a.w sabdanya: "Sebaik-baik majlis ialah yang paling
luas." (Riwayat
Abu Dawud dalam Sunannya). Hadits itu telah disebutkan di awal kitab Al-Adab dengan isnad sahih riwayat Abu Said Al-Khudri ra .
فصل ١٥
في آداب المتعلم جميع ما ذكرناه من
آداب المعلم في نفسه آداب للمتعلم ومن آدابه أن يجتنب الأسباب الشاغلة عن التحصيل
إلا سببا لا بد منه للحاجة وينبغي أن يطهر قلبه من الأدناس ليصلح لقبول القرآن
وحفظه واستثماره فقد صح عن رسول الله أنه قال ألا إن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح
الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب وقد أحسن القائل بقوله يطيب
القلب للعلم كما تطيب الأرض للزراعة وينبغي أن يتواضع لمعلمه ويتأدب معه وإن كان
أصغر منه سنا وأقل شهرة ونسبا وصلاحا وغير ذلك ويتواضع للعلم فبتواضعه يدركه وقد
قالوا نظما العلم حرب للفتى المتعالي كالسيل حرب للمكان العالي وينبغي أن ينقاد
لمعلمه ويشاوره في أموره ويقبل قوله كالمريض العاقل يقبل قول الطبيب الناصح الحاذق
وهذا أولى
Fasal
ke-15:
Adab pelajar dan penuntut ilmu. Semua
yang saya sebutkan berkenaan dengan adab pengajar (guru) juga merupakan adab bagi pelajar. Termasuk
adab pelajar ialah
menjalani hal-hal yang menyibukkan sehingga tidak boleh memusatkan perhatian untuk belajar,
kecuali hal yang mesti dilakukan kerana keperluan. Hendaklah dia membersihkan hatinya dari
kotoran-kotoran dosa supaya bisa
menerima Al-Qur'an, manghafal dan memanfaatkannya.
Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w
bahawa Baginda bersabda: "Ketahuilah,
sesungguhnya di dalam tubuh manusia segumpal daging. Jika daging itu baik, seluruh
tubuh menjadi baik. Jika daging itu rusak, seluruh tubuh menjadi rusak.
Ingatlah, daging itu ialah hati."
Sungguh baik perkataan orang yang
mengatakan: "Hati itu menjadi baik dengan ilmu sebagaimana bumi menjadi baik kerana
dijadikan pertanian."
Hendaklah pelajar bersikap merendah
hati terhadap gurunya dan sopan kepadanya, meskipun lebih muda, kurang terkenal
dan lebih rendah nasab dan keturunannya dari pada dia. Hendaklah pelajar
bersikap merendah hati untuk belajar ilmu. Dengan sikapnya yang merendah hati dia boleh mendapat ilmu.
Seorang penyair mendendangkan sebuah madah:
Ilmu itu tidak bisa mencapai pemuda Yang menyombongkan diri,
Sebagaimana air bah Tidak bisamencapai tempat yang
tinggi.
Pelajar mesti patuh kepada gurunya dan
membicarakan dengannya dalam
urusan-urusannya. Dia terima perkataannya seperti orang sakit yang berakal menerima nasihat dokter yang
menasihati dan mempunyai kepandaian, maka yang demikian itu lebih utama.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :