بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 1 Dalam Adab Menghafal Al Qur’an
فصل ١ في آداب حامل القرآن
ومن أهم ما يؤمر به أن يحذر كل الحذر
من اتخاذ القرآن معيشة يكتسب بها فقد جاء عن عبدالرحمن بن شبيل رضي الله عنه قال
قال رسول الله اقرؤوا القرآن ولا تأكلوا به ولا تجفوا عنه ولا تغلوا فيه وعن جابر
رضي الله عنه عن النبي اقرؤوا القرآن من قبل أن يأتي قوم يقيمونه إقامة القدح
يتعجلونه ولا يتأجلونه رواه بمعناه من رواية سهل بن سعد معناه يتعجلون أجره إما
بمال وإما سمعة ونحوها وعن فضيل بن عمرو رضي الله عنه قال دخل رجلان من أصحاب رسول
الله مسجدا فلما سلم الإمام قام رجل فتلا آيات من القرآن ثم سأل فقال أحدهما إنا
لله وإنا إليه راجعون سمعت رسول الله يقول سيجيء قوم يسألون بالقرآن فمن سأل
بالقرآن فلا تعطوه وهذا الإسناد منقطع فإن الفضل بن عمرو لم يسمع الصحابة وأما أخذ
الأجرة على تعليم القرآن فقد اختلف العلماء فيه فحكى الإمام أبو سليمان الخطابي
منع أخذ الأجرة عليه من جماعة من العلماء منهم الزهري وأبو حنيفة وعن جماعة أنه
يجوز إن لم يشترطه وهو قول الحسن البصري والشعبي وابن سيرين وذهب عطاء ومالك
والشافعي وآخرون إلى جوازها إن شارطه واستأجره إجارة صحيحة وقد جاء بالجواز
الأحاديث الصحيحة واحتج من منعها بحديث عبادة بن الصامت أنه علم رجلا من أهل الصفة
القرآن فأهدى له قوسا فقال له النبي إن سرك أن تطوق بها طوقا من نار فاقبلها وهو
حديث مشهور رواه أبو داود وغيره وبآثار كثيرة عن السلف وأجاب المجوزون عن حديث
عبادة بجوابين أحدهما أن في إسناده مقالا والثاني أنه كان تبرع بتعليمه فلم يستحق
شيئا ثم أهدي إليه على سبيل العوض فلم يجز له الأخذ بخلاف من يعقد معه إجارة قبل
التعليم والله أعلم
Fasal 1 Adab
Menghafal Al Qur’an
Hal yang perlu diberi penekanan dari apa
yang diperintahkan kepada penghafaz Al-Qur'an ialah agar menghindarkan diri dari perbuatan
menjadikan Al-Qur'an sebagai
sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya. Diriwayatkan dari Abdurrahman bin
Syibil ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bacalah Al-Qur'an
dan jangan menggunakannya untuk mencari makan, jangan mencari kekayaan
dengannya, jangan menjauhinya dan jangan melampaui batas di dalamnya."
Diriwayatkan dari
Jabir ra, dari Nabi s.a.w: "Bacalah Al-Qur'an
sebelum datang
suatu kaum yang mendirikannya seperti menegakkan anak panah dengan terburu-buru dan
mereka tidak mengharapkan hasilnya di masa depan."
(Riwayat Abu Dawud)
Dia
meriwayatkannya dengan maknanya dari riwayat Sahl bin Sa'ad, artinya mereka mengharapkan upahnya
dengan segera berupa uang atau kemasyhuran dan sebagainya.
Diriwayatkan dari
Fudhail bin Amrin ra, katanya: "Dua orang sahabat Rasulullah s.a.w
memasuki satu masjid. Ketika imam memberi salam seorang lelaki berdiri kemudian membaca beberapa
ayat dari Al-Qur'an, kemudian dia meminta upah. Salah seorang dari keduanya
berkata, Innaa lillahi wa innaa ilaihi
raaji'un.”
Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang suatu kaum yang meminta upah kerana membaca
Al-Qur'an. Maka siapa yang meminta upah kerana membaca Al-Qur'an, janganlah
kamu memberinya."
Isnad hadits ini
terputus kerana Al-Fudhail bin Amrin tidak mendengar dari sahabat.
Sementara mengambil
upah kerana mengajar Al-Qur'an, maka para ulama berlainan pendapat.
Imam Abu Sulaiman
Al-Khattabi menceritakan larangan mengambil upah kerana membaca Al-Qur'an dari sejumlah ulama, di
antaranya Az-Zuhri dan Abu Hanifah. Sejumlah ulama mengatakan boleh mengambil
upah jika tidak mesyaratkannya, iaitu
pendapat Hasan Bashri, Sya'bi dan lainnya berpendaapat boleh mengambil upah. Jika menyinggung
dan dengan akad yang benar, ada
hadits sahih yang mengharuskannya kerana
telah kerana telah ada hadits-hadits sahih yang mengharuskannya.
Ulama yang
melarangnya berhujah dengan hadits Ubadah bin Shamit bahawa dia mengajarkan Al-Qur'an kepada
seorang lelaki penghuni Shuffah, kemudia dihadiahkan kepadanya sebuah busur. Maka Nabi
s.a.w berkata kepadanya:
"Jika engkau suka
dipakaikan kalung dari api di lehermu, maka terimalah hadiah itu."
Hadits itu adalah hadits masyhur yang
diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya. Dan berhujjah pula dengan banyak atsar dari ulama Salaf.
Para ulama yang
mengharuskan boleh mengambil upah tadi menjawab tentang hadits Ubadah itu dengan dua jawaban:
a) Bahwa dalam isnad hadits itu ada masalah.
b) Orang itu menyumbangkan tenaga untuk mengajar, sudah tentu dia
tidak berhak mendapat apa-apa. Kemudian
dia diberi hadiah sebagai tanda terima kasih, maka dia tentu tidak boleh mengambilnya.
Lain halnya dengan orang yang
mengadakan akad dengannya sebelum mengajar.
Wallohu'alam. *********
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :