بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Futuuhul ghoib
Risalah 74
Mutiara karya
Syeikh Abdul Qodir Jailani
المقالة الرابعة والسبعون
فـيـمـا يـنـبـغـي لـلـعـاقـل أن يـســتـدل بـه
عـلـى وحـدانـيـة الله تـعـالـى
قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : أول ماينظر العاقل في صفة نفسه و تركيبه ثم في جميع المخلوقات و
المبدعات فيستدل بذلك على خالقها و بمدعها، لأن فيه دلالة على الصانع و في القدرة
المحكمة آية على الحكيم، فإن الأشياء كلها موجودة به.
و في مـعـنـاه ما ذكر عن ابن عباس رضي الله عنهما في تفسير قوله تعالى
: وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي
الارْضِ جَمِيعاً مِّنْهُ.الجاثية١٣. فقال في كل شئ اسم من أسمائه و اسم كل شئ من اسمه، فإنما أنت بين
أسمائه و صفاته و أفعاله، باطن بقدرته و ظاهر بحكمته، ظهر بصفاته و بطن بذاته حجب
الذات بالصفات و حجب الصفات بالأفعال، و كشف العلم بالإرادة و أظهر الإرادة
بالحركات، و أخفى الصنع و الصنيعة و أظهر الصنعة بالإرادة، فهو باطن في غيبه و
ظاهر في حكمته و قدرته لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ.الشورى ١١.
و لـقـد
أظـهـر في هذا الكلام من أسرار المعرفة ما لا يظهر إلا من مشكاة فيها مصباح، أمره
برفع يد العصمة اللهم فقهه في الدين و علمه التأويل، أنالنا الله تعالى بركاتهم و
حشرنا في زمرتهم و حرمتهم آمين.
Masalah yang pertama yang patut diperhatikan
oleh orang yang berakal ialah keadaan dan suasana dirinya sendiri, setelah itu
barulah ia melihat atau memerhatikan seluruh makhluk dan ciptaan. Dari semua
itu , dapatlah difahami dari mana sumber semua itu dan siapa yang menciptakan
semua itu. Sebab, makhluk itu tanda Al-khaliq (yang mencipta), tanda yang
menunjukkan kekuasaan Yang Maha Gagah dan menunjukkan bahawa yang menciptakan
itu tentu Maha Bijaksana. Adanya makhluk menunjukkan adanya Al-Khalik, kerana
keberadaan semua makhluk itu lantaran ada yang menciptakannya. Inilah yang diriwayatkan
oleh Ibnu Abbas r.a. dalam ulasannya tentang firman Allah :
"Dan Dia jadikan untukmu segala yang di langit dan yang di bumi".
Diriwayatkan bahawa ulasan ayat tersebut adalah sebagai berikut :
Dalam setiap sesuatu itu tersirat satu sifat di antara sifat-sifat Allah dan
dalam setiap nama itu tersirat satu tanda untuk salah satu di antara
nama-namaNya. Dengan demikian, pasti kamu ada dalam salah satu di antara
nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan-Nya. Batin-Nya nampak melalui
kuasa-Nya dan zahir-Nya nampak melalui kebijaksanan-Nya. Dia nampak di dalam
sifat-sifat-Nya dan sifat-sifat-Nya terpelihara di dalam
perbuatan-perbuatan-Nya . Dia menampakkan ilmu-Nya melalui iradat-Nya dan Dia
menyatakan iradat-Nya didalam gerak-Nya. Dia menyembunyikan kemahiran dan
kebijaksanaan-Nya, dan menyatakan kemahiran dan kebijaksanaan-Nya melalui
iradat-Nya. Maka, Dia tersembunyi di dalam ghaib-Nya dan tampak di dalam
kebijaksanaan dan kekuasaanNya.
Firman Allah :
Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Melihat. (QS, 42:11)
Sesungguhnya banyak rahsia-rahsia ilmu kerohanian di dalam kenyataan ini yang
tidak diketahui oleh orang-orang yang tidak memiliki sinar kerohanian di dalam
hatinya. Ibnu Abbas mendapatkan ilmu itu dikeranakan doa Nabi Muhammad saw,
untuknya. Nabi mendoakannya, " Ya Allah, berilah ia pengetahuan tentang
agama dan ajarlah ia pengertian tentang Al-Quran".
Semoga kita mendapatkan limpahan kurniaNya dan dimasukkan ke dalam orang-orang
yang mendapatkan rahmatNya di hari kebangkitan kelak.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :