بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
membaca Al-Qur'an pada waktu
malam
فصل
في المحافظة على القراءة بالليل
ينبغي
أن يكون اعتناؤه بقراءة الليل أكثر قال الله تعالى: من أهل الكتاب أمة قائمة يتلون آيات
الله آناء الليل وهم يسجدون يؤمنون بالله واليوم الآخر ويأمرون بالمعروف وينهون عن
المنكر ويسارعون في الخيرات وأولئك من الصالحين وثتب في الصحيح عن رسول الله أنه
قال نعم الرجل عبد الله لو كان يصلي من الليل وفي الحديث الآخر من الصحيح أنه قال
يا عبدالله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل ثم تركه وروى الطبراني وغيره عن سهل بن
سعد رضي الله عنه عن رسول الله قال شرف المؤمن قيام الليل والأحاديث والآثار في
هذا كثيرة وقد جاء عن أبي الأحوص الحبشي قال إن كان الرجل ليطرق الفسطاط طروقا أي
يأتيه ليلا فيسمع لأهله دويا كدوي النحل قال فما بال هؤلاء يأمنون ما كان أولئك
يخافون وعن إبراهيم النخعي كان يقول اقرؤوا من الليل ولو حلب شاة وعن يزيد الرقاشي
قال إذا أنا نمت ثم استيقظت ثم نمت فلا نامت عيناي قلت وإنما رجحت صلاة الليل
وقراءته لكونها أجمع للقلب وأبعد عن الشاغلات والملهيات والتصرف في الحاجات وأصون
عن الرياء وغيره من المحبطات مع ما جاء الشرع به من إيجاد الخيرات في الليل فإن
الإسراء برسول الله كان ليلا وحديث ينزل ربكم كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يمضي
شطر الليل فيقول هل من داع فأستجيب له الحديث وفي الحديث أن رسول الله قال في الليل
ساعة يستجيب الله فيها الدعاء كل ليلة وروى صاحب بهجة الأسرار بإسناده عن سليمان
الأنماطي قال رأيت علي بن أبي طالب رضي الله عنه في المنام يقول لولا الذين لهم
ورد يقومونا وآخرون لهم سرد يصومونا لدككت أرضكم من تحتكم سحرا لأنكم قوم سوءلا
تطيعونا واعلم أن فضيلة القيام بالليل والقراءة فيه تحصل بالقليل والكثير وكلما
كثر كان أفضل إلا أن يستوعب الليل كله فإنه يكره الدوام عليه وإلا أن يضر بنفسه
ومما يدل على حصوله بالقليل حديث عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال قال
رسول الله من قام بعشر آيات لم يكتب من الغافلين ومن قام بمائة آية كتب من
القانتين ومن قام بألف آية كتب من المقسطين رواه أبو داود وغيره وحكى الثعلبي عن
ابن عباس رضي الله عنهما قال من صلى بالليل ركعتين فقد بات لله ساجدا وقائما
Fasal 4 menerangkan:
Memelihara membaca Al-Qur'an pada waktu
malam.
Hendaklah seorang
penghafal Al-Qur'an lebih banyak membaca Al-Qur'an pada waktu malam dan dalam
sembahyang malam. Allah berfirman:
"Diantara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus,
mereka membaca ayat-ayat Allah s.w.t pada
beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (sholat). Mereka
beriman kepada Allah s.w.t dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang
ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan)
berbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang sholeh. (QS Ali Imran:
113-114)
Diriwayatkan dalam kitab
Shahih Bukhari dan Muslim dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda: "Sebaik-baik lelaki ialah Abdullah,
seandainya dia sembahyang pada waktu malam."
Dalam hadits lainnya
dalam kitab Shahih disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Wahai Abdullah, janganlah engkau
menjadi seperti si fulan; dia kerjakan sembahyang malam, kemudian
meninggalkannya."
Diriwayatkan oleh
Thabrani dan lainnya dari Sahl bin Sa'ad ra dari Rasulullah s.a.w baginda
bersabda: "Kemulian orang mukmin adalah sembahyang di malam hari."
Banyak hadits dan atsar
diriwayatkan berkenaan dengan hal ini.
Diriwayatkan dari Abu
Ahwash Al-Jusyamiy, katanya: "Ada orang mendatangi sebuah kemah pada waktu
malam. Dia mendengar suara dari penghuninya seperti dengungan lebah. Katanya:
"Kenapa mereka merasa aman dari apa yang ditakutkan oleh orang lain?"
Diriwayatkan dari
Ibrahim An-Nakha'i bahawa dia berkata: "Bacalah Al- Qur'an pada waktu
malam, walaupun lamanya seperti memerah susu kambing." Diriwayatkan dari
Yazid Ar-Raqasyi, katanya: "Jika aku tidur, kemudian aku terbangun,
kemudian aku tidur, maka kedua mataku tidak dapat tidur."
Saya katakan:
"Sesungguhnya sembahyang malam dan membaca Al- Qur'an ketika itu amat
diutamakan kerana ia lebih menyatukan hati dan lebih jauh dari hal-hal yang
menyibukkan dan melalaikan. Di samping itu ia lebih mampu menjaga dari riya'
dan hal-hal lain yang sia-sia. Dan ia menjadi sebab timbulnya kebaikan-kebaikan
pada waktu malam."
Sesungguhnya Isra'
Rasulullah s.a.w terjadi pada waktu malam. disebut
di dalam hadits: "Tuhanmu turun setiap malam ke langit
dunia ketika berlalu sepertiga malam yang awal, kemudian berkata: "Aku
adalah Raja (2x), siapa yang memohon daripada-Ku maka Aku perkenankan."
Diriwayatkan dalam
hadits bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Pada waktu malam ada suatu saat di mana Allah s.w.t mengabulkan
doa setiap malam."
Diriwayatkan oleh
penulis Bahjatul Asraar dengan isnadnya dari Sulaiman Al-Anmathi, katanya:
"Aku pernah melihat Ali bin Abu Thalib ra dalam mimpi berkata:
"Kalau bukan kerana
orang yang sembahyang di malam hari dan lainnya puasa pada waktu siang. Niscaya
bumimu telah digoncangkan dari bawahmu kerana kamu kaum yang buruk dan tidak
taat."
Ingatlah bahawa
keutamaan sembahyang malam dan membaca Al-Qur'an ketika itu akan menghasilkan
sesuatu dan tercapainya yang sedikit dan yang banyak. Semakin banyak hal itu
dilakukan, semakin baik, kecuali jika meliputi seluruh malam kerana yang
demikian itu makruh dan boleh membahayakan dirinya.
Hal yang menunjukkan
tercapainya keutamaan itu dengan amalan sedikit ialah hadits Abdullah bin Amrin
Ibnu Al-Ash ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa
sembahyang malam dan membaca sepuluh ayat, dia tidak ditulis (dimasukkan)
kedalam golongan orang yang lalai. Barangsiapa yang sembahyang dengan membaca
seratus ayat, dia ditulis dalam golongan orang yang taat. Dan barangsiapa yang
sembahyang membaca seribu ayat, dia ditulis ke dalam golongan orang yang
berlaku adil." (Riwayat Abu Dawud dan lainnya)
Ath-Tsa'labi
menceritakan dari Ibnu Abbas ra, katanya: "Barangsiapa sembahyang dua
rakaat pada waktu malam, lalu dia bermalam dalam keadaan sujud dan berdiri
menghadap Allah s.w.t."
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :