بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR
AL-QUR'AN
فصل ١٦
ولا يتعلم إلا ممن تكلمت أهليته وظهرت
ديانته وتحققت معرفته واشتهرت صيانته فقد قال محمد بن سيرين ومالك بن أنس وغيرهما
من السلف هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم وعليه أن ينظر معلمه بعين
الاحترام ويعتقد كمال أهليته ورجحانه على طبقته فإنه أقرب إلى انتفاعه به وكان بعض
المتقدمين إذا ذهب إلى معلمه تصدق بشيء وقال اللهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب
بركة علمه مني وقال الربيع صاحب الشافعي رحمهما الله ما اجترأت أن أشرب الماء
والشافعي ينظر إلي هيبة له وروينا عن أمير المؤمنين علي بن أبي طالب رضي الله عنه
قال من حق المعلم عليك أن تسلم على الناس عامة وتخصه دونهم بتحية وأن تجلس أمامه
ولا تشيرن عنده بيدك ولا تغمزن بعينيك ولا تقولن قال فلان خلاف ما تقول ولا تغتابن
عنده أحدا ولا تشاور جليسك في مجلسه ولا تأخذ بثوبه إذا قام ولا تلح عليه إذا كسل
ولا تعرض أي تشبع من طول صحبته وينبغي أن يتأدب بهذه الخصال التي أرشد إليها علي
كرم الله وجهه وأن يرد غيبة شيخه إن قدر فإن تعذر عليه ردها فارق ذلك المجلس
Fasal ke-16:
Janganlah dia belajar kecuali dari orang
yang lengkap keahliannya, menonjol keagamaanya, nyata pengetahuannya dan terkenal kebersihan
dirinya.
Muhammad bin Sirin
dan Malik bin Anas serta para ulama salaf lainnya berkata: "Ilmu ini adalah agama,
maka lihatlah dari siapa kamu mengambil agama
kamu."
Pelajar mesti
memuliakan gurunya dan meyakinkan kesempurnaan keahliannya dan keunggulannya dia atas golongannya kerana
hal itu lebih dekat untuk mendapat manfaat dari padanya.
Sebagian ulama
masa lalu (ulama Mutaqaddimin) apabila pergi kepada gurunya, dia sedekahkan sesuatu seraya
berkata: "Ya Allah, tutupilah keburukan guruku dariku dan jangan hilangkan keberkatan
ilmunya dariku. "Rabi,
sahabat Asy-Syafi'i rahumahullah berkata: "Aku tidak berani minum air sementara
Asy-Syafi'i memandang kepadaku kerana kewibawaannya."
Telah kami terima
riwayat yang bersumber dari Amirul Mukminin Ali bin Abu Thalib ra, katanya: "Termasuk
kewajibanmu terhadap guru ialah engkau memberi salam kepada orang-orang secara umum dan
mengkhususkannya dengan suatu
penghormatan. Hendaklah engkau duduk di depannya dan tidak memberi isyarat di
dekatnya dengan tanganmu ataupun mengerdipkan kedua matamu."
Janganlah engkau
katakan, si fulan berkata lain dari yang engkau katakan. Jangan mengumpat seseorang di dekatnya dan jangan
bermusyawarah dengan kawan
dudukmu di majlisnya. Jangan memegang bajunya jika dia hendak berdiri, jangan mendesaknya jika
dia malas dan jangan merasa bosan kerana lama bergaul denganya. Patutlah pelajar
melaksanakan adab-adab yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t.
Hendaklah pelajar
menolak umpatan terhadap gurunya jika dia mampu. Jika tidak mampu menolaknya, hendaklah dia tinggalkan
majlis itu.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :