بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Terjemah Al-Washaya li Ibn al-‘Arabi
Wasiat – Wasiat Ibn ‘Arabi
Penerjemah : Irwan Kurniawan
Ibn al-Arabi atau
nama penuhnya Abu Bakr Muhammad ibn al-Arabi adalah seorang pemikir Islam dan
seorang sufi masyhur yang berasal daripada keluarga Hatim ath-Tha’i .
Dilahirkan di Murcia, Andalusia (Sepanyol) pada 1165 Masihi dan meninggal di
Damsyik pada tahun 1240.
Di kalangan kaum
sufi, Ibn Arabi dikenali dengan panggilan Muhyiddin yang bererti “Penghidup
Agama”. Pernah hidup dengan ayahnya di Seville, tempat beliau menumpukan pada
pelajarannya.
Kemampuan intelektual dan tingkat spiritualnya
kelihatan begitu menonjol pada mata para gurunya. Pada usia 30 tahun, al-Arabi
mulai mengembara, tidak hanya di Sepanyol, malah sampai ke Afrika Utara dan
Asia. Ajarannya yang begitu berpengaruh hingga al-Arabi diberi gelar Sheikh
Terbesar atau Asy-Syaikh al-Akhbar.
Karya buah tangan
Ibn al-Arabi begitu banyak. Sayang sebahagian besar daripadanya tidak dapat
ditemui lagi. Dalam perbendaharaan Melayu sukar ditemui karya Ibn al-Arabi
berbanding misalnya karya Al-Ghazali. Orang mudah menyebut Ihya Ulumuddin karya
Hujjah ul Islam Imam al-Ghazali. Namun agak sukar atau jarang sekali menyebut
dua karya penting Ibn al-Arabi, yaitu al-Futuhat al-Makkiyyah (Pengungkapan
Rahsia-rahsia di Mekah) mahupun Fushush al-Hikam (Untaian Hikmah).
Buku ini, yaitu
Wasiat-wasiat Ibn ‘Arabi yang diterbitkan oleh Pustaka Hidayah, Bandung,
Indonesia adalah bahagian-bahagian yang dinukil daripada al-Futuhat
al-Makkiyyah yang sering disebut sebagai ensiklopedia tasawuf.
Buku ini mengisi 200
wasiat adalah petikan wasiat dan nasihat Ibn ‘Arabi daripada al-Futuhat
al-Makkiyyah.
Wasiat dan nasihat yang dikumpulkan mengandungi pelbagai aspek
kehidupan yang amat bermanfaat untuk setiap insan menjalani kehidupan dan
berhadapan dengan pelbagai cabarannya.
Agak mustahil untuk
memetik semua wasiat yang dikemukakan Ibn Arabi di dalam ruang terhad ini.
Namun sengaja saya memilih beberapa wasiatnya. Pemilihan ini sebenarnya agak
sewenang-wenang kerana pada hakikatnya semua 200 nasihat dan wasiat yang
dikemukakan dalam buku ini amat berguna dan bermanfaat sekali.
Tentang rendah diri,
Ibn Arabi menasihatkan sebgaimana berikut: “Berhati-hatilah agar engkau jangan
bersikap sombong atau tinggi hati (diri) di muka bumi. Biasakanlah bersikap
rendah hati (tawaduk). Jika Allah mengangkat kata-katamu, maka tidak ada yang paling
tinggi selain kebenaran. Jika Dia menganugerahkan kepadamu ketinggian di dalam
hati makhluk-Nya, maka hal itu kembali kepada-Nya. Kerendahan hati, kehinaan
(dzillah) dan ketidakberdayaan melekat pada dirimu, kerana engkau berasal dari
tanah. Jangan merasa lebih tinggi dari tanah, kerana tanah adalah ibumu.
Barangsiapa berlaku sombong kepada ibunya, maka ia telah mendurhakainya.”
Tentang menjaga
ucapan atau pertuturan, Ibn Arabi mengatakan antaranya sebagaimana berikut,
“Hendaknya engkau menjaga ucapanmu sebagaimana engkau menjaga perbuatanmu.
Ucapanmu termasuk dalam perbuatanmu. Kerana itu dikatakan, “Barangsiapa
menghitung ucapannya sebagai termasuk dalam perbuatannya, maka ia akan
mengurangi ucapannya.” Ketahuilah bahawa Allah menjaga ucapan hamba-hamba-Nya
kerana Allah hadir pada lisan setiap orang yang berbicara. Allah tidak
mencegahmu daripada mengucapkannya. Akan tetapi engkau jangan mengucapkannya
jika memang engkau tidak meyakininya, kerana Allah akan menanyaimu tentang
itu.”
Dalam setiap wasiat
kadang-kadang mengandungi banyak wasiat. Oleh hal yang demikian tidak ada jalan
lain bagi memperoleh pengetahuan yang ada dalam buku ini kecualilah dengan
membacanya. Dan sebaik-baik cara membaca buku ini adalah dengan berguru.
Daftar
isi Kitab Wasiat – Wasiat Ibn ‘Arabi
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :