بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR
AL-QUR'AN
فصل ١٩
ومما يتأكد الاعتناء به أن لا يقرأ
على الشيخ في حال شغل قلب الشيخ وملله واستيفازه وروعه وغمه وفرحه وعطشه ونعاسه
وقلقه ونحو ذلك مما يشق عليه أو يمنعه من كمال حضور القلب والنشاط وأن يغتنم أوقات
نشاطه ومن آدابه أن يتحمل جفوة الشيخ وسوء خلقه ولا يصده ذلك عن ملازمته واعتقاد
كماله ويتأول لأفعاله وأقواله التي ظاهرها الفساد تأويلات صحيحة فما يعجز عن ذلك
إلا قليل التوفيق أو عديمه وإن جفاه الشيخ ابتدأ هو بالاعتذار إلى الشيخ وأظهر أن
الذنب له والعتب عليه فذلك أنفع له في الدنيا والآخرة وأنقى لقلب الشيخ وقد قالوا
من لم يصبر على ذل التعليم بقي عمره في عماية الجهالة ومن صبر عليه آل أمره إلى عز
الآخرة والدنيا ومنه الأثر المشهور عن ابن عباس رضي الله عنهما ذللت طالبا فعززت
مطلوبا وقد أحسن من قال من لم يذق طعم المذلة ساعة قطع الزمان بأسره مذلولا.
Fasal ke-20:
Perkara lain yang perlu diperhatikan
ialah tidak belajar kepada guru dalam keadaan hati guru sedang sibuk dan dilanda
kejemuan, ketakutan, kesedihan,
kegembiraan, kehausan, mengantuk, kegelisahan dan hal-hal lain yang dapat
menghalangi guru untuk dapat mengajar dengan baik dan serius. Hendaklah dia manfaatkan waktu-waktu di
mana gurunya dalam keadaan sempurna.
Termasuk sebagian
dari adabnya ialah menahan ketegasan guru dan keburukan akhlaknya. Janganlah hal itu menghalangnya
untuk menzaliminya dan meyakini
kesempurnaannya. Hendaklah dia mentakwilkan perbuatan- perbuatan dan
perkataan-perkataan zahir gurunya yang kelihatantidak baik dengan takwil-takwil yang baik.
Tidaklah boleh melakukan itu kecuali orang yang mendapat sedikit taufik atau tidak mendapatnya. Jika
gurunya berlaku kasar; hendaklah
dia yang lebih dahulu meminta maaf dengan mengemukakan alasan kepada guru dan
menujukkan bahawa dialah yang patut dipersalahkan. Hal itu lebih bermanfaat baginya didunia
dan diakhirat serta lebih membersihkan hati guru.
Mereka berkata:
"Barangsiapa tidak sabar menghadapi kehinaan ketika belajar, maka sepanjang hidupnya tetap
dalam kebodohan. Dan barangsiapa yang sabar menghadapinya, maka dia akan mendapat
kemuliaan di dunia dan akhirat."
Senada dengan nasihat itu ialah atsar yang masyhur dari Ibnu Abbas r.a: "Aku menjadi hina sebagai
pelajar dan menjadi mulia sebagai guru."
Alangkah indahnya madah penyair berikut ini:
Barangsiapa tidak tahan merasakan
kehinaan sesaat, Maka dia melalui
seluruh hidupnya dalam keadaan hina.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : (Fasal ke 19) PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR AL-QUR'AN (At-Tibyaan )
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi ...