بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Perintah memelihara Al-Qur'an dan peringatan
agar tidak melupakannya.
فصل
في
الأمر بتعهد القرآن والتحذير من تعريضه للنسيان
ثبت عن
أبي موسى الأشرعي رضي الله عنه عن رسول الله قال تعاهدوا
هذا القرآن فوالذي نفس محمد بيده لهو أشد تفلتا من الإبل في عقلها رواه
البخاري ومسلم وعن ابن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله
قال إنما مثل صاحب القرآن كمثل الإبل المعقلة إن عاهد عليها أمسكها وإن أطلقها
ذهبت رواه مسلم والبخاري وعن أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله عرضت علي أجور أمتي حتى القذاة يخرجها الرجل من
المسجد وعرضت علي ذنوب أمتي فلم أر ذنبا أعظم من سورة من القرآن أو آية أوتيها رجل
ثم نسيها رواه أبو داود والترمذي وتكلم فيه وعن سعد بن عبادة عن النبي قال من قرأ القرآن ثم نسيه لقي الله عز وجل يوم
القيامة وهو أجذم رواه أبو داود والترمذي
Fasal 5 Menerangkan:
Perintah memelihara Al-Qur'an dan peringatan
agar tidak melupakannya.
Diriwayatkan dari Abu
Musa Al-Asy'ari ra dari Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Peliharalah
Al-Qur'an ini. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh dia
lebih mudah lepas dari unta dalam ikatannya." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan dari Ibnu
Umar ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya
perumpamaan penghafaz Al-Qur'an adalah seperti unta yang terikat. Jika dia
memperhatikan unta itu, dia boleh menahannya. Dan jika dilepaskan, ia akan
pergi." (Riwayat Bukhari &
Muslim)
Diriwayatkan dari Anas
bin Malik ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga (pahala) kotoran
yang dikeluarkan seseorang dari Masjid. Dan ditunjukkan kepadaku dosa-dosa
umatku. Maka tidaklah kulihat dosa yang lebih besar daripada surah atau ayat
dari Al-Qur'an yang dihafal oleh seseorang, kemudian dilupakannya." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)
Hadits ini dipersoalkan
darjat dan kedudukannya.
Diriwayatkan dari Sa'ad
bin Ubadah dari Nabi s.a.w, banginda bersabda: "Barangsiapa
membaca Al-Qur'an, kemudian melupakannya, dia berjumpa dengan Allah Azza wa
Jalla pada hari kiamat dalam keadaan sedih yang amat." (Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : Fasal 5) Perintah memelihara Al-Qur'an dan peringatan agar tidak melupakannya.(Adab Menghafal Al Qur’an )
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi ...