Memelihara bacaan Al-Qur'an dan memperbanyak bacaanya.
Hendaklah dia memelihara
bacaan Al-Qur'an dan memperbanyak bacaanya. Ulama salaf mempunyai
kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang tempo dan jangka masa mengkhatamkan
Al-Qur'an.
Ibnu Abi Dawud
meriwayatkan dari sebagian ulama Salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al- Qur'an
sekali dalam setiap dua bulan, manakala setengah dari mereka mengkhatamkan
Al-Qur'an dalam setiap bulan.
Setengah dari mereka
mengkhatamkannya sekali dalam sepuluh malam dan setengahnya mengkhatamkan
sekali dalam setiap delapan malam. Banyak dari mereka mengkhatamkan dalam
setiap tujuh malam. setengahnya mengkhatamkannya dalam setiap enam malam. Dan
ada pula dari mereka mengkhatamkannya dalam setiap lima malam. Sedangkan
setengah dari mereka ada yang mengkhatamkannya dalam setiap empat malam, setiap
tiga malam atau setiap dua malam. bahkan setengah dari mereka mengkhatamkannya
sekali dalam sehari semalam.
Di antara mereka ada
yang mengkhatamkannya dua kali dalam sehari semalam dan ada yeng tiga kali.
Bahkan setengah dari mereka mengkhatamkkannya delapan kali, yaitu empat kali
pada waktu malam dan empat kali pada waktu siang.
Diantara orang-orang
mengkhatamkan Al-Qur'an sekali dalam sehari semalam ialah Usman bin Affan ra,
Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid, Asy-Syafi'i dan lainnya.
Diantara orang-orang
yang mengkhatamkan tiga kali dalam sehari semalam ialah Sali bin umar ra Qadhi
Mesir pada masa pemerintahan Mu'awiyyah.
Diriwayatkan bahawa Abu
Bakr bin Abu Dawud ra mengkhatamkan Al- Qur'an tiga kali dalam semalam.
Diriwayatkan oleh Abu
Bakar Al-Kindi dalam kitabnya berkenaan dengan Qadhi Mesir bahawa dia
mengkhatamkan Al-Qur'an empat kali dalam semalam.
Asy-Syeikh Ash-Shahih
Abu Abdurahman As-Salami ra berkata: "Aku mendengar Asy-Syeikh Abu Usman
Al-Maghribi berkata, 'Ibnu Khatib ra mengkhatamkan Al-Qur'an empat kali pada
waktu siang dan empat kali pada waktu malam." Ini adalah jumlah terbanyak
yang saya ketahui dalam sehari semalam.
Diriwayatkan oleh
As-Sayyid, Ahmad Ad-Dauraqi dengan isnadnya dari Manshur bin Zaadzan ra,
seorang tabi'in ahli ibadah bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur'an di antara waktu
Zuhur dan Ashar, kemudian mengkhatamkannya pula antara maghrib dan Isyak pada
bulan Ramadhan dua kali. Mereka mengakhirkan sembahyang Isyak pada bulan
Ramadhan hingga berlalu seperempat malam.
Diriwayatkan dari
Manshur, katanya: "Ali Al-Azadi mengkhatamkan Al- Qur'an di antara Maghrib
dan Isyak setiap malam pada bulan Ramadhan."
Diriwayatkan dari
Ibrahim bin Said, katanya: "Ayahku duduk sambil melilitkan serbannya pada
badan dan kedua kakinya dan tidak melepaskannya hingga selesai mengkhatamkan
Al-Qur'an."
Sedangkan orang yang
mengkhatamkannya dalam satu rakaat banyak sekali hingga tidak terhitung
jumlahnya. Diantara orang-orang yang terdahulu ialah Usman bin Affan, Tamim
Ad-Daariy dan Said bin Jubair ra yang mengkhatamkan dalam setiap rakaat di
Kaabah.
Manakala yang
mengkhatamkan Al-Qur'an sekali dalam seminggu, di antara mereka adalah Usman
bin Affan r.a: Abdullah bin Mas'ud, Zaid bin Thabit dan Ubai bin Ka'ab ra Dan
dari tabi in antara lain ialah Abdurrahman bin Zaid, Alqamah dan Ibrahim
rahimahullah. Hal itu berbeda menurut perbedaan orang-orangnya.
Barangsiapa yang ingin
merenungkan dan mempelajari dengan cermat, hendaklah dia membatasi diri pada
kadar yang menimbulkan pemahaman yang sempurna atas apa yang dibacanya.
Demikian jugalah siapa yang sibuk menyiarkan ilmu atau tugas-tugas agama
lainnya dan kemaslahatan kaum muslimin yang bersifat umum, hendaklah dia
membatasi pada kadar tertentu sehingga tidak mengganggu apa yang wajib dilakukannya.
Jika kita belum termasuk
ke peringkat yang di capai orang-orang yang disebut ini, maka bolehlah kita
memperbanyak membaca Al-Qur'an sedapat mungkin tanpa menimbulakan kejemuan dan
tidak terlalu cepat membacanya.
Sejumlah ulama terdahulu
tidak suka mengkhatamkan Al-Qur'an dalam sehari semalam. Mereka bertolak dari
hadits sahih yang diriwayatkan Abdullah bin Amrin bin Al-Ash ra, katanya:
Rasulullah s.a.w bersada: "Tidaklah orang yang
membaca (mengkhatamkan) Al- Qur'an dalam waktu kurang dari tiga hari." (Riwayat Adu Dawud, Tirmidzi, Nasa'I dan
lainnya) Tirmidzi berkata, ini hadits hasan sahih. Wallahua'lam.
Sementara waktu
permulaan dan pengkhataman bagi orang yang mengkhatamka Al-Qur'an dalam
seminggu, maka telah diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Usman bin Affan ra
memulai membaca Al-Qur'an pada malam jumat dam mengkhatamkannya pada malam
Khamis.
Imam Abu Hamid
Al-Ghazali rahimahullah berkata dalam Al-Ihya: "Cara yang lebih baik ialah
mengkhatamkan sekali pada waktu malam dan sekali pada waktu siang dan
menjadikan pengkhataman siang pada hari Isnin dalam dua rakaat fajar atau
sesudahnya serta menjadikan pengkhataman malam pada malam jum’at dalam dua
rakaat Maghrib atau sesudahnya supaya awal siangnya berhadapan dengan
akhirnya."
Diriwayatkan oleh Ibnu
Abu Dawud dari Umar bin Murrah At-Tabi'i, katanya: "Mereka suka
mengkhatamkan Al-Qur'an dari awal malam atau dari awal siang."
Diriwayatkan dari
Thalhah bin Musharif seorang At-Tabi'i Al-Jalil, katanya: "Barangsiapa
mengkhatamkan Al-Qur'an pada waktu manapun pada waktu siang, maka para malaikat
mendoakan baginya sampai petang. Dan siapa yang mengkhatamkan Al-Qur'an pada
waktu manapun dari waktu malam, maka para malaikat mendoakan baginya sampai
pagi." Diriwayatkan juga dari Mujahid hadits seperti itu.
Diriwayatkan oleh
Ad-Darimi dalam Msunadnya dengan isnadnya dari Sa'ad bin Abi Waqqash ra
katanya: "Jika pengkhataman Al-Qur'an bertetapan dengan awal malam, maka
para malaikat mendoakan baginya sampai pagi. Dan apabila pengkhatamannya
bertetapan dengan akhir malam, maka para malaikat mendoakan baginya sampai
petang." Ad-Darimi berkata, ini hadits hasan dari Sa'ad.
Diriwayatkan dari Habib
Abi Thabit seorang tabi'in bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur'an sebelum rukuk.
Ibnu Abi Dawud berkata, "Demikianlah dikatakan oleh Ahmad bin Hanbal
rahimahullah."
Selanjutnya fasal ini
akan dikemukakan lagi pada bagian berikutnya, insya-Allah .