بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Futuuhul ghoib
Risalah 76
Mutiara karya
Syeikh Abdul Qodir Jailani
المقالة السادسة والسبعون
فـي الــوصـــيـــة
قـال رضـي الله تـعـالـى عـنـه و أرضـاه : أوصــيــك أن تصحب الأغنياء
بالتعزز، و الفقراء بالتذلل، و عليك بالتذلل و الإخلاص، و هو دوام رؤية الخالق، و
لا تتهم الله في الأسباب و استكن إليه في جميع الأحوال، و لا تضع حق أخيك اتكالاً
على ما بينك و بينه من المودة.
و عـلـيـك بـصـحـبـة الـفـقـراء بالتواضع و حُسن الأدب و السخاء، و
أمت نفسك حتى تحيى، و أقرب الخلق من الله تعالى أوسعهم خلقاً، و أفضل الأعمال :
رعاية السر عن الالتفات إلى ما سوى الله تعالى.
و الـصـولـة بـالـحـق و الـصـبـر، و حسبك من الدنيا شيئان : صحبة فقير
و خدمة ولي، و الفقير هو الذي لا يستغنى بشئ دون الله تعالى.
و الـصـولـة عـلـى من هو دونك ضعف، و على من هو فوقك فخر، و على من هو
مثلك سوء خلق.
و الـفـقـر و الـتـصـوف جدان فلا تخلطهما بشئ من الهزل، وفقنا الله و
إياكم و المسلمين آمين.
يـا ولــي عـلـيـك بذكر الله في كل حال فإنه للخير جامع. و عليك
بالاعتصام بحبل الله فإنه للمضار دافع. و عليك بالتأهب لتلقى موارد القضاء فإنه
واقع.
و أعـلـم أنـك مـســئـول عن حركاتك و سكناتك، فاشتغل بما هو أولى في
الوقت و إياك و فضول تصرفات الجوارح.
و عـلـيـك بـطـاعـة الله و رســوله و مـن والاه و أد إليه حقه و لا
تطالبه بما يجب عليه، و ادع في كل حال.
و عـلـيـك بـحـســن الـظـن في المسلمين و إصلاح النية لهم، و تسعى
بينهم في كل خير، و أن لا تبيت و لأحد في قلبك شر و لا شحناء و لا بغض، و أن تدعو
لمن ظلمك، و راقب الله عزَّ و جلَّ.
و عـلـيـك بأكل الحلال، و السؤال لأهل العلم بالله فيما لا تعلم، و
عليك بالحياء من الله سبحانه و تعالى.
و أجـعـل صـحـبـتـك مع من الله معه و أصحب من سوى الله بصحبته، و تصدق
في كل صباح بقرصك و إذا أمسيت فصل صلاة الجنازة على كل من مات من المسلمين في ذلك
اليوم و إذا صليت المغرب فصلاة الاستخارة و تقول بكرة و عشياً سبع مرات (
الـلـهـمَّ أجـرنـا مـن الـنـار ) و حافظ على قول أعوذ بالله السميع العليم من
الشيطان الرجيم هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ
إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ.الحشر ٢٢. إلى
آخر سورة الحشر، و الله الموفق و المعين، إذ لا حول و لا قوة إلا بالله العلى
العظيم.
Punyailah kekayaan, harga diri,
kemiskinan dan kerendah-hatian. Wajib bagimu berendah hati dan
bersungguh-sungguh terhadap Sang Pencipta. Jangan salahkan Dia, kerana sarana
duniawi. Jangan kau rosak hak saudaramu kerana kau dan dia adalah kawan.
Berkawanlah selalu dengan para darwis, dengan rendah hati, sikap baik dan
keterbukaan. Bunuhlah kedirian hingga tercapai kehidupan dalam ruhani. Yang
terdekat dengan Allah ialah yang paling besar hati dalam berperilaku. Amal
terbaik ialah menjaga diri dari selain-Nya. Nasihatilah selalu orang agar
berteguh pada kebenaran dan kesabaran. Cukuplah bagimu bergaul dengan para
darwis, dan mengabdi kepada para wali.
Darwis adalah orang yang acuh-tak-acuh terhadap selain Allah. Menyerang yang di
bawahmu adalah pengecut. Berbuat serupa dengan yang di atasmu adalah memalukan,
dan menyerang yang sejajar denganmu adalah tak baik. Menjalani kehidupan darwis
dan sufi membutuhkan upaya serius. Semoga Allah mengurniai kita kekuatan. Duhai
Wali! Dikau senantiasa mengingat Allah, sebab hal ini membawa kebaikan dan juga
kewajibanmu untuk berpegang teguh pada perjanjian-Nya, sebab hal ini menjauhkan
segala kemudharatan. Juga kewajibanmu untuk senantiasa menghadapi segala
ketentuan-Nya, sebab hal-hal itu mesti terjadi.
Ketahuilah bahawa kau akan ditanya tentang gerak-gerimu. Selamatkanlah anasir
tubuhmu dari ketak-bergunaan. Wajiblah bagimu mentaati Allah, Rasul-Nya dan
mereka yang mesti ditaati. Fikirkanlah kaum Muslim, dan jangan berburuk niat
kepada mereka, entah entah dalam hati, ucapan atau tindakan.
Doakanlah orang yang telah menzalimimu, dan takwalah kepada Allah Yang Maha
kuasa lagi Maha agung. Wajib bagimu makan segala yang dihalalkan, dan
bertanyalah, tentang yang tak kau ketahui, kepada orang yang memiliki ma'rifat.
Berbaiklah senantiasa terhadap Allah Yang Maha kuasa lagi Maha agung.
Bersamalah dengan-Nya. Bersamalah dengan selain-Nya, sepanjang dibutuhkan untuk
bersama-Nya.
Bersedekahlah di kala pagi. Berdoalah di malam hari bagi Muslim yang meninggal.
Ucapkanlah tujuh kali di pagi hari dan petang hari. Allahumma ajirna minan nar,
yang maknanya, "Ya Allah! Lindungilah kami dari api neraka."
Berdoalah selalu: A'udzubillahi-is-sma'i-il-'alim minasy-syaithan-ir-rajim,
yang maknanya, "Aku berlindung kepada Allah Yang Maha mendengar lagi Maha
mengetahui dari setan yang terkutuk."
Lalu agungkanlah Dia dengan ayat-ayat terakhir Surah Hasyr:
"Dialah Allah, yang tiada
Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha
pemurah lagi Maha penyayang. Dialah Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, Raja,
Yang Maha suci, Yang Maha sejahtera, yang mengurniakan keamanan, Yang Maha
memelihara, Yang Maha perkasa, Yang Maha kuasa, yang memiliki segala keagungan.
Maha suci Allah dari segala yang mereka persekutukan. Dialah Allah, Pencipta,
Pewujud, Pembentuk, Pemilik nama-nama terbaik. Bertasbihlah kepada-Nya segala
yang di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha kuasa lagi Maha
bijaksana."
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : Risalah 76 ( TERJEMAH KITAB FUTUUHUL GHAIB )
Description : Futuuhul ghoib Risalah 76 Mutiara karya Syeikh Abdul Qodir Jailani المقالة السادسة والسبعون فـي الــوصـــيـــة قـال رضـي الله...