بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Futuuhul ghoib
المقالة الثامنة
والعشرون
فـي
تـفـصـيـل أحـوال الـمـريـد
قـال رضـي الله تـعـالى
عـنـه و أرضـاه : أتريد
الراحة والسرور والدعة والحبور، والأمن والسكون والنعيم والدلال وأنت بعد في كير
السبك والتذويب وتمويت النفس ومجانبة الهوى وإزالة المرادات والأعواض دنيا وأخرى
وقد بقيت فيك بقية من ذلك ظاهرة لائحة؟؟ على رسلك يا مستعجل مهلاً مهلا، يا مترقب
الباب مسدود إلى ذلك، وقد بقيت عليك منه وفيك ذرة ومنه المكاتب عبد ما بقى عليه
درهم، أنت مصدود عن ذلك ما بقى عليك من الدنيا مقدار مص نواة، والدنيا هواك
ومرادك، ورؤيتك بشئ من الأشياء أو طلبك بشئ من الأشياء وتشوق نفسك إلى شئ من
الأعواض دنيا وأخرى، فما دام فيك شئ من ذلك فأنت في باب الإفناء، فاسكن حتى يحصل
الفناء على التمام والكمال، فتخرج من الكير وتكمل صياغتك وتجلى وتكسى وتطيب وتبخر،
ثم ترفع إلى الملك الأكبر فتخاطب : {إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مِكِينٌ أَمِينٌ}.يوسف54. فتؤانس
وتلاطف، وتطعم من الفضل ومنه وتسقى وتقرب وتدنى وتطلع على الأسرار وهى عنك لا تخفى
فتغتني بما نعطي من ذلك عن جميع الأشياء. ألا ترى إلى قراضة الذهب متفرقة مبتذلة
متداولة غادية رائحة في أيدي العطارين والبقالين والقصابين والدباغين والنقاطين
والكناسين والكفافين أصحاب الصنائع النفيسة والرذيلة الدنية الخبيثة، ثم تجمع
فتجعل في كير الصائغ فتذوب هناك بإشعال النار عليها، ثم تخرج منه فتطرق وترقق وتطلع
وتصاك فتجعل حلياً، ثم تجلى وتطيب فتترك في خير المواضع والأمكنة من وراء الأغلاق في
الخزائن والصناديق والأحقاق وتحلى بها العروس وتزين وتكرم، وقد تكون العروس للملك
الأعظم فتنقل القراضة من هذه إلى قرب الملك ومجلسه بعد السبك والدق، هكذا أنت يا
مؤمن إذا صبرت على مجاري الأقدار فيك ورضيت بالقضاء في جميع الأحوال قربت إلى
مولاك عزَّ وجلَّ في الدنيا، فتنعم بالمعرفة والعلوم والأسرار، وتسكن في الآخرة دار السلام مع الأنبياء والصديقين
والشهداء والصالحين في جوار الله وداره
وقربه عزَّ وجلَّ، فاصبر ولا تستعجل، وأرض بالقضاء ولا تتهم، فسينالك برد عفو الله
ولطفه وكرمه بمنه تعالى.
Risalah 28
Mutiara karya
Syeikh Abdul Qodir Jailani
Engkau menginginkan agar kebahagiaan dan kedamaian terlimpahkan kepadamu,
padahal kau masih berupaya membinasakan haiwanimu, harapan akan balasan di dunia
ini dan di akhirat, dan hal ini masih bersemayam dalam dirimu? Wahai yang
terburu-buru! Berhenti dan berjalanlah perlahan-lahan; wahai yang berharap!
Pintu tertutup selama keadaan ini masih berlangsung. Sesungguhnya beberapa sisa
dari hal-hal ini masih ada padamu, dan beberapa butir kecilnya masih bersemayam
dalam dirimu. Itulah kontrak kebebasan seorang hamba sahaya; selagi masih ada
satu penny pun padanya, kau tertutup darinya. Selama kau masih menghisap biji
kurma dari dunia ini, dari hawa nafsu, maksud dan kerinduanmu, dari
memperhatikan sesuatu dari dunia ini, dari mengupayakan sesuatu pun darinya,
atau mencintai sesuatu keuntungan duniawi atau akhirat - selama hal-hal ini
masih bersemayam dalam dirimu, kau masih berada di pintu peluruhan diri.
Berhentilah di sini, sampai peluruhan dirimu sempurna, lalu kau dikeluarkan dari
tempat peleburan, dan kau terpakainkan, terhiasi dan menjadi harum, lalu kau
dibawa kepada Raja nan agung dan berkata:
"Sesungguhnya kamu pada sisi Kami menjadi seorang yang berkedudukan
tinggi lagi dipercaya." (QS 12:54)
Maka kau dianugerahi limpahan nikmat,
dibelai dengan rahmat-Nya, diberi minuman, didekatkan, dan diberi pengetahuan
tentang yang rahsia. Kemudian kau terbebaskan dari keperluan, kerana yang
diberikan kepadamu berasal dari hal-hal ini dan terbebaskan dari keperluan
segala suatu. Tidakkah kau lihat kepingan emas, yang beraneka ragam yang beredar
pagi dan petang, di tangan para penjual ubat, tukang jagal, penjual makanan,
penyamak, tukang minyak, pembersih dan lain-lain, baik yang bagus, rendah
ataupun yang kotor? Kemudian kepingan-kepingan in dikumpulkan dan memasukkan ke
dalam tempat peleburan logam; lalu kepingan-kepingan ini meleleh dalam kobaran
api, dikeluarkan darinya, ditempa dan dijadikan hiasan-hiasan, diperhalus,
diperintah, dan kemudian ditempatkan di tempat-tempat terbaik, rumah-rumah, di
balik kunci, dalam kotak-kotak, tempat-tempat gelap, atau dijadikan hiasan
sebuah jambatan, dan kadang jambatan seorang raja besar. Dengan demikian,
kepingan-kepingan emas itu berlalu dari tangan para penyamak ke hadapan para
raja dan istana setelah dilebur dan ditempa. Dengan begini, duhai yang beriman,
jika kau senantiasa bersabar dengan kurnia-Nya, dan berpasrah terhadap
takdir-Nya, maka kau akan didekatkan kepada Tuhanmu di dunia ini, dikurniai
pengetahuan tentang-Nya dan segala pengetahuan serta rahsia, dan akan dikurniai
tempat damai di akhirat bersama dengan para Nabi, shiddiq, syahid dan shalih
dalam kedekatan Allah, dalam rumah-Nya, dan dekat dengan-Nya, sembari mereguk
kasih-sayang-Nya. Maka dari itu, bersabarlah, jangan terburu-buru, redhalah
senantiasa dengan takdir-Nya, dan jangan mengeluh terhadap-Nya. Jika kau lakukan
yang demikian, ,maka kau akan merasakan kesejukan ampunan-Nya, lazatnya
pengetahuan tentang-Nya, kelembutan dan kurnia-Nya.
المقالة التاسعة
والعشرون
فـي قـولـه
صلى الله عليه وسلم كـاد الـفـقـر أن يـكـون كـفـرا
قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : يـؤمن العبد بالله ويسلم الأمور كلها إليه
عزَّ وجلَّ، ويعتقد تسهيل الرزق منه وأن ما أصابه لم يكن ليخطئه، وما أخطأه لم يكن
ليصبه، ويؤمن بقوله عزَّ وجلَّ }وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ
مَخْرَجاً * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ
عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ{.الطلاق2–3. ويقول ذلك ويؤمن به وهو في حال العافية والغنى
ثم يبتليه الله عزَّ وجلَّ بالبلاء والفقر فيأخذ في السؤال والتضرع فلا يكشفهما
عنه فحينئذ يتحقق قوله صلى الله عليه وسلم : (كاد الفقر
أن يكون كفراً) فمن تلطف الله به كشف عنه ما به فأدركه بالعافية والغنى
ويوفقه للشكر والحمد والثناء ويديم له ذلك إلى اللقاء . ومن يرد الله فتنته يديم بلاءه
وفتنته وفقره فيقطع عنه مدد إيمانه فيكفر بالاعتراض والتهمة له عزَّ وجلَّ والشك
في وعده فيموت كافرا بالله عزَّ وجلَّ جاحداً لآياته ومسخطاً على ربه، وإليه أشار
رسول الله صلى الله عليه وسلم بقوله : (أن أشد الناس عذابا
يوم القيامة رجل جمع الله له بين فقر الدنيا وعذاب الآخرة) نعوذ بالله من
ذلك وهو الفقر المنسي الذي استعاذ منه النبي صلى الله عليه وسلم * والرجل الثاني
هو الذي أراد الله عزَّ وجلَّ اصطفاءه واجتباءه وجعله من خواصه وأحبائه وأخـلائه ووارث
أنبيائه وسيد أوليائه ومن عظماء عباده وعلمائهم وحكمائهم وشفعائهم وشيخهم ومتبوعهم
ومعلمهم وهاديهم إلى مولاهم ومرشدهم إلى سبل الهدى واجتناب سبل الردى فأرسل إليه
جبال الصبر وبحار الرضا والموافقة والغنى في قضائه وفعله ثم يدركه بجزيل العطاء
ويدللـه في آناء الليل وأطراف النهار في الجلوة والخلوة في الظاهر مرة والباطن
أخرى بأنواع اللطف وفنون الجذبات فيتصل له ذلك إلى حين اللقا والله الهادي.
Risalah 29
Mutiara karya
Syeikh Abdul Qodir Jailani
Nabi Suci saw. bersabda: "Kefakiran mendekatkan kepada
kekafiran."
Hamba yang beriman kepada Allah dan memasrahkan segala
urusannya kepada-Nya, diberi kemudahan oleh Allah dan keyakinan teguh bahawa
apapun yang akan datang kepadanya, akan sampai kepadanya, dan apa pun yang tak
mencapainya, takkan datang kepadanya, dan bahawa: "Barangsiapa patuh kepada
Allah, Ia berikan baginya jalan keluar dan rezeki yang tak disangka-sangkanya
dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)-nya." (QS 65:2-3)
Ia berkata begini kala ia dalam kemudahan
dan kesenangan; lalu Allah mengujinya dengan musibah dan kemiskinan; maka ia
berdoa dengan penuh kerendah dirian; tapi Ia tak mengabulkannya. Maka sabda Nabi
saw.: "Kefakiran mendekatkan kepada kekafiran," berlaku. Maka Allah bermurah
kepadanya. Ia sirnakan darinya segala yang merundungnya, terus memberinya
kesenangan, kelimpah-ruahan, dan daya untuk bersyukur serta memuji Allah, hingga
ia menghadap-Nya. Bila Allah ingin mengujinya, Ia kekalkan musibah-Nya padanya
dan memutuskan darinya pertolongan iman. Maka ia menunjukkan kekafiran dengan
menyalahkan dan menuduh Allah, dan dengan meragukan janji-Nya. Sehingga ia mati
dalam keadaan tak beriman kepada Allah, mengingkari ayat-ayat-Nya, dan merasa
marah kepada Tuhannya. Mengenai orang semacam ini, Nabi saw. bersabda:
"Sesungguhnya orang yang paling sengsara, pada Hari Kebangkitan, ialah orang
yang telah diberi kemiskinan oleh Allah di kehidupan ini, dan disiksa di
akhirat. Kami berlindung kepada Allah dari hal semacam itu."
Kemiskinan
yang diperbincangkan ini ialah kemiskinan yang membuat manusia lupa kepada
Allah, dan kerana inilah, ia berlindung kepada-Nya. Orang yang hendak dipilih
oleh Allah, yang telah dijadikan pilihan-Nya dan pengganti para Nabi-Nya, dan
yang telah dijadikan pilihan-Nya dan pengganti para Nabi-Nya, dan yang telah
dijadikan sebagai penghulu para wali-Nya, manusia agung dan berilmu, perantara
dan pembimbing ke arah Tuhan - kepada orang ini, Ia anugerahkan limpahan
kesabaran, kepatuhan dan keterleburan dalam kehendak-Nya. Kemudian Ia kurniakan
kepadanya limpahan rahmat-Nya sepanjang siang dan malam, sendiri atau bersama,
kadang nampak, kadang tak nampak; dan menyertai inilah berbagai kelembutan,
hingga akhir hayatnya.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.