بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
FANA' ( Imam Ghazali )
Kebanyakan kitab-kitab tua seperti
Kitab Syarah Hikam Ibni Athoillah As-Kandariah, Kitab Manhal-Shofi, Kitab
Addurul-Nafs dan lain-lain menggunakan istilah-istilah seperti 'binasa' dan
'hapus' untuk memperihalkan tentang maksud fana. Ulama-ulama lainnya yang
banyak menggabungkan beberapa disiplin ilmu lain seperti falsafah menggunakan
istilah-istilah seperti 'lebur', 'larut', 'tenggelam' dan 'lenyap' dalama usaha
mereka untuk memperkatakan sesuatu tentang 'hal' atau 'maqam' fana ini.
Di dalam Kitab Arrisalah
al-Qusyairiah disebutkan arti fana itu ialah;
Lenyapnya sifat-sifat
basyariah(pancaindera)
Maka sesiapa yang telah diliputi
Hakikat Ketuhanan sehingga tiada lagi melihat daripada Alam baharu, Alam rupa
dan Alam wujud ini, maka dikatakanlah ia telah fana dari Alam Cipta. Fana
bererti hilangnya sifat-sifat buruk (maksiah lahir dan maksiat batin) dan
kekalnya sifat-sifat terpuji(mahmudah). Bahawa fana itu ialah lenyapnya
segala-galanya, lenyap af'alnya/perbuatannya(fana fil af'al), lenyap
sifatnya(fana fis-sifat), lenyap dirinya(fan fiz-zat)
Oleh kerana inilah ada di kalangan
ahli-hali tasawuf berkata:
"Tasawuf itu ialah mereka fana
dari dirinya dan baqa dengan Tuhannya kerena kehadiran hati mereka bersama
Allah".
Sahabat Rasulullah yang banyak
memperkatakan tentang 'fana' ialah Sayyidina Ali, salah seorang sahabat
Rasulullah yang terdekat yang diiktiraf oleh Rasulullah sebagai 'Pintu Gedung
Ilmu'. Sayyidina Ali sering memperkatakan tentang fana. Antaranya :
"Di dalam fanaku, leburlah
kefanaanku, tetapi di dalam kefanaan itulah bahkan aku mendapatkan Engkau
Tuhan".
Demikianlah 'fana; ditanggapi oleh
para kaun sufi secara baik, bahkan fana itulah merupakan pintu kepada mereka
yang ingin menemukan Allah(Liqa Allah) bagi yang benar-benar mempunyai
keinginan dan keimanan yang kuat untuk bertemu dengan Allah(Salik). Firman
Allah yang bermaksud:
"Maka barangsiapa yang ingin
akan menemukan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalan Sholeh dan
janganlah ia mempersekutukan siapapun dalam beribadat kepada Allah (Surah Al-Kahfi:)
Untuk mencapai liqa Allah dalam ayat
yang tersebut di atas, ada dua kewajiban yang mesti dilaksanakan iaitu:
Pertamanya mengerjakan amalan sholeh dengan menghilangkan semua-
sifat-sifat yang tercela dan menetapkan dengan sifat-sifat yang terpuji iaitu
Takhali dan Tahali.
Keduanya meniadakan/menafikan segala sesuatu termasuk dirinya
sehingga yang benar-benar wujud/isbat hanya Allah semata-mata dalam beribadat.
Itulah ertinya memfanakan diri.
Para Nabi-nabi dan wali-wali seperti
Sheikh Abu Qasim Al-Junaid, Abu Qadir Al-Jailani , Imam Al-Ghazali, Ab Yazid
Al-Busthomi sering mengalami keadaan "fana" fillah dalam menemukan
Allah. Umpamanya Nabi Musa alaihisalam ketika ia sangat ingin melihat Allah
maka baginda berkata yang kemudiannya dijawab oleh Allah Taala seperti berikut;
"Ya Tuhan, bagaimanakah caranya
supaya aku sampai kepada Mu? Tuhan berfirman: Tinggalkan dirimu/lenyapkan
dirimu(fana), baru kamu kemari."
2. Kata-kata Hikmah Dari Wali-wali
Allah yang telah mengalami FANA
Ada seorang bertanya kepada Abu
Yazid Al-Busthomi;
"Bagaimana tuan habiskan masa
pagimu?". Abu Yazid menjawab: "Diri saya telah hilang(fana) dalam
mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang".
Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai
orang bagaimanakah kita boleh mencapai Allah. Beliau telah menjawab dengan
katanya:
"Buangkanlah diri kamu. Di
situlah terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yang melenyapkan(fana) dirinya
dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu segala-galanya".
Beliau pernah menceritakan sesuatu
tentang fana ini dengan katanya;
Apabila Allah memfanakan saya dan
membawa saya baqa dengaNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia,
maka saya pun dapat memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku
dan tidak dapat berkata apa-apa. Hijab diriku tersingkap dan saya berada di
keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera. Kemudian
Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan saya dapat dapati
segala-galanya adalah di dalam Dia juga."
Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi
Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan tentang
fana ini dengan kata-kata beliau seperti berikut:
Kamu tidak mencapai baqa(kekal
dengan Allah) sebelum melalui fana(hapus diri)
Membuangkan segala-galanya kecuali
Allah dan 'mematikan diri' ialah kesufian.
Seorang itu tidak akan mencapai
Cinta kepada Allah(mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan
orang-orang yang cinta kepada Allah itu pandangan orang-orang biasa adalah
dongeng sahaja.
3. Himpunan Kata-kata Hikmat Tentang
Fana
A. Sembahyang orang yang cinta
(mahabbah) ialah memfanakan diri sementara sembahyang orang awam ialah rukuk
dan sujud.
B. Setengah mereka yang fana (lupa
diri sendiri) dalam satu tajali zat dan kekal dalam keadaan itu selama-lamanya.
Mereka adalah Majzub yang hakiki.
C. Sufi itu mulanya satu titik air
dan menjadi lautan. Fananya diri itu meluaskan kupayaannya. Keupayaan setitik
air menjadi keupayaan lautan.
D. Dalam keadaan fana, wujud Salik
yang terhad itu dikuasai oleh wujud Allah yang Mutlak. Dengan itu Salik tidak
mengetahui dirinya dan benda-benda lain. Inilah peringkatWilayah(Kewalian).
Perbezaan antara Wali-wali itu ialah disebabkan oleh perbezaan tempoh masa
keadaan ini. Ada yang merasai keadaan fana itu satu saat, satu jam, ada yang
satu hari an seterusnya. Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar
majzub. Mereka masuk ke dalam satu suasana dimana menjadi mutlak.
E. Kewalian ialah melihat Allah
melalui Allah. Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk. Dalam kewalian
tidak ada bayang makhluk yang wujud. Dalam kenabian makhlik masih nampak di samping
memerhati Allah. Kewalaian ialah peringakat fana dan kenabian ialah peringkat
baqa
F. Tidak ada pandangan yang pernah
melihat Tajalinya Zat. Jika ada pun ia mencapai Tajali ini, maka ianya binasa
dan fana kerana Tajali Zat melarutkan semua cermin penzohiran. Firman Allah
yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah meliputi
segala-galanya.(Surah Al-Fadhilah:54)
G. Tajali bererti menunjukkan
sesuatu pada diriNya dalam beberapa dan berbagai bentuk. Umpama satu biji benih
menunjukkan dirinya sebgai beberapa ladang dan satu unggun api menunjukkan
dirinya sebagai beberapa unggun api.
H. Wujud alam ini fana (binasa)
dalam wujud Allah.Dalilnya ialah Firman Allah dalam Surah An-Nur:35 yang
bermaksud;
"Cahaya atas cahaya, Allah
membimbing dengan cahayanya sesiapa yang dikehendakinya." dan "Allah
adalah cahaya langit dan bumi."
I. Muraqobah ialah memfanakan hamba
akan afaalnya dan sifatnya dan zatnya dalam afaal Allah, sifat Allah dan zat
Allah.
J. Al-Thomsu atau hilang iaitu hapus
segala tanda-tanda sekelian pada sifat Allah. Maka iaitu satu bagai daripada
fana.
4. Tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
Fana
- Mikraj Muhammad
- Alamat Sampai Kepada Maqam Yang Tinggi
5. Pesanan Dari Suluk
Hakikat tidak akan muncul sewajarnya
jika syariat dan thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan
tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.
Dari itu saudara-saudaraku anda
seharusnya banyak menuntut dan mendalami ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan
syariat , usuluddin dan asas tasauf untuk mendekatkan diri dengan Allah .
Sumber: Arrisalah Al-laduniyah -
Imam Ghazali
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.