"

{5} PANDUAN MENGHAFAL AL-QUR'AN (TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan )

SHOLICHUL HAKIM
0
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ

TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi

 PANDUAN MENGHAFAL AL-QUR'AN

في آداب حامل القرآن

قد تقدم جمل منه في الباب الذي قبل هذا ومن آدابه أن يكون على أكمل الأحوال وأكرم الشمائل وأن يرفع نفسه عن كل ما نهى القرآن عنه إجلالا للقرآن وأن يكون مصونا عن دنيء الاكتساب شريف النفس مرتفعا على الجبابرة والجفاة من أهل الدنيا متواضعا للصالحين وأهل الخير والمساكين وأن يكون متخشعا ذا سكينة ووقار فقد جاء عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أنه قال يا معشر القراء ارفعوا رؤوسكم فقد وضح لكم الطريق فاستبقوا الخيرات لا تكونوا عيالا على الناس وعن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه قال ينبغي لحامل القرآن أن يعرف بليله إذا الناس نائمون وبنهاره إذا الناس مفطرون وبحزنه إذا الناس يفرحون وببكائه إذا الناس يختالون وعن الحسن بن علي رضي الله عنه قال إن من كان قبلكم رأوا القرآن رسائل من ربهم فكانوا يتدبرونها بالليل ويتفقدونها في النهار وعن الفضيل بن عياض قال ينبغي لحامل القرآن أن لا تكون له حاجة إلى أحد من الخلفاء فمن دونهم وعنه أيضا قال حامل القرآن حامل راية الإسلام لا ينبغي أن يلهو مع من يلهو ولا يسهو مع من يسهو ولا يلغو مع من يلغو تعظيما لحق القرآن.

{5} PANDUAN MENGHAFAL AL-QUR'AN


 Sebenarnya adab-adab ini sudah saya kemukakan sebagiannya pada bagian yang sebelum ini. Bagaimanapun, tidak ada salahnya mengulanginya sekali lagi di sini.

   Diantara adab-adab menghafaz Al-Qur'an ialah:
Dia mesti berada dalam keadaan paling sempurna dan perilaku paling mulia, hendaklah dia menjauhkan dirinya dari segala sesuatu yang dilarang Al-Qur'an, hendaklah dia terpelihara dari pekerjaan yang rendah, berjiwa mulia, lebih tinggi darjatnya dari para penguasa yang sombong dan pencinta dunia yang jahat, merendahkan diri kepada orang-orang sholeh dan ahli kebaikan, serta kaum miskin, hendaklah dia seorang yang khusyuk memiliki ketenangan dan wibawa.

   Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab ra bahawa dia berkata: "Wahai para qari (yang mahir membaca) Al-Qur'an, angkatlah kepalamu! Jalan telah jelas bagimu dan berlombalah kamu untuk berbuat kebaikan dan janganlah kamu menggantungkan diri kepada orang lain."

    Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud ra, katanya: "Hendaklah penghafal Al-Qur'an menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Qur'an ketika orang lain sedang tidur dan siang harinya ketika orang lain sedang berbuka. Hendaklah dia bersedih ketika orang lain bergembira dan menangis ketika orang lain tertawa, berdiam diri ketika orang lain bercakap dan menunjukkan kekhusyukkan ketika orang lain membanggakan diri."

   Diriwayatkan dari Al-Hasan bin Ali ra, katanya: "Sesungguhnya orang- orang sebelum kamu, menganggap Al-Qur'an sebagai surat-surat dari Tuhan mereka. Maka mereka merenungkan pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang."

Diriwayatkan dari Al-Fuadhail bin Iyadh, katanya: "Penghafal Al-Qur'an tidak boleh meminta keperluannya dari seorang khalifah (penguasa) dan dari orang yang berada di bawah kekuasaannya."

Diriwayatkan dari Al-Fudhail juga, katanya: "Penghafal Al-Qur'an adalam pembawa bendera Islam. Tidaklah patut dia bermain bersama orang yang bermain dan lupa bersama orang yang lupa, serta tidak berbicara yang sia- sia dengan kawannya untuk mengagungkan Al-Qur'an." 

 pada bab "Panduan menghafal Al-Qur'an" ini ada beberapa Fasal diantaranya:

Fasal 1 menerangkan : Adab menghafal Al-Quran

Fasal 2 menerangkan : Orang yang tertidur sebelum membaca wirid.

Fasal 3 menerangkan : Memelihara membaca Al-Qur'an dan memperbanyak membacanya.

Fasal 4 menerangkan:  Memeliharamembaca Al-Qur'an pada waktu malam

Fasal 5 Menerangkan:Perintahmemelihara Al-Qur'an dan peringatan agar tidak melupakannya.
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya iklan. Terima Kasih. Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.

Posting Komentar

0 Komentar

Posting Komentar (0)

Terkini

3/related/default