"

(Fasal 1) Adab Menghafal Al Qur’an (TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan )

SHOLICHUL HAKIM
0
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ

TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi

Fasal 1 Dalam Adab Menghafal Al Qur’an

فصل ١ في آداب حامل القرآن

ومن أهم ما يؤمر به أن يحذر كل الحذر من اتخاذ القرآن معيشة يكتسب بها فقد جاء عن عبدالرحمن بن شبيل رضي الله عنه قال قال رسول الله اقرؤوا القرآن ولا تأكلوا به ولا تجفوا عنه ولا تغلوا فيه وعن جابر رضي الله عنه عن النبي اقرؤوا القرآن من قبل أن يأتي قوم يقيمونه إقامة القدح يتعجلونه ولا يتأجلونه رواه بمعناه من رواية سهل بن سعد معناه يتعجلون أجره إما بمال وإما سمعة ونحوها وعن فضيل بن عمرو رضي الله عنه قال دخل رجلان من أصحاب رسول الله مسجدا فلما سلم الإمام قام رجل فتلا آيات من القرآن ثم سأل فقال أحدهما إنا لله وإنا إليه راجعون سمعت رسول الله يقول سيجيء قوم يسألون بالقرآن فمن سأل بالقرآن فلا تعطوه وهذا الإسناد منقطع فإن الفضل بن عمرو لم يسمع الصحابة وأما أخذ الأجرة على تعليم القرآن فقد اختلف العلماء فيه فحكى الإمام أبو سليمان الخطابي منع أخذ الأجرة عليه من جماعة من العلماء منهم الزهري وأبو حنيفة وعن جماعة أنه يجوز إن لم يشترطه وهو قول الحسن البصري والشعبي وابن سيرين وذهب عطاء ومالك والشافعي وآخرون إلى جوازها إن شارطه واستأجره إجارة صحيحة وقد جاء بالجواز الأحاديث الصحيحة واحتج من منعها بحديث عبادة بن الصامت أنه علم رجلا من أهل الصفة القرآن فأهدى له قوسا فقال له النبي إن سرك أن تطوق بها طوقا من نار فاقبلها وهو حديث مشهور رواه أبو داود وغيره وبآثار كثيرة عن السلف وأجاب المجوزون عن حديث عبادة بجوابين أحدهما أن في إسناده مقالا والثاني أنه كان تبرع بتعليمه فلم يستحق شيئا ثم أهدي إليه على سبيل العوض فلم يجز له الأخذ بخلاف من يعقد معه إجارة قبل التعليم والله أعلم




Fasal 1  Adab Menghafal Al Qur’an

Hal yang perlu diberi penekanan dari apa yang diperintahkan kepada penghafaz Al-Qur'an ialah agar menghindarkan diri dari perbuatan menjadikan Al-Qur'an sebagai sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya. Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Syibil ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bacalah Al-Qur'an dan jangan menggunakannya untuk mencari makan, jangan mencari kekayaan dengannya, jangan menjauhinya dan jangan melampaui batas di dalamnya."

Diriwayatkan dari Jabir ra, dari Nabi s.a.w: "Bacalah Al-Qur'an sebelum datang suatu kaum yang mendirikannya seperti menegakkan anak panah dengan terburu-buru dan mereka tidak mengharapkan hasilnya di masa depan."
(Riwayat Abu Dawud)

Dia meriwayatkannya dengan maknanya dari riwayat Sahl bin Sa'ad, artinya mereka mengharapkan upahnya dengan segera berupa uang atau kemasyhuran dan sebagainya.

Diriwayatkan dari Fudhail bin Amrin ra, katanya: "Dua orang sahabat Rasulullah s.a.w memasuki satu masjid. Ketika imam memberi salam seorang lelaki berdiri kemudian membaca beberapa ayat dari Al-Qur'an, kemudian dia meminta upah. Salah seorang dari keduanya berkata, Innaa lillahi wa innaa ilaihi
raaji'un.”
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang suatu kaum yang meminta upah kerana membaca Al-Qur'an. Maka siapa yang meminta upah kerana membaca Al-Qur'an, janganlah kamu memberinya."

Isnad hadits ini terputus kerana Al-Fudhail bin Amrin tidak mendengar dari sahabat.

Sementara mengambil upah kerana mengajar Al-Qur'an, maka para ulama berlainan pendapat.

Imam Abu Sulaiman Al-Khattabi menceritakan larangan mengambil upah kerana membaca Al-Qur'an dari sejumlah ulama, di antaranya Az-Zuhri dan Abu Hanifah. Sejumlah ulama mengatakan boleh mengambil upah jika tidak mesyaratkannya, iaitu pendapat Hasan Bashri, Sya'bi dan lainnya berpendaapat boleh mengambil upah. Jika menyinggung dan dengan akad yang benar, ada
hadits sahih yang mengharuskannya kerana telah kerana telah ada hadits-hadits sahih yang mengharuskannya.

Ulama yang melarangnya berhujah dengan hadits Ubadah bin Shamit bahawa dia mengajarkan Al-Qur'an kepada seorang lelaki penghuni Shuffah, kemudia dihadiahkan kepadanya sebuah busur. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya:
"Jika engkau suka dipakaikan kalung dari api di lehermu, maka terimalah hadiah itu."
Hadits itu adalah hadits masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya. Dan berhujjah pula dengan banyak atsar dari ulama Salaf.

Para ulama yang mengharuskan boleh mengambil upah tadi menjawab tentang hadits Ubadah itu dengan dua jawaban:

        a) Bahwa dalam isnad hadits itu ada masalah.
        b) Orang itu menyumbangkan tenaga untuk mengajar, sudah tentu dia
tidak berhak mendapat apa-apa. Kemudian dia diberi hadiah sebagai tanda terima kasih, maka dia tentu tidak boleh mengambilnya. Lain halnya dengan orang yang mengadakan akad dengannya sebelum mengajar.

Wallohu'alam.        *********
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya iklan. Terima Kasih. Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.

Posting Komentar

0 Komentar

Posting Komentar (0)

Terkini

3/related/default