بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR
AL-QUR'AN
فصل ١٧
ويدخل على الشيخ كامل الخصال متصفا
بما ذكرناه في المعلم متطهرا مستعملا للسواك فارغ القلب من الأمور الشاغلة وأن لا
يدخل بغير استئذان إذا كان الشيخ في مكان يحتاج فيه إلى استئذان وأن يسلم على
الحاضرين إذا دخل ويخصه دونهم بالتحية وأن يسلم عليه وعليهم إذا انصرف كما جاء في
الحديث فليست الأولى أحق من الثانية ولا يتخطى رقاب الناس بل يجلس حيث ينتهي به
المجلس إلا أن يأذن له الشيخ في التقدم أو يعلم من حالهم إيثار ذلك ولا يقيم أحدا
في موضعه فإن آثره غيره لم يقبل اقتداء بابن عمر رضي الله عنهما إلا أن يكون في
تقديمه مصلحة للحاضرين أو أمره الشيخ بذلك ولا يجلس في وسط الحلقة إلا لضرورة ولا
يجلس بين صاحبين بغير إذنهما وإن فسحا له قعد وضم نفسه.
Fasal ke-17:
Hendaklah pelajar masuk ke ruang/majlis
gurunya dalam keadaan memiliki
sifat-sifat sempurna sebagaimana yang saya sebutkan perlu ada pada guru. Antara
lain dengan bersuci menggunakan siwak dan menggosokkan hati dari hal-hal yang
menyibukkan. Janganlah dia masuk sebelum minta izin jika gurunya berada di suatu tempat yang
perlu minta izin untuk memasukinya. Hendaklah pelajar memberi salam kepada para hadirin
ketika masuk danmengkhususkan
gurunya dengan penghormatan tertentu. Dia memberi salam kepada gurunya dan
kepada mereka ketika dia pergi sebagaimana disebut di dalam hadits: "Bukanlah
salam yang pertama itu lebih baik daripada yang kedua?"
Janganlah dia melangkahi bahu orang
lain, tetapi hendaklah dia duduk di mana tempat majlis berakhir, kecuali jika
guru mengizinkan baginya untuk maju atau dia ketahui dari keadaan mereka bahawa mereka lebih
menyukai hal itu. Janganlah dia
menyuruh seseorang berdiri dari tempatnya. Jika orang lain mengutamakannya, jangan diterima,
sesuai dengan sikap Umar ra kecuali jika dengan mengikutinya terdapat maslahat bagi orang-orang
yang hadir atau guru menyuruhnya
berbuat demikian. Janganlah dia duduk di tengah halaqah (majlis), kecuali jika ada keperluan.
Janganlah duduk diantara dua kawan tanpa izin keduanya. Tetapi jika keduanya melapangkan tempat
untuknya, dia pun bolehlah duduk
merapatkan dirinya.
فصل ١٨
وينبغي أيضا أن يتأدب مع رفقته وحاضري
مجلس الشيخ فإن ذلك تأدب مع الشيخ وصيانة لمجلسه ويقعد بين يدي الشيخ قعدة
المتعلمين لا قعدة المعلمين ولا يرفع صوته رفعا بليغا من غير حاجة ولا يضحك ولا
يكثر الكلام من غير حاجة ولا يعبث بيده ولا بغيرها ولا يلتفت يمينا ولا شمالا من
غير حاجة بل يكون متوجها إلى الشيخ مصغيا إلى كلامه .
Fasal ke-18:
Hendaklah dia menunjukkan adab terhadap
kawan-kawannya dan orang- orang yang menghadiri majlis guru itu. Hal itu
merupakan sikap sopan terhadap guru dan pemeliharaan terhadap majlisnya. Dia duduk dihadapan guru
dengan cara duduk sebagai seorang pelajar, bukan cara duduknya guru. Janganlah
dia menguatkan suaranya
tanpa keperluan, jangan tertawa, jangan banyak bercakap tanpa keperluan, jangan bermain-main
dengan tangannya ataupun lainnya. Jangan menoleh ke kanan dan kekiri tanpa keperluan, tetapi
menghadap kepada guru dan mendengar setiap perkataanya.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : (Fasal ke 17-18) PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR AL-QUR'AN (At-Tibyaan )
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi ...