المقالة الثانية
والأربعون
فـي بـيـان
حـالـتـي الـنـفـس
قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : النفس لها حالتان لا ثالث لهما: حالة عافية،
وحالة بلاء، فإذا كانت في بلاء فالجزع والشكوى والسخط والاعتراض والتهمة للحق جل
وعلا لا صبر ولا رضى ولا موافقة، بل سوء الأدب والشرك بالحق والأسباب والكفر، وإذا
كانت في عافية فالشره والبطر وإتباع الشهوات واللذات، كلما نالت شهوة طلبت أخرى،
واستحقرت ما عندها من النعم من مأكول ومشروب وملبوس ومنكوح ومسكون ومركوب، فتخرج
لكل واحدة من هذه النعم عيوباً ونقصاً، وتطلب أعلى منها وأسنى مما لم يقسم لها،
وتعرض عما قسم لها، فتوقع الإنسان في تعب طويل، ولا ترضى بما في يديها وما قسم
لها، فيرتكب الغمرات ويخوض المهالك في تعب طويل لا غاية له ولا منتهى في الدنيا،
ثم في العقبى، كما قيل: إن من أشد العقوبات طلب ما لا يقسم. وإذا كانت في بلاء لا
تتمنى سوى انكشافها وتنسى كل نعيم وشهوة ولذة ولا تطلب شيئاً منها، فإذا عوفيت
منها رجعت إلى رعونتها وشرها وبطرها وإعراضها عن طاعة ربها وانهماكها في معاصيه،
وتنسى ما كانت فيه من أنواع البلاء والضر وما حل بها من الويل، فترد إلى أشد ما
كانت عليه من أنواع البلاء والضر، لما اجترحت وركبت من العظائم فطماً لها وكفاً عن
المعاصى في المستقبل، إذ لا تصلح لها العافية والنعمة بل حفظها في البلاء والبؤس،
فلو أحسنت الأدب عند انكشاف البلية ولازمت الطاعة والشكر والرضى بالمقسوم لكان
خيراً لها دنيا وأخرى، وكانت تجد زيادة في النعيم والعافية والرضى من الله عز وجل
والطيبة والتوفيق، فمن أراد السلامة في الدنيا والأخرى فعليه بالصبر والرضا،وترك
الشكوى إلى الخلق وإنزال حوائجه بربه عز وجل ولزوم طاعته وانتظار الفرج منه و
الانقطاع إليه عز وجل، إذ هو خير من غيره ومن جميع خلقه، حرمانه عطاء، عقوبته
نعماء، بلاؤه دواء، وعده نفذ، قوله فعل مشيئة حاله }إِنَّمَا{ وقوله وأمره أَمْرُهُ
}إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ{.يس82
كل أفعاله حسنة وحكمة ومصلحة، غير أنه طوى على
المصالح من عباده وتفرد به، فالأولى واللائق بحاله والرضى والتسليم، واشتغاله
بالعبودية من أداء الأوامر وانتهاء النواهي والتسليم في القدر، وترك الاشتغال في
الربوبية التي هي علة الأقدار ومحاربتها، والسكوت عن لم وكيف ومتى؟ والتهمة للحق
عز وجل في جميع حركاته وسكناته، وتستند هذه الجملة إلى حديث بن عباس رضي الله
عنهما، وهو ما روى عن عطاء بن عباس رضي الله عنهما قال: بينما أنا رديف رسول الله
صلى الله عليه وسلم إذ قال لي : يا غلام "أحفظ الله
يحفظك، أحفظ الله تجده أمامك، فإذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، جف
القلم بما هو كائن" فلو جهد العباد أن يضروك بشئ لم يقضه الله عليك لم
يقدروا عليه فإن استطعت أن تعامل الناس بالصدق واليقين فاعمل، وإن لم تستطع فإن
الصبر على ما تكره خيراً كثيراً. وأعلم أن النصرة بالصبر والفرج مع الكرب، وإن مع
العسر يسراً، فينبغي لكل مؤمن أن يجعل هذا الحديث مرآة لقلبه وشعاره ودثاره
وحديثه، فيعمل به في جميع حركاته وسكناته حتى يسلم في الدنيا والآخرة ويجد العزة
فيهما، برحمة الله عزَّ وجلَّ.
Risalah 42
Mutiara karya
Syeikh Abdul Qodir Jailani
Keadaan ruhani manusia itu: bahagia dan duka. Bila duka, maka timbul kecemasan,
keluhan, ketaksenangan, penyalahan terhadap perilaku buruk, dosa
kerana menyekutukan sang Pencipta dengan makhluk dan sarana-sarana duniawi, dan
akhirnya kekafiran. Bila bahagia, ia menjadi korban kerakusan, kehinaan hawa
nafsu. Bila nafsu diperturutkan, ia pun menginginkan yang lainnya dan meremehkan
kurnia yang dimilikinya; maka ia tak menghargai kurnia-kurnia ini dan meminta
kurnia yang lebih baik lagi, sehingga hal ini menempatkannya dalam rangkaian
kesulitan yang tak berakhir di dunia ini atau di akhirat, sebagaimana
dikatakan:
"Sesungguhnya siksaan paling pedih iaitu bagi pengupayaan yang bukan
bahagiannya."
Maka, bila ia dirundung kesulitan yang dikehendaki hanyalah
sirnanya kesulitan itu. Ia menjadi lupa akan segala kurnia, dan tidak
menghendaki sesuatupun dari hal ini. Bila ia dikurniai kebahagiaan hidup, maka
ia kembali menjadi sombong, rakus, membangkang terhadap Tuhannya dan tenggelam
dalam dosa. Ia pun lupa akan kesengsaraannya ini dan bencana, yang korbannya
adalah dia.
Maka segeralah ia menjadi lebih buruk daripada kala ia
diharu-biru aneka musibah dan kesulitan sebagai hukuman atas dosa-dosanya, agar
ia terjauhkan dari hal-hal ini dan menahannya dari perbuatan dosa di kemudian
hari, setelah kemudahan dan kesenangan tak mengubahnya, tetapi keselamatannya
terletak dalam musibah dan kesulitan.
Andai ia berlaku baik, setelah
bencana berlalu darinya, teguh dalam kepatuhan, bersyukur dan menerima nasibnya
dangan senang hati, maka hal itu lebih baik baginya di dunia ini dan di akhirat.
Maka, hidupmu akan kian bahagia.
Nah, barangsiapa menginginkan
keselamatan hidup di dunia ini dan di akhirat, maka ia harus senantiasa
bersabar, pasrah, menghindar dari mengeluh kepada orang, dan memperolehi
kebutuhannya dari Tuhannya, Yang Maha kuasa lagi Maha agung, dan membuatnya
sebagai kewajiban untuk mematuhi-Nya, harus menantikan kemudahan dan sepenuhnya
mengabdi kepada-Nya, Yang Maha kuasa lagi Maha agung. Ia, betapa pun, lebih baik
ketimbang seluruh makhluk-Nya.
Maka Pencabutan oleh-Nya menjadi kurnia,
Penghukuman-Nya menjadi rahmat, musibah dari-Nya menjadi ubat, janji-Nya
terpenuhi. Kemurahan-Nya merupakan kenyataan yang ada. Kata-Nya merupakan suatu
kebajikan. Tentu, firman-Nya, di kala Ia menghendaki sesuatu, hanyalah ucapan
terhadapnya "Jadi," maka jadilah ia. Maka, seluruh tindakan-Nya baik, bijak dan
tepat, kecuali bahawa Ia menyembunyikan pengetahuan tentang ketepatan-Nya dari
hamba-hamba-Nya, padahal Ia sendiri begini. Maka, lebih baik dan layak bagi para
hamba untuk berpasrah dan mengabdi kepada-Nya, iaitu dengan menunaikan
perintah-perintah-Nya, menghindari larangan-larangan-Nya, menerima ketentuan-Nya
dan mencampakkan belaian makhluk - sebab hal ini merupakan sumber segala
ketentuan, menguatnya mereka dan dasar mereka; dan berdiamlah atas sebab dan
masa (kejadian-kejadian), dan jangan menyalahkan gerak dan diam-Nya. Pernyataan
ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, yang
dikutip oleh Ata bin Abbas.
Katanya:
"Ketika aku berada di belakang
Rasulullah (saw), beliau berkata kepadaku, "Anakku, jagalah kewajiban-kewajiban
terhadap Allah, maka Allah akan menjagamu; jagalah kewajiban-kewajiban terhadap
Allah, maka kau akan mendapati-Nya di depanmu.' "
Nah, jika kau
memerlukan pertolongan, mintalah kepada-Nya. Pena menjadi kering setelah
menuliskan segala yang akan terjadi. Dan jika hamba-hamba Allah berupaya keras
memberimu sesuatu yang tak Allah tentukan bagimu, maka mereka takkan mampu
melakukannya. Jika hamba-hamba Allah berupaya keras merugikanmu, padahal Allah
tak menghendakinya, maka mereka takkan berhasil.
Nah, jika kau dapat
bertindak berdasarkan perintah-perintah Allah dengan sepenuh iman, lakukanlah.
Tapi, jika kau tak mampu melakukan yang demikian, maka, tentu, lebih baik
bersabar atas apa yang tak kau sukai, sembari mengingat bahawa di dalamnya
banyak kebaikan. Ketahuilah, bahawa pertolongan Allah datang melalui kesabaran
dan keredhaan, dan dalam kesulitan itu ada kemudahan. Maka, hendaklah para
mukmin menjadikan hadis ini sebagai cermin bagi hatinya, sebagai pakaian
lahiriah dan ruhaniah, sebagai slogan, dan hendaklah berlaku dengannya dalam
segala gerak dan diamnya, agar selamat di dunia ini dan di akhirat, dan semoga
mendapatkan kemuliaan darinya, dengan kasih-sayang Allah, Yang Maha mulia.