بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Futuuhul ghoib
المقالة السابعة والستون
فـي جـهـاد الـنـفـس و تـفـصـيـل كـيـفـيـتـه
قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : كلما جاهدت نفسك و غلبتها و قتلتها بسيف المخالفة أحياها الله، و
نازعتك و طلبت منك الشهوات و اللذات الجناح منها و المباح، لتعود إلى المجاهدة
ليكتب لك ثواباً دائماً، و هو معنى قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( رجعنا من
الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر ) أراد مجاهدة النفس لدوامها و استمرارها على
الشهوات و اللذات، و إنهماكها في المعاصي، و هو معنى قوله عزَّ و جلَّ : وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ.الحجر99. أمر الله عزَّ و جلَّ لنبيه صلى الله عليه وسلم
بالعبادة و هي مخالفة النفس، لأن العبادة كلها تأباها النفس و تريد ضدها إلى أن
يأتيه اليقين يعنى الموت.
فإن قيل : كيف تأبى نفس رسول الله صلى الله عليه وسلم العبادة و هو
عليه والصلاة و السلام لا هوى له وَمَا يَنطِقُ عَنِ
الْهَوَى * إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى.النجم3–4. فيقال
أنه عزَّ و جلَّ خاطب نبيه صلى الله عليه وسلم ليتقرر به الشرع فيكون عاماً بين
أمته إلى أن تقوم الساعة. ثم إن الله عزَّ و جلَّ أعطى نبيه عليه الصلاة و السلام
القوة على النفس و الهوى، كيلا يضراه و يحوجاه إلى المجاهدة، بخلاف أمته، فإذا دام
المؤمن على هذه المجاهدة إلى أن يأتيه الموت و يلحق بربه عزَّ و جلَّ بسيف مسلول
ملطخ بدم النفس و الهوى أعطاه ما ضمن له من الجنة، لقوله عزَّ و جلَّ : وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ
الْهَوَى * فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى.النتزعات40–41. فإذا أدخله الجنة و جعلها داره و مقره و
مصيره، أمن من التحويل عنها و الانتقال إلى غيرها و العودة إلى دار الدنيا جدد له
كل يوم و كل ساعة من أنواع النعيم و تغير عليه أنواع الحال و الحلى إلى ما لا
نهاية و لا غاية و لا نفاد، كما جدد في الدنيا كل يوم و كل ساعة و لحظة مجاهدة
النفس و الهوى.
و أما الكافر و المنافق و العاصي لما تركوا مجاهدة النفس و الهوى في
الدنيا و تابعوها، و وافقوا الشيطان تمرجوا في أنواع المعاصي من الكفر و الشرك و
ما دونهما حتى أتاهم الموت من غير الإسلام و التوبة، أدخلهم الله النار التي
أعدت للكافرين في قوله عزَّ و جلَّ : وَاتَّقُواْ
النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ.آل
عمران131. فإذا أدخلهم فيها و جعلها مقرهم و صيرهم، فأحرقت جلودهم و لحومهم
جدد لهم عزَّ و جلَّ جلوداً و لحوماً كما قال عزَّ و جلَّ : كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُوداً
غَيْرَهَا.النساء56. يفعل عزَّ و جلَّ
بهم ذلك كما وافقوا أنفسهم و أهواءهم في الدنيا في معاصيه عزَّ و جلَّ ، فأهل
النار تجدد لهم كل وقت جلود و لحوم لإيصال العذاب و الآلام إليهم. و سبب ذلك
مجاهدة النفس و عدم موافقتها في دار الدنيا و هذا معنى قول النبي صلى الله عليه
وسلم : ( الدنيا مزرعة الآخرة ).
Risalah 67
Mutiara karya Syeikh Abdul Qodir Jailani
Bila kau bertanya melawan dan
berhasil mengatasi diri, maka Allah membangkitkannya kembali, dan ia menuntut
darimu pemuasan keinginan, baik yang diharamkan mahupun yang dihalalkan, hingga
kau berupaya lagi mengatasi diri, sampai pahala tertulis bagimu begitu kau
berupaya kembali. Inilah makna sabda Nabi saw:
"Kita telah kembali dari
jihad kecil, dan menuju jihad besar."
Ia berkata bahawa kembali berupaya mengatasi diri senantiasa terjadi. Dan
inilah makna firman Allah:
"Mengabdilah kepada
Tuhanmu, hingga kepastian (kematian) datang kepadamu." (QS.15:99)
Allah telah memerintahkan Nabi-Nya untuk mengabdi kepada-Nya. Hal ini
bertentangan dengan diri. Sebab semua pengabdian ditolak oleh diri yang
menginginkan sebaliknya, hingga datang kepastian (kematian). Bila ditanya:
"Bagaimana mungkin diri Nabi menolak pengabdian, padahal ia tak punya
kedirian?" Allah berfirman: "Ia tak berbicara dengan kehendaknya
sendiri, tapi dengan wahyu." (QS.53:84)
Ia mengalamatkan kepada nabi-Nya kata-kata ini, untuk mengukuhkan hal ini, dan
berlaku pula bagi pengikut-pengikutnya, hingga hari Kiamat. Dia menganugerahi
nabi-Nya daya mengatasi diri, hingga hal ini tak merugikannya, tak pula
mendorongnya berupaya mengatasi diri. Inilah pembeza antara dia dan
pengikut-pengikutnya. Bila seorang mukmin teguh dalam upaya spiritual, hingga
datang kematian, dan menemui Tuhannya, dengan pedang terhunus berlumuran darah
kedirian, maka Ia memberinya Syurga yang dijaminkan-Nya baginya, dengan
firman-Nya:
"Bagi yang takwa kepada
Tuhannya, dan mencegah diri dari hawa nafsunya, maka Syurgalah tempat
tinggalnya." (QS.79:41)
Nah, bila Dia telah memasukkannya ke dalam syurga, maka Ia menjadikan syurga
itu tempat tinggal, tempat beristirehat dan tempat kembalinya, yang membuatnya
aman dari pemalingan kepada duniawi; dan Ia senantiasa melimpahkan baginya,
dari hari ke hari dan dari jam ke jam, rezeki dan akan mengurniainya segala
macam pakaian dan hiasan yang abadi, sebagaimana Ia memperbaharui, di dalam
dunia ini setiap hari setiap jam dan setiap detik, perjuangan melawan kedirian.
Sedang orang kafir, orang munafik dan pendosa, bila mereka telah berhenti
berjuang melawan kedirian mereka di dunia ini, kemudian mengikuti, bersekutu
dengan setan dan berbaur dengan aneka macam kekafiran, kemusyrikan dan hal-hal
seperti itu sampai kematian datang kepada mereka, sebelum mereka menjalankan
Islam dan bertaubat, maka Allah memasukkan mereka ke dalam neraka yang
disediakan bagi orang-orang kafir, sebagaimana firman-Nya:
"Peliharalah dirimu dari
neraka, yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang
kafir." (QS.2:24)
Setelah Dia memasukkan mereka ke dalamnya dan menjadikannya tempat kembali dan
tempat berteduh mereka, maka neraka itu membakar kulit dan daging mereka, dan
Ia mengganti kulit dan daging mereka dengan yang baru, sesuai dengan
firman-Nya:
"Setiap kali kulit mereka
hangus, kami ganti kulit mereka dengan kulit mereka dengan kulit yang
lain." (QS.4:56)
Ia, Yang Maha kuasa lagi Maha agung, senantiasa memperlakukan mereka demikian,
disebabkan oleh penyekutuan mereka dengan kedirian mereka sendiri, di dunia
ini, dalam berbuat dosa. Penghuni-penghuni neraka senantiasa berganti kulit dan
daging, agar mereka tersiksa dan kesakitan. Sedang penghuni syurga senantiasa
dilimpahi rezeki, agar mereka senantiasa bersyukur. Hal ini dikeranakan
perjuangan mereka melawan kedirian mereka sendiri demi menyesuaikannya dengan
kehendak Allah dalam kehidupan di dunia ini, dan inilah yang dimaksud dalam
sabda Nabi saw: "Dunia ini adalah tanah garapan bagi akhirat."
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : TERJEMAH KITAB FUTUUHUL GHAIB 67 (Syeikh Abdul Qodir al-Jailani ra)
Description : Futuuhul ghoib المقالة السابعة والستون فـي جـهـاد الـنـفـس و تـفـصـيـل كـيـفـيـتـه قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه :...