بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
المقالة الثالثة
والثلاثون
فـي
تـقـســيـم الـرجـال إلـى أربـعـة أقـســام
قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : الناس أربعة رجال :
رجل : لا لسان
له ولا قلب وهو العاصي الغر الغبي لا يعبأ الله به، لا خير فيه، وهو وأمثاله حثالة
لا وزن لهم إلا أن يعمهم الله عزَّ وجلَّ برحمته، فيهدي قلوبهم للإيمان به ويحرك جوارحهم
بالطاعة له عزَّ وجلَّ. فأحذر أن تكون منهم، ولا تكترث بهم ولا تقم فيهم فإنهم أهل
العذاب والغضب والسخط سكان النار وأهلها نعوذ بالله عزَّ وجلَّ منهم، إلا أن تكون
من العلماء بالله عزَّ وجلَّ ومن معلمي الخير وهـداة الدين وقواده ودعاته، فدونك فأتهم
وادعهم إلى طاعة الله عزَّ وجلَّ، وحذرهم معصيته، فتكتب عند الله حينئذ جهبذا،
فتعطى ثواب الرسل والأنبياء، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لأمير المؤمنين علي
بن أبي طالب رضي الله عنه : (لأن يهدى الله بهداك رجلا
خير لك مما طلعت عليه الشمس).
الرجل الثاني :
رجل له لسان بلا قلب فينطق بالحكمة ولا يعمل بها، يدعو الناس إلى الله وهو يفر منه
عزَّ وجلَّ، يستقبح عيب غيره ويدوم هو على مثله في نفسه، يظهر للناس تنسكا ويبارز
الله عزَّ وجلَّ بالعظائم من المعاصي، إذا خلا كأنه ذئب عليه ثياب، وهو الذي حذر
منه النبي صلى الله عليه وسلم بقوله : (أخوف ما أخاف على
أمتي من منافق عليم اللسان). وفي حديث آخر : (أخوف
ما أخاف على أمتي من علماء السوء). نعوذ بالله من هذا، فابعد منه وهرول،
لئلا يختطفك بلذيذ لسانه فتحرقك نار معاصيه، ويقتلك نتن باطنه وقلبه.
والرجل الثالث :
قلب بلا لسان، وهو مؤمن ستره الله عزَّ وجلَّ عن خلقه، وأسبل عليه كنفه، وبصره بعيوب
نفسه، ونور قلبه، وعرفه غوائل مخالطة الناس وشؤم الكلام والنطق، وتيقن أن السلامة
في الصمت والانزواء والانفراد، وتسَمَّعَ قول النبي صلى الله عليه وسلم : (من صمت نجا). وسَمِعَ قول بعض العلماء : العبادة عشرة أجزاء، تسعة منها في الصمت فهذا رجل ولي
الله عزَّ وجلَّ، في ستر الله محفوظا ذو سلامة وعقل وافر، جليس الرحمن منعم عليه،
فالخير كل الخير عنده، فدونكه ومصاحبته ومخالطته وخدمته والتحبب إليه بقضاء حوائج
تسنح له ومرافق يرتفق بها، فيحبك الله ويصفيك، ويدخلك في زمرة أحبائه وعباده
الصالحين ببركته إن شاء الله تعالى.
والرجل الرابع :
المدعو في الملكوت بالعظيم كما جاء في الحديث عن النبي صلى الله عليه وسلم : (من تعلم ، وعلم ، وعمل ، دعي في الملكوت عظيماً). وهو
العالم بالله عزَّ وجلَّ وآياته، استودع الله عزَّ وجلَّ قلبه غرائب علمه، وأطلعه
على أسرار طواها عن غيره، واصطفاه واجتباه وجذبه إليه ورقاه، وإلى باب قربه هداه،
وشرح صدره لقبول تلك الأسرار والعلوم، وجعله جهبذا وداعياً للعباد ونذيرا لهم وحجة
فيهم، هادياً مهدياً شافعاً مشفعاً صادقاً صديقاً، بدلاً لرسله وأنبيائه عليهم صلواته
وسلامه وتحياته وبركاته. فهذه هي الغاية القصوى في بني آدم، لا منزلة فوق منزلته
إلا النبوّة، فعليك به وأحذر أن تخالفه وتنافره وتجانبه وتعاديه وتترك القبول منه والرجوع
إلى نصيحته وقوله، فإن السلامة فيما يقول عنده، والهلاك والضلال عند غيره إلا من
يوفقه الله عزَّ وجلَّ ويمده بالسداد والرحمة.
فقد
قسمت لك الناس، فانظر لنفسك إن كنت ناظراً، واحترز لها إن كنت محترزاً لها شفيقاً
عليها، هدانا الله وإياك لما يحبه ويرضاه.
Risalah 33
Mutiara karya
Syeikh Abdul Qodir Jailani
Ada empat jenis manusia.
Yang pertama, tak berlidah
dan tak berhati. Mereka adalah manusia biasa, bodoh dan hina. Mereka tak pernah
ingat kepada Allah. Tiada kebaikan dalam diri mereka. Mereka bagai sekam tak
berbobot, jika Allah tak mengasihi mereka, membimbing hati mereka kepada
keimanan pada-Nya Sendiri. Waspadalah, jangan menjadi seperti mereka. Inilah
manusia-manusia sengsara dan dimurkai oleh Allah. Mereka adalah
penghuni-penghuni neraka. Kita berlindung kepada Allah dari
mereka.
Hiasilah dirimu dengan ma'rifat. Jadilah guru kebenaran,
pembimbing ke jalan agama, pemimpinnya dan penyerunya. Ingat, bahawa kau mesti
mendatangi mereka, mengajak mereka kepada ketaatan kepada Allah dan
memperingatkan mereka akan dosa terhadap Allah. Maka, kau akan menjadi pejuang
di jalan Allah dan akan dipahalai, sebagaimana para nabi dan utusan Allah. Nabi
Suci saw. berkata kepada Ali r.a.:
"Jika Allah membimbing seseorang melalui pembimbingmu atasnya, adalah
lebih baik bagimu daripada tempat matahari terbit."Yang kedua, berlidah tapi
tak berhati. Mereka berbicara bijak, tapi tak berbuat bijak. Mereka menyeru
orang kepada Allah, tapi mereka sendiri jauh dari-Nya. Mereka jijik terhadap
noda orang lain, tapi mereka sendiri tenggelam dalam noda. Mereka menunjukkan
kepada orang lain kesalehan mereka, tapi mereka sendiri berbuat dosa besar
terhadap Allah. Bila sendirian, mereka bagai serigala berpakaian. Inilah manusia
yang tentangnya Nabi memperingatkan. Ia bersabda:
"Hal yang paling mesti ditakuti, yang aku takuti, oleh
pengikut-pengikutku, iaitu orang berilmu yang jahat."
Kita berlindung
kepada Allah dari orang semacam itu. Maka dari itu, menjauhlah selalu dari orang
seperti itu, agar kau tak terseret oleh manisnya lidahnya, yang kemudian api
dosanya akan membakarmu, dan kebusukan ruhani serta hatinya akan
membinasakanmu.Yang ketiga, berhati tapi
tak berlidah, dan beriman. Allah telah memberinya dari makhluk-Nya,
menganugerahinya pengetahuan tentang noda-noda dirinya sendiri, mencerahkan
hatinya dan membuatnya sedar akan mudharatnya berbaur dengan manusia, akan
kekejian berbicara dan yang telah yakin bahawa keselamatan ada dalam ke-diam-an
serta keberadaan dalam sebuah sudut, sebagaimana sabda Nabi saw.: "Barangsiapa
senantiasa diam, maka ia memperolehi keselamatan." "Sesungguhnya pengabdian
kepada Allah terdiri atas sepuluh bahagian, yang sembilan bahagian ialah
ke-diam-an." Maka, orang ini adalah wali Allah dalam hal rahsia-Nya,
terlindungi, memiliki keselamatan dan banyak pengetahuan, terahmati dan segala
yang baik ada padanya. Nah, ingatlah, bahawa kau mesti senantiasa bersama dengan
orang semacam ini, layanilah ia, cintailah ia dengan memenuhi kebutuhan yang
dirasakannya, dan berilah ia hal-hal yang akan menyenangkannya. Bila kau
melakukan yang demikian ini, maka Allah akan mencintaimu, memilihmu dan
memasukkanmu ke dalam kelompok sahabat dan hamba saleh-Nya disertai rahmat-Nya.
Yang keempat ialah manusia
yang diundang ke dunia ghaib, yang dipakaikan kemuliaan.
"Barangsiapa
mengetahui dan bertindak berdasarkan pengetahuannya dan memberikannya kepada
orang lain, maka ia diundang ke dunia ghaib dan menjadi mulia."
Orang
semacam itu memiliki pengetahuan tentang Allah dan tanda-Nya. Hatinya menjadi
penyimpan pengetahuan yang langka tentang-Nya, dan Ia menganugerahkan kepadanya
rahsia-rahsia yang disembunyikan-Nya dari yang lain. Ia memilihnya,
mendekatkannya kepada-Nya Sendiri, membimbingnya, memperluas hatinya agar bisa
menerima rahsia-rahsia dan pengetahuan-pengetahuan ini, dan menjadikannya
seorang pekerja dijalan-Nya, penyeru hamba-hamba-Nya kepada jalan kebajikan,
pengingat akan siksaan perbuatan-perbuatan keji, dan hujjatullah di
tengah-tengah mereka, pemandu dan yang terbimbing, perantara, dan yang
perantaraannya diterima, seorang shiddiq dan saksi kebenaran, wakil para nabi
dan utusan Allah, yang bagi mereka limpahan rahmat Allah.
Maka, orang ini
menjadi puncak umat manusia. Tiada maqam di atas ini, kecuali maqam para nabi.
Adalah kewajipanmu untuk berhati-hati, agar kau tak memusuhi orang semacam itu,
tak menjauhinya dan tak melecehkan ucapan-ucapannya. Sesungguhnya keselamatan
terletak pada ucapan dan kebersamaan dengan orang itu. Sedang kebinasaan dan
kesesatan terletak pada selainnya; kecuali orang yang dikurniai oleh Allah daya
dan pertolongan yang membawa kepada kebenaran dan kasih sayang. Nah, telah
kupaparkan bagimu bahawa manusia dibahagi menjadi empat bahagian. Maka,
perhatikanlah dirimu sendiri jika kau punya jiwa yang terus-mata. Selamatkanlah
dirimu dengan sinarnya, jika kau ingin sekali menyelamatkannya dan
mencintainya.
Semoga Allah membimbing kita kepada yang dicintainya di
dunia ini dan di akhirat!
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : TERJEMAH KITAB FUTUUHUL GHAIB 33 (Syeikh Abdul Qodir al-Jailani ra)
Description : Futuuhul ghoib المقالة الثالثة والثلاثون فـي تـقـســيـم الـرجـال إلـى أربـعـة أقـســام قـال رضـي الله تـعـالى ع...