بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Syarat Belajar Ilmu Tasawuf
Telah menyebut Al-Arif
Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a. dalam
kitabnya “Kanzul Manan” sebagaimana berikut;Tiada patut mendengar bagi Ilmu ini
(Thoriqat / Tasawuf) melainkan bagi orang
yang bersifat dengan empat sifat
ini iaitu;
1.Zahid dengan meninggalkan segala yang lebih daripada yang
halal
2.Ilmu Syariat yang membaikkan zhohirnya,
3.Tawakkal dan
4.Keyakinan kepada
Allah dan Rasul
Inilah syarat-syarat utama yang perlu dimiliki oleh
seseorang yang ingin mengikut jalan atau thoriqat Ilmu Tasauf ini. Tegasnya bagi sesiapa yang ingin belajar atau
menuntut ilmu ini, atau mendengar ilmu
ini, membicara dan membahaskan ilmu ini,
mereka hendaklah memperlengkapkan diri mereka dengan empat perkara
tersebut. Tanpa salah satu atau
mana-mana dari empat syarat-syarat yang tersebut itu, maka tidaklah patut bagi seseorang itu
mendengar apatah lagi memperkatakan sesuatu mengenai Ilmu Tasauf ini.1. Zahid.
Adalah makna zahid ialah meninggalkan segala yang
lebih-lebih daripada yang halal. Ini
adalah kerana seorang yang Salik itu merupakan orang musafir kepada
Tuhannya. Maka manakala jika ada sertanya
sesuatu yang melebihi dari kadar keperluan dan hajatnya dalam perjalanannya, nescaya ianya akan menjadi penegah dan
penghalang untuknya melangkahkan kaki.
Ini adalah kerana Hadrat Haq Subhanahuwa Taala itu diharamkan masuk atas orang yang membawa di
belakangnya sesuatu tanggungan(sangkutan keduniaan).
Dalam erti kata yang lain,
hendaklah disucikan tangannya daripada mengambil sesuatu yang lebih
daripada dunia dan disucikan hatinya daripada berhadap kepadaNya kerana adalah pada Hadrat yang Qudsi itu
ditegahkan masuk orang yang penuh hatinya dengan Akdar dunia yang Masyiwallah(sesuatu
selain daripada Allah) seperti kata
Sheikh Ibni Athoillah As-Kandari;
Bagaimana terang bercahaya hatinya sedangkan segala rupa
Akuan(cita-cita dunia) termeteri pada muka cerminnya atau;
Bagaimana ia suka berjalan kepada Allah Taala padahal tertambat
dengan segala keinginan syahwatnya atau;
Bagaimana ia loba masuk pada Hadrat Allah Taala sedangkan ia
tiada bersuci dari segala junub kelalaiannya atau;
Bagaimana ia harap hendak faham akan keindahan Asror atau
rahsia-rahsia yang halus(yang dalam) pada hal ia tidak taubat daripada
kesalahannya.
Antara alamat orang yang zahid ialah sebagaimana yang
disebut dalam Kitab Sira Ssalikin di mana telah berkata Imam Ghazali;Adapun alamat Zahid itu tiga
perkara iaitu;
1. Tiada ia suka
dengan suatu yang ada kepadanya dan tiada dukacita di atas ketiadaan sesuatu padanya seperti firman
Allah yang bermaksud; “Supaya tiada dukacita kamu atas sesuatu yang
luput dan tiada suka dengan sesuatu yang datang kepada kamu”.
2. Bersamaan padanya
orang yang memuji dan menghinanya.
2. IlmuYang
dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah Ilmu Syariat yang ruang lingkupnya
bergantung dengan perkara-perkara yang membaikkan zhohirnya. Maka manakala tiada mengetahui oleh orang
yang Salik ilmu-ilmu atau jalan untuk membaikkan zhohirnya nescaya tiadalah
dapat ia mengetahui akan jalan untuk membaikkan batinnya. Ini adalah kerana orang yang tiada berhenti
pada pintunya tiadalah masuk di dalam tempat perhentian ahbabnya(kekasihnya). Dengan kerana itulah, maka hiasilah olehmu
wahai orang Salik dengan pakaian syariat dan berhiaslah dengan adab
thoriqat, nescaya teranglah atasmu
beberapa cahaya hakikat dan jadilah kamu
ahli bagi Mukhotobah yakni berkhabar-khabaran dan ahli Musyawarah yakni orang
yang berkhabar-khabaran pada malam dan dapatlah kamu akan lazat
Mukhotobah. Ini adalah kerana untuk
terbukanya sesuatu yang hakikat yang didapati dari Alam Ghaib, perlulah ada sesuatu Wirid atau amalan
syariat yang sempurna.
Tersebut dalam bicara Kitab Hikam Ibni Athoillah As-Kanddari
bahawa tidak akan ada Warid tanpa Wirid.
Yang dimaksudkan dengan wirid ialah apa sahaja amalan zhohir atau batin
yang dilakukan secara Istiqamah dan terhasilah Warid Ilahiyyah iaitu pembukaan
dan pencampakan Nur Ketuhanan yang membukakan sesuatu yang sebelum ini tertutup
atau terhijab. Dengan terbukanya sesuatu
rahsia di Alam Ghaib ini, maka terserlah
bahagian-bahagian hakikat atau makrifat mengikut kadar yang diizinkan.
3. Tawakkal
Amat perlu bagi seorang Salik itu memakai pakaian
tawakkal kerana Tawakkal itu ialah memadai dengan pengetahuan Allah
pada mu daripada bergantung hati akan yang lain. Maka apabila engkau ketahui bahawasanya;
Allah itu Tuhan Yang ‘Alim yakni yang mengetahui dengan
segala hal kamu; lagi
Allah itu Amat Kuasa atas memadakan(menjamin) akan segala
hajatmu;
lagi Allah itu
terlebih kasih sayang bagimu lebih daripada kasih sayang ibu-bapamu malah
melebihi akan kasih-sayangmu pada dirimu sendiri,
nescaya berhimpunlah
hatimu itu atas Allah dan tiada berhadap dengan hatimu melainkan
kepadaNya(Allah). Dan tiada engkau
jatuhkan pandangan dan ingatan itu melainkan padanya(berhadap kepada
Allah).Adalah tawakkal ini terlebih-lebih
sangat dikehendaki oleh orang yang Salik itu pada perjalannnya melebihi
sangat berkehendaknya seorang yang dahaga kepada air.
4. Yakin
Yakin ialah I’tiqad(pegangan) yang putus dengan barang yang
mengkhabarkan oleh Allah dan RasulNya.
Dengan keyakinan itulah ia akan
berpegang kepada perkara yang sebenarnya dengan tiada syak pada Allah dan Rasul
atas jalan putus sekira-kira gholib atas hatinya dan jadilah segala yang ghaib
itu seperti dilihatnya. Maka diketahui
dengan perasaannya bahawasanya Allah Taala tiada menjadikan Jin dan Manusia
melainkan untuk beribadat kepadaNya.
Maka tiada dijadikan akan segala pancainderanya melainkan kerana disuruh
mengerjakan taat dengannya dan tiadalah dijadikan hati melainkan kerena tempat
untuk berzikir(ingat/yakin) akan Dia dan supaya jangan hati itu tidak
bimbangkan(cenderung dan kasih) dengan sesuatu yang lain selain daripada Allah.
Maka barangsiapa berhasil baginya yakin yang zauqi(rasa yang
melenyapkan isyarat) atas jalan ini
nescaya;
mereka tiada akan memalingkan lidahnya melainkan di dalam
zikir akan Dia dan
tiadalah mereka
memalingkan telinganya melainkan dengan mendengar kalam Allah dan kalam
RasulNya dan kalam AuliyaNya dan kepada
tiap-tiap sesuatu yang menyampaikan dia
kepada TuhanNya dan
tiada berpaling matanya
melainkan pada barang yang memberi manfaat dan menunjuk akan dia kepada
jalan Allah.
Dan demikianlah dikirakan(ditilik) dirinya pada tempat
penerimaan segala nikmat yang memberi nikmat dengan dia oleh MaulaNya(Allah)
hinggalah tercapailah ia akan Maqam orang yang Syaakirin iaitu orang yang
memalingkan pandangannya bahawa sekelian nikmat yang diberikan Allah ke atasnya
kepada sesuatu yang dijadikan untuk tujuan kembali kepada jalan Allah. Maka tatkala itu tercapailah ia akan
bertambah pemberianNya seperti maksud
Allah Taala (Walai in syakar tum laiziidannakum).“Dan apabila kamu
bersyukur, pasti Allah
menambahnya”Bermula Maqam yakin itu ialah diketahui oleh seseorang bahawa Allah
Taala melihat atas tiap-tiap waktu dan ketika seperti kata Sheikh Abi
Madyan r.a
Bermula Haq Taala itu melihat atas segala rahsia
hambaNya dan zhohirnya pada tiap-tiap
nafas dan tiap-tiap hal(kelakuannya).
Maka di mana ada hati melihat akan Dia(Allah) hal keadaannya memberi
bekas akan TuhanNya daripada yang lain,
nescaya dipeliharakan akan dia daripada kedatangan percubaan dan
daripada fitnah yang menyesatkan dia daripada memandang yang lain daripada Allah.
Inilah hikmah atau edaran(pusingan) Ahli Sufiah iaitu Maqam
Muroqobah dan Maqam Ihsan iaitu mengetahui bahawasnya Allah Taala melihat ia
pada sekelian ketikanya dan mengetahui pula Allah Taala akan barang yang di
dalam dirinya . Maka jadilah ia;
bersamaan pada zhohir dan batinnya dan
bersamaan pada khulwatnya(sendirian) dan jalwahnya (di dalam
tengah orang ramai) bersamaan padanya zhohir.
Maka tiada dilihat
dalam segala kelakuannya itu melainkan MaulaNya(Allah) dan tiada berhadap pada menyampaikan hajatnya
melainkan kepadaNya. Dan hasillah
daripada Sheikh Abi Madyan r.a;Bahawasanya pati jalan untuk sampai kepada Allah
itu bahawa mengetahui orang yang Salik akan bahawasnya Allah Taala itu Tuhan
Yang Melihat atas segala rahsianya dan zhohirnya pada tiap-tiap nafas dan
tiap-tiap kelakuannya.
Petikan dari Kitab “Kanzul Manan” ‘ala Hikam Abi Madyan r.a
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :