بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 3
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ٣ في آداب القرآن
إذا لم يجد الجنب أو الحائض ماء تيمم
ويباح له القراءة والصلاة وغيرهما فإن أحدث حرمت عليه الصلاة ولم تحرم القراءة
والجلوس في المسجد وغيرهما مما لا يحرم على المحدث كما لو اغتسل ثم أحدث وهذا مما
يسأل عنه ويستغرب فيقال جنب يمنع من الصلاة ولا يمنع من قراءة القرآن والجلوس في
المسجد من غير ضرورة كيف صورته فهذا صورته ثم الأقرب لا فرق مما ذكرناه بين تيمم
الجنب في الحضر والسفر وذكر بعض أصحاب الشافعي أنه إذا تيمم في الحضر استباح
الصلاة ولا يقرأ بعدها ولا يجلس في المسجد والصحيح جواز ذلك كما قدمناه ولو يتمم
ثم صلى وقرأ ثم رأى ماء يلزمه استعماله فإنه يحرم عليه القراءة وجميع ما يحرم على
الجنب حتى يغتسل ولو تيمم وصلى وقرأ ثم أراد التيمم لحدث أو لفريضة أخرى أو لغير
ذلك فإنه لا يحرم عليه القراءة على المذهب الصحيح المختار وفيه وجه لبعض أصحاب
الشافعي أنه لا يجوز والمعروف الأول أما إذا لم يجد الجنب ماء ولا ترابا فإنه لا
يصلي لحرمة الوقت على حسب حاله ويحرم عليه القراءة خارج الصلاة ويحرم عليه أن يقرأ
في الصلاة ما زاد على فاتحة الكتاب وهل يحرم عليه قراءة الفاتحة فيه وجهان الصحيح
المختار أنه لا يحرم بل يجب فإن الصلاة لا تصح إلا بها وكلما جازت الصلاة لضرورة
مع الجنابة يجوز القراءة والثاني لا يجوز بل يأتي بالأذكار التي يأتي بها العاجز
الذي لا يحفظ شيئا من القرآن لأن هذا عاجز شرعا فصار كالعاجز حسا والصواب الأول
وهذه الفروع التي ذكرناها يحتاج إليها فلهذا أشرت إليها بأوجز العبارات وإلا فلها
أدلة وتتمات كثيرة معروفة في كتب الفقه والله أعلم
Fasal 3
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
Jika orang yang berjunub
atau perempuan yang haid tidak menemukan air, maka dia bertayamun dan
diharuskan baginya membaca Al-Qur'an, sembahyang serta lainnya. Jika dia
berhadats, haram atasnya mengerjakan sembahyang dan tidak haram membaca dan
duduk di dalam masjid atau lainnya yang tidak haram atas orang yang berhadats
sebagaimana jika dia mandi, kemudian berhadats. Ini adalah sesuatu yang
dipersoalkan dan dianggap aneh.
Maka dikatakan, orang
berjunub dilarang sembahyang dan tidak dilarang membaca Al-Qur'an dan duduk di
masjid tanpa keperluan, bagaimana bentuknya? Inilah bentuknya. Kemudian yang
lebih dekat ialah tidak ada bedanya antara tayamum orang yang berjunub di kota
tempat tinggalnya dan ketika musafir.
Seorang ulama pengikut
Asy-Syafi'i berkata, bahawa jika dia bertayamum di kota tempat tinggalnya, maka
diharuskan sembahyang dan tidak membaca Al-Qur'an sesudahnya atau duduk di
masjid. Pendapat yang lebih sahih ialah boleh melakukan itu sebagaimana telah
saya kemukakan. Sekiranya dia bertayamum, kemudian sembahyang dan membaca
Al-Qur'an, kemudian ingin bertayamum kerana berhadats atau untuk mengerjakan
sembahyang fardhu lainnya maka tidak haram atasnya membaca Al-Qur'an menurut
madzhab yang sahih dan terpilih.
Terdapat pendapat dari
sebagian pengikut Asy-Syafi'i yang mengatakan hal itu tidak boleh. Pendapat
yang lebih terkenal adalah pendapat pertama. Jika orang yang berjunub tidak
menemukan air ataupun tanah, maka dia boleh sembahyang untuk memuliakan waktu
menurut keadaannya dan haram atasnya membaca Al-Qur'an di luar sembahyang.
Diharamkan atasnya membaca dalam sembahyang lebih dari Al-Fatihah.
Apakah haram atasnya
membaca Al-Fatihah? Terdapat dua pendapat berkenaan dengan masalah ini.
Pendapat pertama: Ini
pendapat yang lebih sahih dan terpilih ialah tidak haram, bahkan wajib kerana
sembahyang itu tidak sah tanpa membaca Al- Fatihah. Manakala diharuskan
sembahyang dalam keadaan darurat, dalam keadaan janabah, maka diharuskan juga
membaca Al-Qur'an.
Pendapat kedua: Tidak
boleh, akan tetapi dia hendaklah membaca dzikir- dzikir yang dibaca oleh orang
yang tidak mampu dan tidak hafal sedikit pun dari Al-Qur'an. Kerana orang ini
tidak mampu menurut syarak, maka dia seperti orang yang tidak mampu menurut
kenyataan. Pendapat yang lebih benar adalah pendapat yang pertama.
Cabang-cabang yang saya sebutkan ini diperlukan olehnya. Oleh sebab ini saya
menyinggung kepadanya dengan kalimat yang paling ringkas. Kalau ingin lebih
lengkap, maka ada dalil-dalil dan keterangan lebih lanjut yang banyak dan
dikenal dalam kitab-kitab fiqh. Wallohua'lam.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : (Fasal 3) Hukum membaca Al-Qur'an bagi orang junub/haidh (At-Tibyan)
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawaw...