بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 1
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ١ في آداب القرآن
وينبغي إذا أراد القراءة أن ينظف فاه
بالسواك وغيره والاختيار في السواك أن يكون بعود من أراك ويجوز بسائر العيدان وبكل
ما ينظف كالخرقة الخشنة والأشنان وغير ذلك وفي حصوله بالأصبع الخشنة ثلاثة أوجه
لأصحاب الشافعي رحمهم الله تعالى أشهرها أنه لا يحصل والثاني يحصل إن لم يجد غيرها
ولا يحصل إن وجد ويستاك عرضا مبتدئا بالجانب الأيمن من فمه وينوي به الإتيان
بالسنة قال بعض العلماء يقول عند الاستياك اللهم بارك لي فيه يا أرحم الراحمين قال
الماوردي من أصحاب الشافعي ويستحب أن يستاك في ظاهر الأسنان وباطنها ويمر السواك
على أطراف أسنانه وكراسي أضراسه وسقف حلقه إمرارا رفيقا قالوا وينبغي أن يستاك
بعود متوسط لا شديد اليبوسة ولا شديد الرطوبة قال فإن اشتد يبسه لينه بالماء ولا
بأس باستعمال سواك غيره بإذنه وأما إذا كان فمه نجسا بدم أو غيره فإنه يكره له
قراءة القرآن قبل غسله وهل يحرم قال الروياني من أصحاب الشافعي عن والده يحتمل
وجهين والأصح لا يحرم
Fasal 1
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
Jika hendak membaca
Al-Qur'an, hendaklah dia membersihkan mulut dengan siwak atau lainnya. Pendapat
yang lebih terpilih berkenan dengan siwak ialah menggunakan kayu Arok. Boleh
juga dengan kayu-kayu lainnya atau dengan sesuatu yang dapat membersihkan,
seperti kain kasar dan lainnya.
Adapun tentang
penggunaan jari yang kasar ada tiga pendapat di kalangan pengikut Asy-Syafi'i.
Pendapat yang lebih masyur adalah tidak mendapat sunahnya. Kedua adalah dapat
menghasilkan sunahnya. Dapat sunahnya jika tidak mendapat lainnya dan tidak
boleh jika ada lainnya.
Dan hendaklah dia
bersugi mulai dari sebelah kanan mulutnya dan berniat menjalankan sunahnya.
Salah seorang ulama berkata, hendaklah seseorang mengucapkan ketika bersugi:
"Allahumma baarik lii fiihi, ya arhamar rohimin."
Al-Mawardi seorang
pengikut Asy-Syafi'i berkata: "diutamakan bersugi pada bagian luar gigi
dan dalamnya."
Siwak itu digosokkan
pada ujung-ujung giginya dan bagian bawah gerahamnya serta bagian atasnya
dengan lembut. Mereka berkata: "Hendaklah bersugi menggunakan siwak yang
sedang, tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Jika terlalu kering, maka
siwaknya dilembutkan dengan air. Tidaklah mengapa jika menggunakan siwak orang
lain dengan izinnya. Manakala kalau mulutnya najis kerana darah atau lainnya,
maka tidaklah disukai baginya membaca Al-Qur'an sebelum mencucinya.
Apakah
itu haram? Ar-Rauyani, pengikut Asy-Syafi'i, mengambil kata- kata ayahnya:
"Terdapat dua pendapat. Pendapat yang lebih kuat (sohih) ialah tidak
haram."
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : (Fasal 1) ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-N...