بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Ayat Mubarakah Pelindung Kejahatan Jin dan Manusia
Kejahatan Jin adalah seperti kerasukan dan gangguan, manakala kejahatan Syaitan adalah seperti membisikkan godaan untuk mengingkari perintah-perintah Allah dan membisikkan godaan untuk melakukan maksiyat. Kejahatan Manusia adalah seperti hasad dengki, iri hati, sihir, kecurian dan kebencian manakala kejahatan binatang adalah yang bersifat buas dan berbisa seperti ular, kala jengking, lipan dan sebagainya.
Para Masyaikh dan ‘Alim ‘Ulama telah menukilkan himpunan Ayat-Ayat Mubarak sepertimana yang telah dikhabarkan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Himpunan ayatayat Mubarakah ini amat berkesan untuk menghindarkan segala ketakutan dan kerisauan kita terhadap gangguan Iblis dan Syaitan serta kejahatan-kejahatan manusia. Keampuhan pembacaan ayat-ayat ini untuk menolak segala bentuk kejahatan memang telah terbukti bagi orang-orang yang telah mengamalkannya iaitu di kalangan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum dan Para Masyaikh Rahimahumullah sehinggalah ke hari ini.
Cara Mengamalkan Ayat Al-Mubarakah
Seseorang yang ingin mengamalkan pembacaan Ayat-Ayat Mubarakah ini sebaikbaiknya hendaklah dalam keadaan suci dari sebarang hadas kecil mahupun besar dan waktu yang sebaik-baiknya untuk membaca Ayat Mubarakah ini adalah sesudah Solah Subuh dan Solah ‘Maghrib sepertimana amalan sebilangan besar Para Masyaikh. Membacanya dengan nada suara yang rendah tanpa perlu mengangkatkan suara
Daku hamba yang dhaif ini berharap dapatlah setiap ummat Islam juga menjadikan pembacaan ayat-ayat Al-Quran yang diberkati ini setiap hari dalam kehidupan mereka, di waktu pagi mahupun petang atau pada waktu siang mahupun malam. Daku mengharapkan Rahmat dan keampunan dari Allah agar Dia menerima usahaku yang sedikit ini sebagai asbab Hidayat untuk seluruh Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sebagai amal jariah bagiku di kehidupan Akhirat.. Semoga Allah memberikan kita Taufiq dan Hidayah; Amin
Silahkan Download Kitabnya Disini
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : Download Terjemah Kitab Ayat Mubarakah Pelindung Kejahatan Jin dan Manusia
Description : Ayat Mubarakah Pelindung Kejahatan Jin dan Manusia Kejahatan Jin adalah seperti kerasukan dan gangguan, manakala kejahatan Syaitan adalah ...