بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Terjemah Kitab
Mukasyafah Al-Qulub
Al-Muqarrib Ila Hadrah ‘Allam Al-Ghuyub Fi‘Al-Tashawwuf
Al-Hujjah Al-Islam Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali
Bab 26
Angan-Angan
Nabi
Muhammad saw bersabda:
‘Sesuatu
yang paling mengrisaukan atas kamu adalah dua hal, angan-angan yang muluk dan
mengikuti hawa nafsu. Dan sesungguhnya angan-angan muluk membuat lupa kepada
akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu akan menghalangi kebenaran.’
‘Aku
menjamin kepada tiga orang dengan tiga hal; iaitu orang yang terjun dalam
duniawi, orang yang rakus kepadanya, dan orang yang sangat kikir dengannya
dengan tiga hal; yaitu kefakiran yang tiada akan kaya sesudahnya, kesibukan
yang tiada istirehat darinya, dan kesusahan yang tiada kegembiraan
menyertainya’.
Dari
Abid Darda ra, Sesungguhnya dia telah berada dekat penduduk Hamsh.Berkatalah
dia:
‘Tidakkah
kamu malu, kamu membangun apa yang tidak kamu tempati, meangan-angankan apa
yang tidak kamu temukan dan mengumpulkan apa yang tidak kamu makan.
sesungguhnya orang-orang yang ada sebelum kamu telah membangun bangunan kukuh,
mengumpulkan yang banyak, dan berangan-angan yang jauh. Tetapi tempat-tempat
mereka menjadi kuburan-kuburan, angan-angan mereka adalah tipuan dan
pengumpulan harta mereka adalah kehancuran.’
Ali
bin Abi Thalib berkata kepada umar ra:
‘Apabila
kamu ingin bertemu kedua sahabatmu (Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar ra) maka
tampallah bajumu, jahitlah sandalmu, sederhanakan angan-anganmu, dan makanlah
di bawah ukuran kenyang.’
Adam
as (memberi wasiat) kepada anaknya Syits dengan lima hal dan memerintahkannya
untuk memberi wasiat dengan lima hal itu kepada anak-anaknya lagi
sepeninggalnya:
Pertama;
dia berkata kepada Syits;’Katakanlah kepada anak-anakmu, janganlah kamu merasa
tenang (tenteram) dengan dunia, kerana aku pernah merasa tenang (tenteram)
dengan syurga yang abadi, tetapi Allah mengeluarkan aku dari sana.
Kedua;
Katakanlah pada mereka, janganlah kamu bertindak menurut kesenangan
perempuan-perempuan, kerana aku pernah menurut kesenangan isteriku dan aku
makan Syajarah, lalu penyesalan menyusulku.
Ketiga;
Katakan pada mereka, setiap perbuatan yang kamu inginkan perhatikanlah
akibatnya, kerana seandainya aku memperhatikan sesuatu, tentu tidak terjadi apa
yang telah menimpaku itu.
Keempat;
Apabila hatimu tergoncang menghadapi sesuatu, maka jauhilah. Kerana ketika aku makan
Syajarah tergoncanglah hatiku, tetapi aku tidak mahu kembali. Maka penyesalan
menyusulku.
Kelima;
Musyawarahkanlah di dalam memutuskan segala hal, kerana apabila aku
bermusyawarah dengan para malaikat tentu tidak terjadi apa yang telah menimpaku
itu.’
Mujahid
berkata:
‘Abdullah
bin Umar berkata kepadaku, ‘Apabila kamu memasuki pagi, janganlah kamu
ceritakan dirimu pada petang hari, dan apabila kamu memasuki petang hari maka
janganlah kamu ceritakan dirimu pada pagi hari.
Ambillah
sesuatu dari hidupmu sebelum matimu dan dari sihatmu sebelum sakitmu. Kerana
kamu tidak mengetahui Apa namamu esok pagi.’
Nabi
Muhammad saw bersabda kepada sahabat-sahabatnya:
‘Adakah
kamu semua ini menghendaki syurga?’
Mereka
menjawab: ‘Ya, ya rasulullah.’
Beliau
bersabda; ‘ Sederhanakanlah angan-angan dan malulah kepada Allah dengan sepenuh
rasa malu.’
Mereka
berkata: ‘Kami semua malu kepada Allah swt.’
Beliau
bersabda; ‘Bukan itu yang di sebut malu. Tetapi malu kepada Allah swt ialah
kamu mengingat kuburan dan kematian binasa dan menjaga perut beserta isinya dan
kepala beserta yang di kandungnya.’
Orang
yang menginginkan kemuliaan akhirat akan meninggalkan perhiasan dunia.
Disanalah rasa malu seorang hamba kepada Allah dengan penuh rasa malu, dan
dengannya pula seorang hamba memperoleh kasih sayang dari Allah swt.
Rasulullah
saw bersabda;
‘Kesalihan
generasi awal umat ini berkat mengasingkan duniawi dan keyakinan, sedang
kebinasaan generasi umat ini akibat kebakhilan dan muluknya angan-angan.’
Diriwayatkan
Dari Ummil-Mundzir, sesungguhnya dia berkata, Rasulullah saw menghampiri
orang-orang pada suatu petang dan bersabda;
‘Wahai
manusia, tidakkah kamu malu kepada Allah?’ Mereka bertanya: ‘Apa itu ya
Rasulullah?’
Beliau
bersabda; ‘Kamu mengumpulkan apa yang tidak akan kamu makan, mengangan-angankan
apa yang tidak akan kamu temukan, dan membangun apa yang tidak akan kamu
tempati.’
Dari
Abi Sa’id Al-Khudri dia berkata: ‘Usamah bin Zaid membeli dari Zaid bin Thabit
budak Walidah seharga 100 dinar dengan pembayaran yang di tangguhkan sampai
sebulan. Lalu aku mendengar Rasululla saw bersabda;
‘Tidakkah
kamu merasa hairan terhadap Usamah sungguh orang yang berangan-angan indah.
Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, tidak pernah kedua tepi
pelupuk mataku tidak akan bertemu, hingga Allah mencabut nyawaku sebelumnya.
Tidak pernah aku mengangkat pandanganku lalu aku berfikir bahawa sesungguhnya
aku akan meletakkannya hingga nyawaku di cabut. Dan tidak pernah aku menelan
sesuap makanan pun kecuali aku berfikir bahwa sesungguhnya aku tidak akan
menelannya hingga aku tercekik dengannya kerana mati.’ Kemudian beliau
bersabda; ‘Wahai anak cucu Adam, kalau kamu dapat berfikir maka, hitunglah
dirimu di antara orang-orang mati. Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam
kekuasaan-Nya, sesungguhnya apa yang di janjikan kepadamu tentu akan terjadi
dan tidaklah kamu dapat menundanya (melemahkannya).’
Dari
Ibnu Abbas ra, sesungguhnya Rasulullah saw keluar untuk menuangkan air. Lalu
beliau mengusap dengan debu dan aku berkata padanya, ‘Ya Rasulullah,
sesungguhnya air dekat dengannya.’ Beliau bersabda; ‘Apa yang membuatku tahu?
Mungkin aku tidak dapat mencapainya.’
Diriwayatkan,
sesungguhnya Nabi Muhammad saw mengambil 3 buah kayu. Beliau menancapkan sebuah
kayu di hadapannya, yang lain di sebelahnya, dan yang ketiga di jauhkannya.
Bersabda beliau; ‘Apakah kamu tahu apa ini?.’ Mereka menjawab: ‘Allah dan
Utusan-Nya yang lebih mengetahui.’ Beliau bersabda; ‘Ini adalah manusia, yang
ini ajal dan yang itu angan-angan. Anak cucu Adam menghadapinya dan ajal
mengejutkannya, bukan angan-angan.
(Dikatakan)
Suatu ketika Nabi Isa as sedang duduk, sementara seorang yang sangat tua
bekerja dengan cangkul mengolah tanah. Isa as berkata; ‘Ya Allah, cabutlah
angan-angan darinya.’
Orang
tua itu lalu meletakkan cangkul dan bertiduran. Dia berdiam sesaat. Isa berkata
lagi; ‘Ya Allah kembalikanlah angan-angan padanya tentang semua itu.’
Laki-laki
itu berkata: ‘Pada saat aku bekerja, tiba-tiba hatiku berkata pada diriku
sendiri, ‘Sampai bila kamu harus bekerja, sedang kamu adalah orang tua yang
sangat lanjut.’ Maka aku melemparkan cangkul dan bertiduran. Kemudian hatiku
berkata lagi pada diriku sendiri, ‘Demi Allah, tidak boleh tidak bagimu mata
pencarian selama kamu masih hidup. Maka berdirilah aku dan ku ambil cangkulku.’
KEMBALI KE AWAL (Daftar isi)
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.