بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
KITAB ADABUL MURIDIN
Al Imam Al Arifbillah Abu Najib Dhiyauddin As
Suhrawardy
Kaum sufi sepakat beriktikad bahawa
ALLAH Taala adalah Tuhan yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya, tiada lawan, tiada
penyerupaan dan persamaan terhadapNya. Dialah ALLAH yang sifatNya seperti yang
difirmankan sendiri olehNya, namaNya juga seperti nama yang dikhabarkan
olehNya.
Maha Suci ALLAH dari berjisim, kerana
jisim itu sesuatu yang tergabung dari beberapa bahagian, secara langsung
bahagian-bahagian ini perlu kepada pencipta yang dapat memasangnya. Maha Suci
ALLAH dari yang demikian.
ALLAH Taala juga bukan suatu jauhar 1
(benda), kerana jauhar memerlukan ruang.
Maha Suci ALLAH ; bahkan Dialah yang
Maha Pencipta bagi setiap benda dan ruang.
ALLAH Taala juga bukan suatu aradh ,
kerana aradh itu keadaannya berubah-rubah dari satu masa ke satu masa yang
lain, sedangkan ALLAH itu Maha Kekal ; sekali-kali tidak berlaku pada diriNya
segala gabungan, pemisahan dan pembahagian (sepertimana halnya makhluk).
Kembali Ke Daftar Kitab Terjemah
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :