بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
المقالة العاشرة
فـي
الـنـفـس و أحــوالـهـا
قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : إنما هو الله ونفسك وأنت المخاطب، والنفس ضد
الله وعدوه, والأشياء كلها تابعة لله, والنفس له خلقاً ومُلكاً, وللنفس ادعاء وتمن
وشهوت ولذة بملابستها, فإذا وافقت الحق عزَّ وجلَّ في مخالفة النفس وعدوانها فكنت
لله خصماً على نفسك كما قال الله عزَّ وجلَّ لداود عليه السلام : "يا داود أنا بدك اللازم فألزم بدك، العبودية أن تكون خصماً
على نفسك" فتحققت حينئذٍ موالاتك وعبوديتك لله عزَّ وجلَّ, وأتتك
الأقسام هنيئاً مريئاً مطيباً وأنت عزيز ومكرم, وخدمتك الأشياء وعظمتك وفخمتك,
لأنها بأجمعها تابعة لربّها موافقة له إذ هو خالقها ومنشئها, وهي مقرة له
بالعبودية. قال الله تعالى : }وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ يُسَبِّحُ
بِحَمْدَهِ وَلَـكِن لاَّ تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ{.الإسراء44. }فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا
طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ{.فصلت11. فالعبادة كل العبادة في مخالفة نفسك. قال الله
تعالى : }وَلَا
تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ{.ص26. وقال لداود عليه السلام : "أهجر هواك فإنه منازع".
والحكاية
المشهورة عن أبي يزيد البسطامي رحمه الله لما رأى ربّ العزة في المنام فقال له : كيف الطريق إليك
؟، قال : اترك نفسك وتعال, فقال : فانسلخت كما تنسلخ الحية من جلدها, فإذا الخير
كله في معادتها في الجملة في الأحوال كلها, فإن كنت في حال التقوى فخالف النفس, بأن
تخرج من حرام الخلق وشبهتهم ومنتهم والاتكال عليهم والثقة بهم والخوف منهم,
والرجاء لهم والطمع فيما عندهم من أحكام الدنيا, فلا ترج عطاياهم على طريق الهدية
والزكاة والصدقة أو النذر, فاقطع همّك منهم من سائر الوجوه والأسباب حتى إن كان لك
نسب ذو مال لا تتمن موته لترث ماله, فاخرج من الخلق جاداً وجعلهم كالباب يرد ويفتح،
وشجرة توجد فيها ثمر تارة وتختل أخرى وكل ذلك بفعل فاعل وتدبير مدبر وهو الله جلَّ
وعلا, لتكون موحداً للربّ، ولا تنس مع ذلك كسبهم لتخلص من مذهب الجبرية, واعتقد أن
الأفعال لا تتم بهم دون الله لا تعبدهم وتنسى الله. ولا تقل فعلهم دون فعل الله
فتكفر فتكون قدرياً, لكن قل هي لله خلقاً وللعباد كسباً كما جاءت به الآثار, لبيان
موضع الجزاء من الثواب والعقاب, وامتثل أمر الله فيهم, وخلص قسم منهم بأمره ولا
تجاوزه فحكم الله قائم بحكمه عليك وعليهم, فلا تكن أنت الحاكم, وكونك معهم قدر
والقدر ظلمة فادخل بالظلمة في المصباح وهو كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه
وسلم, لا تخرج عنهما فإن خطر خاطر أو وجد إلهام فاعرضه على الكتاب والسنة, فإن
وجدت فيها تحريم ذلك مثل أن تلهم بالزنا والرياء ومخالطة أهل الفسق والفجور وغير
ذلك من المعاصي, فادفعه عنك واهجره ولا تقبله ولا تعمل به, واقطع بأنه من الشيطان
اللعين نعوذ بالله منه. وإن وجدت فيها إباحة كالشهوات المباحة من الأكل أو الشرب أو
اللبس أو النكاح فاهجره أيضاً ولا تقبله, واعلم أنه من إلهام النفس وشهواتها وقد
أمرت بمخالفتها وعداوتها. وإن لم تجد في الكتاب والسنة تحريمه وإباحته, بل هو أمر
لا تعقله مثل السائق لك ائت موضع كذا وكذا, الق فلاناً صالحاً, ولا حاجة لك هناك
ولا في الصالح لاستغنائك عنه بما أولاك الله من نعمته من العلم والمعرفة، فتوقف في
ذلك ولا تبادر إليه فتقول هذا إلهام من الحق جلَّ وعلا فأعمل به بل انتظر الخير
كله في ذلك وفعل الحق عزَّ وجلَّ بأن يتكرر ذلك الإلهام وتؤمر بالسعي, أو علامة
تظهر لأهل العلم بالله عزَّ وجلَّ يعقلها العقلاء من الأولياء والمؤيدون من
الأبدال, وإنما لم يتبادر إلى ذلك لأنك لا تعلم عاقبته وما يؤول الأمر إليه, وما
كان فيه فتنة وهلاك ومكر من الله وامتحان فاصبر حتى يكون هو عزَّ وجلَّ الفاعل فيك,
فإذا تجرد الفعل وحملت إلى هناك واستقبلتك فتنة كنت محمولاً محفوظاً فيها, لأن
الله تعالى لا يعاقبك على فعله وإنما تتطرق العقوبة نحوك لكونك في الشيء, وإن كنت
في حالة الحقيقة وهي حالة الولاية فخالف هواك واتبع الأمر في جملة.
واتباع
الأمر على قسمين :
أحدهما أن تأخذ من الدنيا القوت الذي هو حق النفس
وتترك الحظ , وتؤدي الفرض وتشتغل بترك الذنوب ما ظهر منها وما بطن.
والقسم
الثاني ما كان بأمر باطن,
وهو أمر الحق عزَّ وجلَّ, يأمر عبده وينهاه, وإنما يتحقق بهذا الأمر في المباح
الذي ليس له حكم في الشرع على معنى ليس من قبيل النهي ولا من قبيل الأمر الواجب, بل
هو مهمل ترك العبد يتصرف فيه باختياره فسمي مباحاً فلا يحدث للعبد فيه شيئاً من
عنده بل ينتظر الأمر فيه, فإذا أمر امتثل فتصير حركاته وسكناته بالله عزَّ وجلَّ,
ما في الشرع حكمه فبالشرع، وما ليس له حكم في الشرع فبالأمر الباطن فحينئذ يصير
محقاً من أهل الحقيقة, وما ليس فيه أمر باطن فهو مجرد الفعل حاله التسليم, وإن كنت
في حالة حق الحق وهي حالة المحو والفناء وهي حالة الأبدال المنكسري القلوب لأجله
الموحدين العارفين أرباب العلوم والعقل السادة الأمراء الشحن خفراء الخلق خلفاء
الرحمن وأخلائه وأعيانه وأحبائه عليهم السلام, فإتباع الأمر فيها بمخالفتك إياك
بالتبري من الحول والقوة, وأن لا يكون لك إرادة وهمة في شيء البتة دنيا وعقبى,
فتكون عبد المَلك لا عبد الْمُلْك وعبد الأمر لا عبد الهوى كالطفل مع الظئر,
والميت الغسيل مع الغسل, والمريض المقلوب على جنبيه بين يدي الطبيب فيما سوى الأمر
والنهي والله أعلم.
Risalah 10
Mutiara karya Syeikh Abdul Qadir Jailani
Sungguh tiada
sesuatu, kecuali Allah, sedang dirimu adalah tandanya. Kedirian manusia
bertentangan dengan Allah. Segala suatu patuh kepada Allah dan milik Allah,
demikian pula dengan kedirian manusia, sebagai makhluk sekaligus milikNya.
Kedirian manusia itu pongah, darinya tumbuh dambaan-dambaan palsu. Nah, jika kau
menyatu dengan kebenaran, dengan menundukkan dirimu sendiri, maka kau menjadi
milik Allah dan menjadi musuh dirimu sendiri. Allah telah bersabda kepada Nabi
Daud as: "Wahai Daud, Akulah tujuan hidupmu, yang tak mungkin kau elakkan.
Kerananya
berpegang teguhlah kepada tujuan yang satu ini; beribadahlah
sebenar-benarnya, sampai kau menjadi lawan keakuanmu, semata-mata kerana Aku."
Maka keakrabanmu dengan Allah dan pengabdianmu kepadaNya menjadi kenyataan. Lalu
kau peroleh bahagianmu nan suci sungguh menyenangkan. Dengan demikian kau
dicintai dan terhormat, dan segala sesuatu mengabdi dan takut kepadamu, kerana
semua tunduk kepada Tuhan mereka, dan selaras denganNya, kerana Dia adalah
Pencipta mereka, dan mereka mengabdi kepadaNya.
Firman Allah: "Dan tak
ada sesuatu pun melainkan bartasbih memujiNya, tetapi kamu tak mengerti tasbih
mereka." (QS 17:44). Maka segala sesuatu di alam raya ini menyedari
keredhaanNya, dan mentaati perintah-perintahNya. Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha
Agung berfirman: "Lalu Ia berkata kepadanya dan kepada bumi, 'Hendaklah kamu
berdua datang dengan suka ataupun terpaksa', Keduanya menjawab, 'Kami datang
dengan suka hati.'" (QS 41:11). Jadi, segala pengabdian kepadaNya terletak pada
penentangan terhadap kedirian. Allah berfirman: "Dan janganlah engkau turuti
hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah." (QS 38:26). Ia
juga berfirman: "Hindarilah hawa nafsumu, kerana sesungguhnya tak ada sesuatu
pun yang menentangKu di seluruh kerajaanKu, kecuali nafsu jasmani manusia."
Suatu ketika Abu Yazid Bustami bermimpi bertemu Allah, dan bertanya kepadaNya:
"Bagaimana cara menjumpaiMu ?" JawabNya: "Buanglah keakuanmu dan berpalinglah
kepadaKu". "Lalu", lanjut sang Sufi, "aku keluar dari diriku bagai seekor ular
keluar dari selongsong tubuhnya." Jadi, segala kebajikan terletak pada memerangi
kedirian dalam segala hal dan segala keadaan. Kerana itu, jika berada pada
kesalehan, tundukkanlah kedirian, hingga kau terbebas dari hal-hal terlarang dan
syubhah *) dari pertolongan mereka, dari ketergantungan kepada mereka, dari rasa
takut terhadap mereka atau dari rasa iri terhadap milikan duniawi mereka. (*
Syubhah: sesuatu yang meragukan ehwal halal atau haramnya). Lalu jangan
mengharapkan sesuatu dari mereka, baik hadiah, kemurahan, atau pun sedekah.
Kerananya bila kau bergaul dengan seorang kaya, jangan mengharapkan kematiannya
demi mewarisi hartanya,. Maka, bebaskanlah dirimu dari ikatan makhluk, dan
anggaplah mereka itu pintu gerbang yang membuka dan menutup., atau pohon yang
kadang berbuah dan kadang tidak. Ketahuilah, peristiwa semacam itu terjadi oleh
satu pelaksana, dirancang oleh satu perancang, dan Dialah Allah, sehingga kau
beriman pada Keesaan Allah.
Jangan pula melupakan upaya manusiawi, agar
tak menjadi korban keyakinan kaum fatalis (Jabariyyah), dan yakinlah bahawa tak
suatu pun terwujud, kecuali atas izin Allah Ta'ala. Kerana itu, jangan Anda puja
upaya manusiawi, kerana yang demikian ini melupakan Tuhan, dan jangan berkata
bahawa tindakan-tindakan manusia berasal dari sesuatu. Bila demikian, bererti
kau tak beriman, dan termasuk dalam golongan Qadariyyah. Hendaknya kau katakan,
bahawa segala aksi makhluk adalah milik Allah, inilah pandangan yang telah
diturunkan kepada kita lewat keterangan-keterangan yang berhubungan dengan
masalah pahala dan hukuman.
Dan laksanakan perintah-perintah Allah yang
berkenaan dengan mereka (manusia), dan pisahkanlah bahagianmu sendiri dari
mereka dengan perintahNya pula, dan jangan melampaui batas ini, kerana hukum
Allah itu pasti menentukanmu dan mereka; jangan menjadi penentu diri sendiri.
Kemaujudanmu bersama mereka merupakan takdirNya. TakdirNya merupakan
'kegelapan', maka masukilah 'kegelapan' ini dengan pelita sekaligus penentu;
iaitu Kitab Allah (Al Qur'an) dan Sunnah Rasul. Jangan tinggalkan kedua-duanya.
Tapi bila di dalam fikiranmu melintas suatu gagasan, atau kau menerima ilham,
maka tundukkanlah mereka kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul.
Bila kau
dapati larangan dari Al Qur'an dan Sunnah Rasul tentang yang terlintas pada
benakmu dan yang kau terima melalui ilham, maka kau mesti menjauhi gagasan dan
ilham semacam itu. Yakinilah bahawa gagasan dan ilham itu berasal dari setan
yang terlaknat. Dan jika Kitab Allah dan Sunnah Rasul membolehkan gagasan dan
ilham itu - semisal pemenuhan keinginan-keinginan yang dibolehkan hukum, seperti
makan, minum, berpakaian, menikah, dan lain-lain - maka jauhilah pula gagasan
dan ilham itu, jangan menerimanya. Ketahuilah, hal itu merupakan dorongan
haiwanimu, kerananya, tentanglah dan musuhilah hal itu.
Bila kau dapati
tiadanya larangan atau pembolehan di dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasul, tentang
yang kau terima, dan kau tak mengerti -semisal kau diminta pergi ke tempat
tertentu, atau menemuhi seseorang yang saleh, padahal melalui kurnia ilmu dan
pencerahan dari Allah kepadamu, kau tak perlu pergi ke tempat itu, atau menemui
si orang saleh itu maka bersabarlah, jangan dulu melakukan sesuatu, dan
bertanyalah kepada dirimu sendiri: "Benarkah ini ilham dari Allah dan mesti aku
laksanakan ?" Adalah Sunnah Allah, mengulang-ulang ilham semacam itu, dan
memerintahkanmu untuk segera berupaya atau menyibakkan isyarat semacam itu bagi
para ahli hikmah - suatu isyarat yang hanya bisa dimengerti oleh para wali yang
arif dan para badal yang teguh. Kerana itu, kau mesti tak segera berbuat, sebab
kau tak tahu akibat dan tujuan akhir urusan, cubaan, bahaya dan sesuatu
rancangan ghaib dariNya.
Maka bersabarlah, sampai Allah Sendiri
melakukannya bagimu. Bila tindakan itu atas kehendakNya, dan kau dihantarkn ke
maqam itu, maka bila cubaan menghadangmu, kau akan melewatinya dengan selamat,
kerana Allah takkan menghukummu atas tindakan yang dikehendakiNya sendiri, namun
Ia akan menghukummu atas keterlibatan langsungmu dalam kemaujudan suatu hal.
Mentaati perintah itu meliputi dua hal. Pertama, mengambil dari sarana
penghidupan duniawi sebatas keperluanmu, dan mesti menghindari segala pemanjaan
kesenangan jasmani, rampungkanlah semua tugas-tugasmu, dan ikatlah dirimu kepada
penghalauan segala dosa, yang nyata dan yang tersembunyi. Kedua, berhubungan
dengan perintah-perintah tersembunyi, yakni Allah tak menyuruh hambaNya untuk
mengerjakan sesuatu, dan tak pula melarangnya. Perintah seperti ini berkaitan
dengan hal-hal yang padanya tak ada hukum yang jelas; yakni hal-hal yang tak
tergolong terlarang dan tak terwajibkan, dengan kata lain 'tak jelas', yang di
dalamnya manusia diberi kebebasan penuh untuk bertindak, dan hal ini disebut
mubah. Dalam hal ini tak boleh mengambil prakarsa, tetapi menunggu perintah yang
bertalian dengannya. Bila menerima perintah itu, ia taati. Dengan demikian semua
gerak dan diamnya menjadi demi Allah.
Jika ada kejelasan hukumnya, ia
bertindak selaras dengannya. Bila tak ada kejelasan hukumnya, ia bertindak atas
dasar perintah-perintah tersembunyi. Melalui ini, ia menjadi seteguh orang
memperolehi hakikat. Bila kau telah sampai pada kebenarannya kebenaran, yang
disebut pencelupan (mahwu) atau peleburan (fana), bererti kau berada pada maqam
badal yang patah hati demi Dia, suatu keadaan yang dimiliki muwahhid, orang yang
tercerahkan ruhaninya, orang arif, yang adalah amir para amir, pengawas dan
pelindung umat, khalifah dati Yang Maha Pengasih, kepercayaanNya
(alaihimussalam).
Untuk mentaati perintah, kau harus melawan kedirianmu,
dan bebas dari ketergantungan kepada segala kemampuan dan kekuatan, dan mutlak
harus terhindar dari segala kemahuan dan tujuan duniawi dan ukhrawi. Dengan
demikian, kau menjadi abdi Sang Raja, bukan abdi kerajaanNya, bukan abdi
perintahNya, bukan pula abdi kedirian. Kau seperti bayi dalam asuhan alam, atau
mayat yang dimandikan, atau pesakit tak sedarkan diri di hadapan sang doktor,
dalam segala hal yang berada di luar wilayah perintah dan larangan.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :