بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 5
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ٥ في آداب القرآن
يستحب للقارئ في غير الصلاة أن يستقل
القبلة فقد جاء في الحديث خير المجالس ما استقبل به القبلة ويجلس متخشعا بسكينة
ووقار مطرقا رأسه ويكون جلوسه وحده في تحسين أدبه وخضوعه كجلوسه بين يدي معلمه
فهذا هو الأكمل ولو قرأ قائما أو مضطجعا أو في فراشه أو على غير ذلك من الأحوال
جاز وله أجر ولكن دون الأول قال الله عز وجل إن في خلق السماوات والأرض واختلاف
الليل والنهار لآيات لأولي الألباب الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم
ويتفكرون في خلق السماوات والأرض وثبت في الصحيح عن عائشة رضي الله عنها قالت كان
رسول الله يتكئ في حجري وأنا حائض ويقرأ القرآن رواه البخاري ومسلم وفي رواية يقرأ
القرآن ورأسه في حجري وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال إني أقرأ القرآن في
صلاتي وأقرأ على فراشي وعن عائشة رضي الله عنها قالت إني لا أقرأ حزبي وأنا مضطجعة
على السرير
Diutamakan bagi pembaca
Al-Qur'an di luar sembahyang supaya menghadap kiblat. Hal ini telah banyak
disebut dalam beberapa hadits:
"Sebaik-baik majlis adalah yang
menghadap kiblat."
Hendaklah dia duduk
dengan khusyuk dan tenang sambil menundukkan kepalanya dan duduk sendiri dengan
adab baik dan tunduk seperti duduknya di hadapan gurunya, inilah yang paling
sempurna. Diharuskan baginya membaca sambil berdiri atau berbaring atau di
tempat tidurnya atau dalam keadaan lainnya dan dia mendapat pahala, akan tetapi
nilainya kurang dari yang pertama.
Alloh 'Azza wa Jalla
berfirman: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit
dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (keagungan
Alloh s.w.t) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingat
Alloh s.w.t sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan Bumi" (QS Ali-Imran 3:190-191)
Diriwayatkan dalam
Shahih dari Aisyah ra.a, katanya: "Bahawa Rosululloh s.a.w bersandar di pangkuanku ketika aku
sedang haid dan beliau membaca Al-Qur'an." (Riwayat Bukhori & Muslim)
Dalam suatu riwayat:
"Beliau membaca Al-Qur'an sedang kepalanya berada
dipangkuanku."
Diriwayatkan dari Abu
Musa Al-Asy'ari ra, katanya: "Aku membaca Al- Qur'an dalam sembahyangku
dan membacanya di atas tempat tidurku."
Diriwayatkan dari Aisyah
r.a, katanya: "Sungguh aku membaca hizibku ketika aku berbaring di atas
tempat tidurku."
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) dibawah postingan. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : (Fasal 5 )Membaca Al-Qur'an di luar sembahyang (At-Tibyan)
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi...