بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Terjemah Kitab
Mukasyafah Al-Qulub
Al-Muqarrib Ila Hadrah ‘Allam Al-Ghuyub Fi‘Al-Tashawwuf
Al-Hujjah Al-Islam Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali
BAB 18
Keutamaan Kasih Sayang
Telah
bersabda Rasulullah SAW:
"Tidak
akan masuk Syurga selain pengasih. "
Mereka
bertanya, "Ya Rasulullah, tiap-tiap kami pengasih."
Rasulullah
SAW bersabda: "Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja.
Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri
sendiri. "
Arti
menyayangi diri itu menyayangi dari seksa Allah dengan meninggal¬kan maksiat
serta bertaubat di samping taat dan ikhlas. Arti menyayangi orang lain adalah
tidak menyakiti seorang muslim.
Rasulullah
SAW bersabda: "Muslim adalah orang yang menjaga tangan dan lisannya
terhadap orang lain. Di samping itu juga menyayangi binatang dan tidak
menyiksanya. "
Telah
bersabda Rasulullah SAW: "Suatu hari orang berjalan. Di tengah jalan dia
kehausan, dan ketika berjumpa sumur terus dia turun dan minum. Ketika naik dia
melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan. Lelaki itu berkata,
"Anjing ini kehausan seperti aku tadi. lalu dia memberikan anjing itu
minum. Legalah anjing itu dan bersyukur kepada Allah. Sehinggalah Allah
mengampunkan lelaki itu."
Mereka
berkata, "Ya Rasulullah, adalah pahala bagi kami bila berbuat baik pada
binatang?" Rasulullah SAW menjawab, "Pada setiap yang berhati baik
ada pahalanya. "
Dari
Anas bin Malik ra, dia berkata,
"Pada
suatu malam Umar r.a berjalan,
Tiba-tiba
beliau berjumpa dengan orang-orang yang bimbang akan kecurian. Lalu Umar
berjumpa Abdul Rahman bin Auf lalu ditegurnya, "Apa yang engkau bawa saat
ini wahai Amirul Mukminin?" Umar menjawab, "Aku bertemu dengan
orang-orang yang bercerita padaku ketika sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga
kerana selalu terjadi kecurian.
Marilah
bersamaku menjaga mereka." Anas berkata, "Keduanya lalu pergi menjaga
orang yang bimbang pada pencuri itu hingga terbit fajar dan memanggil,
"Wahai penduduk Rufqah! Solat! .
Hingga
keduanya melihat mereka bangun dan berangkat. Demikianlah, kita mengikuti jejak
para sahabat di mana Allah SWT memuji mereka dengan firman-Nya, "Belas
kasihan antara mereka. Sedang mereka Jelas mengasihi sesama muslim, semua
makhluk dan ahlus zimmah.
Dirawikan
dari Umar ra bahawa dia melihat lelaki tua sedang mengemis.
Umar
menegurnya, "Alangkah lalainya aku. Telah kuambil tenagamu di waktu
mudanya namun kini kusia-siakan kau." Lalu Umar perintahkan agar orang tua
itu beri wang dari Baitul Mal.
MMMM
Dari
Hasan dan Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Umatku
masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan
selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.
"
Rasululullah
SAW bersabda:
"Para
pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang di bumi maka
yang di langit akan mengasihimu. "
Baginda
bersabda:
"Siapa
yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan
dimaafi pula. "
Telah
berkata Malik bin Anas, Rasulullah SAW bersabda:
"Padamu
ada empat hak sesama muslim; kau ziarahi yang sakit dan kau sukai taubat.
"
Dirawikan
bahawa Nabi Musa as berkata, "Ya Tuhanku, sebab apa Engkau jadikan aku
sufi?" Allah berfirman, "Sebab kasihmu pada makhluk-Ku." Dari
Abi Darda' ra, sesungguhnya dia membeli burung dari seorang budak lalu dia
melepaskannya sambil berkata, "Pergi dan hiduplah engkau!" Rasulullah
SAW bersabda:
"Ibarat
sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad.
Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga.
"
Diriwayatkan:
Seorang
abid Bani Israel melalui bukit pasir yang dihuni oleh bani Israel yang ketika
itu sedang ditimpa kebuluran.
Maka
si abid itu berharap, “Jika pasir ini menjadi gandum, tentu mengenyangkan
mereka." Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Bani Israel,
"Katakan pada fulan bahawa Allah memberimu pahala atas sedekahmu kepada
manusia kerana berharap pasir menjadi gandum."
Oleh
kerananya Rasulullah SAW bersabda,
"Niat
seorang mukmin lebih baik dari amalnya. "
Diceritakan:
Nabi Isa as pada suatu hari keluar berjumpa Iblis membawa :madu dan abu. Beliau
bertanya, "Apa yang engkau perbuat dengan madu dan itu wahai musuh
Allah?" Iblis menjawab, "Madu ini kuletakkan ke bibir orang-orang
yang mengadu domba sehingga mereka menelannya. Sedangkan abu ini kuletakkan di
muka anak-anak yatim sehingga orang membencinya."
Rasulullah
SAW bersabda:
"Jika
anak yatim dipukul, maka goncanglah Arasy Allah kerana tangisannya. Kemudian
Allah SWT berkata, "Hai Malaikat-Ku, siapa yang membuat anak yatim itu
menangis dan di mana ayahnya telah terkubur?"
Rasulullah
SAW bersabda:
"Siapa
yang memberi makan dan minum anak yatim, pastilah Syurga baginya. "
Dalam
kitab 'Raudatul ulama' diceritakan:
Nabi
Ibrahim as jika hendak makan, di akan berjalan satu atau dua batu mencari orang
supaya dapat diajak makan bersama.
Pernah
suatu hari Ali ra menangis. Ditegur, "Mengapa kau menangis?"
Ali
menjawab, "Tidak ada tamu yang datang tujuh hari ini. Aku merasa cemas
kalau Allah telah menghinakanku."
Telah
bersabda Rasulullah SAW:
"Siapa
beri makan orang yang sedang lapar semata-mata untuk mengkehendaki
keredhaan-Nya, wajiblah baginya Syurga. Dan siapa tidak mahu memberi makan
orang yang sedang lapar, maka Allah tidak memberi fadlal padanya di haki Kiamat
dan akan menyeksanya di Neraka."
Baginda
bersabda:
"Pemurah
itu dekat dengan Allah, dekat dari Syurga, dekat dari manusia dan jauh dari
Neraka. Dan orang bakhil jauh dari Allah,jauh dari Syurga, jauh dari manusia
dan dekat pada Neraka. "
Baginda
bersabda lagi:
"Pada
hari Kiamat empat golongan masuk Syurga tanpa hisab; Orang alim yang
mengamalkan ilmunya. Orang yang menunaikan haji tidak berbuat dosa dan tidak
menjadi fasik sampai meninggal. Pejuang yang mati di medan perang menegakkan
kalimah Allah dan pemurah yang bekerja melalui jalan yang halal dan menggunakannya
di jalan Allah tanpa riak. "
Ulama
berselisih pendapat terhadap dua golongan ini yang mana masuk Syurga dahulu.
Dari
Ibnu Abbas ra, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Allah
jadikan segolongan hamba-Nya memberikan nikmat yang diberikan oleh Allah untuk
kemanfaatan hamba-hamba-Nya yang lain. Siapa bakhil akan kemanfaatan itu
terhadap orang lain, maka Allah akan memberikannya kepada orang lain. "
Baginda
juga bersabda:
"Orang
yang pemurah ibarat pohon di Syurga. Cabangnya menurun ke tanah. Siapa
mengambil cabang itu, Allah akan memindahkannya ke Syurga."
Dari
Jabir ra dia berkata: Ditanyakan, "Ya Rasulullah, apakah amal
terutama?" Rasulullah SAW menjawab, "Sabar dan pemurah."
Miqdam
bin Syuraih merawikan dari bapanya dari abangnya, dia berkata, "Kutanyakan
kepada Rasulullah SAW, apakah amal yang boleh memasukkanku ke Syurga?"
Rasulullah SAW menjawab, "Yang mewajibkan itu memberi makan, memberi salam
dan berkata dengan baik."
KEMBALI KE AWAL (Daftar isi)
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :