بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
HIKMAH 9
9. “Ahwal akan menentukan a’maal”
٭
تنوَّعت اجْناَسُ الاَعمالِ لتنوُّعِ وارِداَتِ الاحْوالِ ٭
9.”Beraneka macam jenis amal perbuatan, karena bermacam-macam pula
pemberian karunia Allah yang diberikan kepada hamba-Nya.(Hal).”
Dalam pandangan tasawuf, Hal diartikan sebagai pengalaman rohani dalam
proses mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang
berkaitan dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah (pengenalan
tentang Alloh). tanpa Hal tidak ada hakikat dan tidak diperoleh makrifat. Ahli
ilmu membina makrifat melalui dalil ilmiah tetapi ahli tasawuf
bermakrifat melalui pengalaman tentang hakikat.
Sebelum memperoleh pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih
dahulu memperoleh kasyaf yaitu terbuka keghoiban kepadanya. Ada orang mencari
kasyaf yang dapat melihat makhluk ghaib seperti jin. Dalam proses
mencapai hakikat ketuhanan kasyaf yang demikian tidak penting. Kasyaf yang
penting adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang bersembunyi dalam
berbagai bentuk dan suasana dunia ini.
Rasululloh saw. sendiri sebagai ahli
kasyaf yang paling unggul hanya melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli dua
kali saja, walaupun pada setiap kali Jibrail a.s menemui Rasululloh saw. dengan
rupa yang berbeda-beda, Rasululloh tetap mengenalinya sebagai Jibrail a.s.
Bila seseorang ahli kerohanian memperoleh kasyaf maka dia telah
bersedia untuk menerima kedatangan Hal atau zauk yaitu pengalaman kerohanian
tentang hakikat ketuhanan. Hal tidak mungkin diperoleh dengan beramal dan
menuntut ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan untuk masuk
ke dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut ilmu
untuk sampai pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ seseorang hanya menanti
karunia Alloh, semata-mata karunia Alloh yang membawa makrifat kepada
hamba-hamba-Nya. karunia Alloh yang mengandung makrifat itu dinamakan Hal.
Ada orang yang memperoleh Hal sekali saja dan dikuasai oleh Hal dalam
waktu yang tertentu saja dan ada juga yang terus-menerus di dalam Hal.
Hal yang terus-menerus atau berkekalan dinamakan wishol yaitu penyerapan Hal
secara terus-menerus, kekal atau baqo’. Orang yang mencapai wishol akan terus
hidup dengan cara Hal yang terjadi. Hal-hal
(ahwal) dan wishol bisa dibagi menjadi lima macam:
1 : Abid:
Abid adalah orang yang dikuasai oleh Hal atau zauk yang membuat dia merasakan
dengan sangat bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa
dan tidak mempunyai daya dan upaya untuk melakukan sesuatu. Kekuatan, usaha,
bakat-bakat dan apa saja yang ada dengannya adalah daya dan upaya yang
dari Alloh. Semuanya itu adalah karunia Alloh
semata-mata. Alloh sebagai Pemilik yang sebenarnya, apabila Dia memberi, maka
Dia berhak mengambil kembali pada masa yang Dia kehendaki. Seorang abid
benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t sekiranya dia melepaskan sandaran itu
dia akan jatuh, kerana dia benar-benar melihat dirinya kehilangan apa yang
datangnya dari Allah s.w.t.
2 : Asyikin:
Asyikin ialah orang yang memandang sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa, bentuk,
warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa saja yang dilihatnya
menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah s.w.t di
dalamnya. Amal atau kelakuan asyikin ialah gemar merenungi alam dan memuji
Keindahan Allah s.w.t pada apa yang disaksikannya. Dia boleh duduk menikmati
keindahan alam beberapa jam tanpa merasa jemu. Kilauan ombak dan titikan hujan
memukau pandangan hatinya. Semua yang kelihatan adalah warna Keindahan dan
Keelokan Allah s.w.t. Orang yang menjadi asyikin tidak memperdulikan lagi adab
dan peraturan masyarakat. Kesedarannya bukan lagi pada alam ini. Dia mempunyai
alamnya sendiri yang di dalamnya hanyalah Keindahan Alloh s.w.t.
3 : Muttakholiq:
Muttakholiq adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya. Hatinya
dikuasai oleh suasana Qurbi Faroidh atau Qurbi Nawafil. Dalam Qurbi
Faroidh, muttakholiq merasakan dirinya adalah alat dan Allah s.w.t menjadi
Pengguna alat. Dia melihat perbuatan atau kelakuan dirinya terjadi tanpa dia
merancang dan campur tangan, bahkan dia tidak mampu mengubah apa yang akan
terjadi pada kelakuan dan perbuatannya. Dia menjadi orang yang berpisah
daripada dirinya sendiri. Dia melihat dirinya melakukan sesuatu perbuatan
seperti dia melihat orang lain yang melakukannya, yang dia tidak berdaya
mengawal atau mempengaruhinya. Hal Qurbi Faraidh adalah dia melihat bahawa
Allah s.w.t melakukan apa yang Dia kehendaki. Perbuatan dia sendiri adalah
gerakan Allah s.w.t, dan diamnya juga adalah gerakan Allah s.w.t. Orang ini
tidak mempunyai kehendak sendiri, tidak ada ikhtiar dan tadbir. Apa yang
mengenai dirinya, seperti perkataan dan perbuatan, berlaku secara spontan.
Kelakuan atau amal Qurbi Faroidh ialah bercampur-campur di antara logika dengan
tidak logika, mengikut adat dengan merombak adat, kelakuan alim dengan jahil.
Dalam banyak perkara penjelasan yang boleh diberikannya ialah, “Tidak tahu!
Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki”.
Dalam suasana Qurbi Nawafil pula muttakholiq melihat dengan mata
hatinya sifat-sifat Allah s.w.t dan dia menjadi pelaku atau pengguna
sifat-sifat tersebut, yaitu dia menjadi khalifah dirinya sendiri. Hal Qurbi
Nawafil ialah berbuat dengan izin Allah s.w.t kerana Allah s.w.t memberikan
kepadanya untuk berbuat sesuatu. Contoh Qurbi Nawafil adalah kelakuan Nabi Isa
a.s yang membentuk rupa burung dari tanah liat lalu menyuruh burung itu terbang
dengan izin Allah s.w.t, juga kelakuan beliau a.s menyeru orang mati supaya
bangkit dari kuburnya. Nabi Isa a.s melihat sifat-sifat Allah s.w.t yang
diizinkan menjadi kemampuan beliau, sebab itu beliau tidak ragu-ragu untuk
menggunakan kemampuan tersebut menjadikan burung dan menghidupkan orang mati
dengan izin Allah s.w.t.
4 : Muwahhid:
Muwahhid fana’ dalam dzat, dzatnya lenyap dan DZat Mutlak yang
menguasainya. bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Alloh
s.w.t. Orang ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan
sekalian maujud. Kelakuan atau amalnya tidak lagi seperti manusia biasa karena
dia telah terlepas dari sifat-sifat kemanusiaan dan kemakhlukan. Misalkan dia
bernama Abdullah, dan jika ditanya kepadanya di manakah Abdullah, maka dia akan
menjawab Abdullah tidak ada, yang ada hanyalah Allah! Dia benar-benar telah
lenyap dari ke‘Abdullah-an’ dan benar-benar dikuasai oleh ke‘Allah-an’. Ketika dia
dikuasai oleh hal dia terlepas daripada beban hukum syarak. Dia telah fana dari
‘aku’ dirinya dan dikuasai oleh kewujudan ‘Aku Hakiki’. Walau bagaimana pun
sikap dan kelakuannya dia tetap dalam ridho Allah s.w.t. Apabila dia tidak
dikuasai oleh hal, kesedarannya kembali dan dia menjadi ahli syariat yang taat.
Perlu diketahui bahawa hal tidak boleh dibuat-buat dan orang yang dikuasai oleh
hal tidak berupaya menahannya.
Orang-orang sufi bersepakat mengatakan bahawa siapa yang mengatakan, “Ana
al-Haq!” sedangkan dia masih sadar tentang dirinya maka orang tersebut adalah
sesat dan kufur!
5 : Mutahaqqiq:
Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam dzat turun kembali kepada
kesedaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi
melaksanakan amanat sebagai khalifah Alloh di muka bumi dan kehidupan dunia
yang wajib diurusi.
Dalam kesadaran dzat seseorang tidak
keluar dari khalwatnya dengan Alloh s.w.t dan tidak peduli tentang
keruntuhan rumah tangga dan kehancuran dunia seluruhnya. Sebab itu orang yang
demikian tidak boleh dijadikan pemimpin. Dia mesti turun kepada kesedaran sifat
barulah dia boleh memimpin orang lain. Orang yang telah mengalami kefanaan
dalam zat kemudian disadarkan dalam sifat adalah benar-benar pemimpin yang
dilantik oleh Alloh s.w.t menjadi Khalifah-Nya untuk memakmurkan makhluk Alloh
s.w.t dan memimpin umat manusia menuju jalan yang diridhoi Alloh s.w.t. Orang
inilah yang menjadi ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang sejati, ahli
thorikoh yang sejati dan ahli syariat yang sejati, berkumpul padanya
dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Robbani. Insan Robbani peringkat
tertinggi ialah para nabi-nabi dan Alloh karuniakan kepada mereka maksum,
sementara yang tidak menjadi nabi dilantik sebagai wali-Nya yang diberi
perlindungan dan pemeliharaan.
(Hikmah ke 8)
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :