بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
Futuuhul ghoib
المقالة الحادية
والأربعون
مـثـل فـي
الـفـنـاء و كـيـفـيـتـه
قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : نضرب لك مثلاً في الفناء فنقول: ألا ترى أن
الملك يولى رجلاً من العوام ولاية على بلدة من البلاد، ويخلع عليه ويعقد له ألوية
ورايات، ويعطيه الكؤوس والطبل والجند فيكون على برهة من الزمان، حتى إذا اطمأن
واعتقد بقاءه وثباته، وعجب به ونسي حالته الأولى ونقصانه وذله وفقره وخموله،
وداخلته النخوة والكبرياء جـاءه العزل من الملك في أشر ما كان من أمره، ثم طالبه
الملك بجرائم صنعها وتعدى أمره ونهيه فيها، فحبسه في أضيق الحبوس وأشدها، وطال
حبسه ودام ضره له وذله وفقره، وذابت نخوته وكبرياؤه، وانكسرت نفسه وخمدت نار هواه،
وكل ذلك في عين الملك ثم تعطف الملك عليه فنظره بعين الرأفة والرحمة، فأمر بإخراجه
من الحبس والإحسان إليه، والخلعة عليه وردَّ الولاية إليه ومثلها معها وجعلها له
موهبة، فدامت له وبقيت مصفاة مكفاة مهنأة وكذلك المؤمن إذا قربه الله إليه واجتباه
فتح قبالة عين قلبه باب الرحمة والمنة والإنعام، فيرى بقلبه ما لا عين رأت ولا أذن
سمعت ولا خطر على قلب بشر، من مطالعة الغيوب من ملكوت السموات والأرض وتقريب وكلام
لذيذ لطيف ووعد جميل، ووفاء به، وإجابة دعاء وكلمات حكمة وتصديق وعد، فإنها ترمى
إليه قلبه قذفاً من مكان بعيد فتظهر على لسانه، ومع ذلك يسبغ عليه نعمة ظاهرة على جسده
وجوارحه، في المأكول والمشروب والملبوس والمنكوح الحلال والمباح وحفظ الحدود
والعبادات الظاهرة، فيديم الله عزّ وجلّ ذلك لعبده المؤمن المجذوب برهة من الزمان،
حتى اطمأن العبد إلى ذلك واغتر به واعتقد دوامه فتح عليه أبواب البلايا وأنواع
المحن في النفس والمال والأهل والولد والقلب فينقطع عنه جميع ما كان أنعم الله
عليه من قبل، فيبقى متحيراً حسيراً منكسراً مقطوعاً به.
إن
نظر إلى ظاهره رأى ما يسوؤه، وإن نظر إلى قلبه وباطنه رأى ما يحزنه، وإن سأل الله
تعالى كشف ما به من الضر لم ير إجابته، وإن طلب وعداً جميلاً لم يجده سريعاً وإن
وعد بشئ لم يعثر على الوفاء به، وإن رأى رؤيا لم يظفر بتعبيرها وتصديقها، وإن رام
الرجوع إلى الخلق لم يجد إلى ذلك سبيلاً، وإن ظهرت له في ذلك رخصة فعمل بها تسارعت
العقوبات نحوه وتسلطت أيدي الخلق على جسمه وأسنتهم على عرضه، وإن طلب الإقالة مما
قد أدخل فيه من الحالة الأولى قبل الاجتباء لم يقل، وإن طلب الرضا أو الطيبة والتنعم
بما به من البلاء لم يعط فحينئذ يأخذ النفس في الذوبان والهوى في الزوال والإرادة
والأماني في الرحيل والأكوان في التلاشي، فيدام له ذلك بل يزداد تشديداً وعصراً وتأكيداً،
حتى إذا فني العبد من الأخلاق الإنسانية والصفات البشرية وبقى روحاً فقط يسمع نداء
في باطنه
}ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ
بَارِدٌ وَشَرَابٌ{.ص42. كما قيل لسيدنا أيوب عليه السلام، فيمطر الله عزّ وجلّ
في قلبه بحار رحمته ورأفته ولطفه ومنته، ويحييه بروحه ويطيبه بمعرفته ودقائق
علومه، ويفتح عليه أبواب رحمته ونعمته ودلاله، وأطلق إليه الأيدي بالبذل والعطاء
والخدمة في سائر الأحوال والألسن بالحمد والثناء، والذكر الطيب في جميع المحال،
والأرجل بالترحال، وذلك له وسخر له الملوك والأرباب، وأسبغ عليه نعمة ظاهرة
وباطنة، تربيته ظاهرة بخلقه ونعمه، ويستأثره تربيته باطنة بلطفه وكرمه، وأدام له
ذلك إلى اللقاء، ثم يدخله فيما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر، كما
قال جلّ وعلا : }فَلَا
تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاء بِمَا كَانُوا
يَعْمَلُونَ{.السجدة17.
Risalah 41
Mutiara karya
Syeikh Abdul Qodir Jailani
Akan kami paparkan bagimu sebuah misal tentang kelimpahan, dan kami berkata,
"Tidakkah kau lihat seorang raja yang menjadikan seorang biasa sebagai gubernur
kota tertentu, memberinya pakaian kehormatan, bendera, panji-panji dan tentera,
sehingga ia merasa aman mulai yakin bahawa hal itu akan kekal, bangga dengannya,
dan lupa akan keadaan sebelumnya. Ia terseret oleh kebanggaan, kesombongan, dan
kesia-siaan. Maka, datanglah perintah pemecatan dari raja. Dan sang raja meminta
penjelasan atas kejahatan-kejahatan yang telah dilakukannya dan pelanggarannya
atas perintah dan larangannya. Lalu sang raja memenjarakannya di dalam sebuah
penjara yang sempit dan gelap serta memperlama pemenjaraannya, dan orang itu
terus menderita, terhina dan sengsara, akibat ketakabburan dan kesia-siaannya,
dirinya hancur, api kehendaknya padam, dan semua ini terjadi di depan mata sang
raja dan diketahuinya. Setelah itu ia menjadi kasihan terhadap orang itu, dan
memerintahkan agar ia dibebaskan dari penjara, disertai kelembutan terhadapnya,
dianugerahkan kembali pakaian kehormatan, dan dijadikannya kembali ia sebagai
gubernur. Ia menganugerahkan semua ini kepada orang itu sebagai kurnia .
Kemudian ia menjadi teguh, bersih, berkecukupan dan terahmati.
Beginilah
keadaan seorang beriman yang didekatkan dan dipilih-Nya.
Ia bukakan di
hadapan mata hatinya pintu-pintu kasih-sayang, kemurahan dan pahala. Maka, ia
melihat dengan hatinya yang mata tak pernah melihat, yang telinga tak pernah
mendengar, yang hati manusia tak tahu akan hal-hal ghaib dari kerajaan lelangit
dan bumi, akan kedekatan dengan-Nya, akan kata manis, janji menyenangkan,
limpahan kasih-sayang, akan diterimanya doa dan kebajikan, dan akan dipenuhinya
janji serta kata-kata bijak bagi hatinya, yang menyatakan sendiri melalui
lidahnya, dan dengan semua ini Ia sempurnakan bagi orang ini kurnia-kurnia-Nya
pada tubuhnya, yang berupa makanan, minuman, pakaian, isteri yang halal, hal-hal
lain yang halal dan pemerhati terhadap hukum dan tindak pengabdian. Lalu, Allah
memelihara keadaan ini bagi hamba beriman-Nya yang didekatkan kepada-Nya sampai
sang hamba beriman-Nya yang didekatkan kepada-Nya sampai sang hamba merasa aman
di dalamnya, terkecoh olehnya dan percaya bahawa hal itu kekal. Maka, Allah
membukakan baginya pintu-pintu musibah, aneka kesulitan hidup, milikan, isteri,
anak, dan mencabut darinya segala kurnia yang telah dilimpahkan-Nya kepadanya
sebelum ini, sehingga ia terkulai, hancur dan terputus dari
masyarakatnya.
Bila ia melihat keadaan-keadaan lahiriahnya, maka ia
melihat hal-hal yang buruk baginya. Bila ia melihat hati dan jiwanya, maka ia
melihat hal-hal yang menyedihkannya. Jika ia memohon kepada Allah untuk
menjauhkan kesulitannya, maka permohonannya itu tak diterima. Jika ia memohon
janji baik, ia tak segera mendapatkannya. Jika ia berjanji, ia tak tahu tentang
pemenuhannya. Bila ia bermimpi, ia tak bisa menafsirkannya dan tak tahu tentang
kebenarannya. Bila ia bermaksud kembali kepada manusia, ia tak mendapatkan
sarana untuk itu. Bila ada sesuatu pilihan baginya dan ia bertindak berdasarkan
pilihan itu, maka ia segera tersiksa, tangan-tangan orang memegang tubuhnya, dan
lidah-lidah mereka menyerang kehormatannya.
Bila ia hendak melepaskan
dirinya dari keadaan ini, dan kembali kepada keadaan sebelumnya, ia gagal. Bila
ia memohon agar dikurniakan pengabdian, ketercerahan dan kebahagiaan di
tengah-tengah musibah yang dialaminya, permohonannya itu pun tak
diterima.
Maka, dirinya mulai meleleh, hawa nafsunya mulai sirna,
maksud-maksud serta kerinduan-kerinduannya mulai pupus, dan kemaujudan segala
suatu menjadi tiada. Keadaannya ini diperpanjang dan kian hebat, hingga sang
hamba berlalu dari sifat-sifat manusia. Tinggallah ia sebagai ruh. Ia mendengar
panggilan jiwa kepadanya:
"Hentamkanlah kakimu, inilah air yang sejuk untuk
mandi dan minum." (QS 38:42)
Sebagaimana panggilan kepada Nabi Ayub as.
Lalu Allah mengalirkan samudera kasih-sayang dan kelembutan-Nya ke dalam
hatinya, menggelorakannya dengan kebahagiaan, aroma harum pengetahuan tentang
hakikat dan ketinggian pengetahuan-Nya, membukakan baginya pintu-pintu nikmat
dalam segala keadaan hidup, membuat para raja mengabdi kepadanya, menyempurnakan
baginya nikmat-nikmat-Nya lahiriah dan ruhaniah, menyempurnakan lahiriahnya
melalui makhluk dan rahmat-rahmat lain-Nya, menyempurnakan ruhaninya dengan
kelembutan dan kurnia-Nya, dan membuat keadaan ini berkesinambungan baginya,
hingga ia menghadap-Nya. Kemudian Ia memasukkannya ke dalam yang mata tak pernah
melihat, yang telinga tak pernah mendengar dan yang tak pernah tersirat dalam
hati manusia, sebagaimana firman-Nya:
"Tiada jiwa yang tahu yang disembunyikan bagi mereka, yang akan
mengenakkan mata mereka, balasan bagi yang telah mereka perbuat." (QS 32:17)
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :