بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
 
Pedoman Ber-mazhab Dalam Islam
 
Semua umat Islam bermazhab akan tetapi hanya sebilangan kecil 
daripada mereka yang tahu cara dan syarat bermazhab. Insya-Allah buku 
ini akan membahas cara-cara bermazhab, bermula dari sejarah kelahiran 
mazhab sehinggalah ke peranan mazhab kepada umat Islam pada zaman 
kematangan ilmu masa kini.
Buku ini sebenarnya merupakan edisi baru yang dikemas kini daripada edisi lama yang telah ada di pasaran sejak tahun 2000M.
Berkenaan mazhab, umumnya umat Islam terbahagi kepada 3 kelompok:
- Mereka yang berkata semua umat Islam wajib bermazhab dan setiap individu Muslim wajib berpegang kepada satu mazhab sahaja.
 
- Mereka yang berkata semua umat Islam haram bermazhab. Setiap 
individu Muslim wajib berpegang kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja.
 
- Mereka yang berkata hukum bermazhab bergantung kepada kemampuan ilmu
 seseorang. Jika dia mampu merujuk secara terus kepada sumber al-Qur’an 
dan al-Sunnah maka dia tidak wajib bermazhab. Sebaliknya jika tidak 
mampu maka dia wajib bermazhab kerana peranan mazhab ialah memudahkan 
rujukan orang awam kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.
 
Kewujudan 3 kelompok ini menjadi faktor utama penulis mengusahakan 
buku ini. Yang benar ialah pendapat yang ketiga dan insya-Allah buku ini
 akan membahas dan meluaskan lagi pendapat tersebut. Pada waktu yang 
sama akan dijelaskan di mana salah silapnya pendapat yang pertama dan 
kedua.
Selain itu antara sebab penulis memberi perhatian kepada subjek 
mazhab ialah kerana sebahagian besar umat Islam tidak tahu apakah faktor
 yang menyebabkan wujudnya 4 mazhab fiqh Islam dan bagaimana seharusnya 
mereka berinteraksi dengannya. Hal ini mengarah kepada beberapa 
persoalan lain seperti:
- Jika sumber rujukan adalah satu, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah, maka kenapakah ada 4 mazhab?
 
- Mazhab manakah yang paling benar?
 
- Apakah yang harus dilakukan apabila hidup dan beribadah bersama umat Islam yang berlainan mazhab?
 
- Bolehkan seseorang itu berpindah-pindah mazhab?
 
- Bolehkan seseorang itu dalam sebahagian perkara mengikut mazhab A manakala dalam sebahagian perkara lain mengikut mazhab?
 
Insya-Allah persoalan-persoalan ini dan banyak lagi yang seumpama akan dijawab di dalam buku ini.
 
Daftar Isi Buku:
- Sejarah Kemunculan Mazhab
 
- Berkenalan Dengan Para Imam Mazhab
 
- Pegangan Dan Prinsip Para Imam Mazhab
 
- Sebab-Sebab Wujudnya Perbezaan Pendapat Antara Para Imam Mazhab
 
- Teladan Para Imam Mazhab Dalam Menghadapi Perbezaan Pendapat
 
- Beberapa Contoh Sikap Taksub Mazhab
 
- Perintah Allah Mentaati al-Qur’an dan Rasul-Nya
 
- Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam
 
- Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam
 
- Adakah Seruan “Kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah” Bererti Meninggalkan Ajaran Para Imam Mazhab?
 
- Memilih-milih Antara Mazhab
 
- Berusaha Menjauhkan Taqlid
 
Download Buku Pedoman Ber-Mazhab Dalam Islam.
Silahkan Bagikan Artikel ini
 
 
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini. 
Related Posts :