بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
المقالة الثالثة
عشرة
فـي
الـتـســلـيـم لأمــر الله
قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : لا تختر جلب النعماء ولا دفع البلوى، فالنعماء
واصلة إليك إن كانت قسمك استجلبتها أو كرهتها, والبلوى حالَّةٌ بك إن كانت قسمك
مقضية عليك سواء كرهتها أو رفعتها بالدعاء أو صبرت وتجلدت لرضى المولى, بل سلم في
الكل, فيفعل الفعل فيك، فإن كانت النعماء فاشتغل بالشكر, وإن كانت البلوى فاشتغل
بالتصبر والصبر, أو الموافقة والتنعم بها أو العدم أو الفناء فيها على قدر ما تعطى
من الحالات وتنتقل فيها, وما تسير في المنازل في طريق المولى الذي أمرت بطاعته
والموالاة, لتصل إلى الرفيق الأعلى, فتقام حينئذ مقام من تقدم ومضى من الصديقين
والشهداء والصالحين, لتعاين من سبقك إلى المليك ومنه دنا, ووجد عنده كل طريفة وسروراً
وأمناً, وكرامة ونعما.
دع
البلية تزورك, خل من سبيلها, ولا تقف ولا تجزع من مجيئها وقربها, فليس نارها أعظم
من نار جهنم ولظى, فقد ثبت في الخبر المروي عن خير البرية, وخير من حملته الأرض
وأظلته السماء محمد المصطفى صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إن نار جهنم تقول للمؤمن جز يا مؤمن فقد أطفأ نورك لهبي)
فهل كان نور المؤمن الذي أطفأ لهب النار في لظى إلا الذي صحبه في الدنيا الذي لن
يمر من أطاعها وعصى, فليطفئ هذا النور لهب البلوى, ولتجد برد صبرك وموافقتك للمولى
وهيج ما حل بك من ذلك ومنك دنا، فالبلية لم تأتك لتهلكك, لكنها تأتيك لتجربك وتحقق
صحة إيمانك وتوثيق عروة يقينك ويبشرك باطنها من مولاك بمباهاته بك, قال الله تعالى
: }وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ
حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ
أَخْبَارَكُمْ{.محمد31.
فإذا ثبت مع الحق إيمانك ووافقته في فعله بيقينك كل ذلك بتوفيق منه ومنة, فكن حينئذ
أبداً صابراً موافقاً مُسَلِّمَاً لا تحدث فيك ولا في غيرك حادثة ما خرج عن الأمر
والنهي, فإذا كان أمره عزَّ وجلَّ فتسامع وتسارع وتحرك ولا تسكن ولا تسلم للقدر
والفعل, بل ابذل طوقك وجهودك لتؤدي الأمر, فإن عجزت فدونك الالتجاء إلى مولاك عزَّ
وجلَّ, فالتجئ إليه وتضرع واعتذر, وفتش عن سبب عجزك عن أداء أمره وصدك عن التشوق
لطاعته لعل ذلك لشؤم دعائك وسوء أدبك في طاعته, ورعونتك واتكالك على حولك وقوتك,
وإعجابك بعلمك وشركك إياك بنفسك وخلقه, فصدك عن بابه, وعزلك عن طاعته وخدمته, وقطع
عنك مدد توفيقه, وولى عنك وجهه الكريم, ومقتك وقلاك, وشغلك ببلائك دنياك وهواك، وإرادتك
ومناك.
أما
تعلم أن كل ذلك مشغول عن ذلك, وقاطعك عن عين الذي خلقك ورباك، وخوّلك وأعطاك
وأحياك.
احذر
لا يلهيك عن مولاك غير مولاك, وكل من سوى مولاك غيره, فلا تؤثر عليه غيره فإنه
خلقك له, فلا تظلم نفسك فتشغل بغيره عن أمره فيدخلك النار التي وقودها الناس
والحجارة فتندم, فلا ينفعك الندم, وتعتذر فلا تعذر, وتستعتب فلا تعتب, وتسترجع إلى
الدنيا لتستدرك وتصلح فلا ترجع.
ارحم
نفسك وأشفق عليها, واستعمل الآلات والأدوات التي أعطيتها في طاعة مولاك من الفعل
والإيمان والمعرفة والعلم.
استضيء
بنورهما في ظلمات الأقدار, وتمسك بالأمر والنهي, وسيرهما في طريق مولاك وسلم ما
سواهما إلى الذي خلقك وأنشأك, فلا تكفر بالذي خلقك من تراب ورباك, ثم من نطفة ثم
رجلاً سواك، ولا ترد غير أمره, ولا تكره غير نهيه.
اقنع
من الدنيا والأخرى بهذا المراد واكره فيهما هذا المكروه, فكل ما يراد تبع لهذا المراد,
وكل مكروه تبع لهذا المكروه.
إذا
كنت مع أمره كانت الأكوان في أمرك, وإذا كرهت نهيه فرت منك المكاره أين كنت وحللت.
قال الله عزَّ وجلَّ في بعض كتبه : (يا ابن آدم أنا الله لا إله إلا أنا أقول للشيء كن فيكون ،
أطعني أجعلك تقول للشيء كن فيكون) وقال عزَّ وجلَّ : (يا دنيا من خدمني فاخدميه ومن خدمك فأتعبيه) فإذا
جاء نهيه عزَّ وجلَّ فكن كأنك مسترخي المفاصل, مسكن الحواس, مضيق الذرع، متماوت
الجسد، زائل الهوى, منطمس الوسوم، منمحي الرسوم، منسي الأثر, مظلم القنا, متهدم
البناء، خاوي البيت, ساقط العرش, لا حس ولا أثر, فليكن سمعك كأنه أصم وعلى ذلك
مخلوق، وبصرك كأنه معصب أو مرمود أو مطموس, وشفتاك كأن بهما قرحة وبثوراً, ولسانك
كأنه به خرساً وكلولاً، وأسنانك كأن بهما ضرياناً وألماً ونشورا, ويداك كأن بهما
شللاً وعن البطش قصورا, ورجلاك كأن بهما رعدة وارتعاشاً وجروحاً, وفرجك كأن به عنة
وبغير ذلك الشأن مشغولا, وبطنك كأن به امتلاء وارتواء وعن الطعام غنى, وعقلك كأنك
مجنون ومخبول, وجسدك كأنك ميت وإلى القبر محمول, فالتسامع والتسارع في الأمر,
والتعاقد والتجاعد والتقاصر في النهي, والتماوت والتعادم والتفاني في القدر, فاشرب
هذه الشربة, وتداو بهذا الدواء, وتغذ بهذا الغذاء، تنجح وتشفى, وتعافى من أمراض
الذنوب وعلل الأهواء, بإذن الله تعالى إن شاء الله.
Risalah 13
Mutiara karya Syeikh Abdul Qadir Jailani
Jangan
berupaya menjarah sesuatu rahmat, dan jangan pula berupaya menangkis datangnya
sesuatu bencana. Rahmat akan datang kepadamu jika ia sudah ditakdirkan
untukkmu, baik kau suka atau pun tak suka. Bencana akan menimpamu, jika itu
takdir bagimu, entah suka atau tak suka, dan kau cuba menangkisnya dengan do'a,
atau menghadapinya dengan kesabaran dan keteguhan hati demi mendapatkan
keredhaanNya.
Berpasrahlah
dalam segala hal, agar Ia bertindak melalui dirimu. Jika itu suatu rahmat,
bersyukurlah. Dan jika itu suatu bencana, bersabarlah, atau cuba tumbuhkanlah
kesabaran dan keterikatan dengan Allah dan keredhaanNya.
Atau cuba rasakanlah rahmatNya di dalam bencana ini, atau menyatulah sedapat
mungkin denganNya lewat hal ini, lewat semua sarana spiritual yang kau miliki.
Di dalamnya, kau akan digerakkan dari satu maqam ke maqam yang lain dalam
perjalananmu menuju Allah, iaitu dalam upaya mentaati dan berakrab dengan
perintah sehingga kau dapat berjumpa dengan yang Maha Besar.
Lalu, kau ditempatkan di maqam yang sebelumnya telah dicapai oleh para Shiddiq,
para syahid dan para shaleh. Maknanya, kau mencapai keakraban sedemikian rupa
dengan Allah hingga memungkinkanmu melihat maqam orang-orang yang telah
mendahuluimu menghadap Sang Raja, Penguasa Kerajaan yang Agung, dan orang-orang
yang dekat denganNya dan telah menerima segala kenyamanan, kesenangan,
keamanan, kehormatan dan rahmat dariNya.
Biarkanlah bencana itu datang, dan jangan rintangi jalannya. Jangan
menghadapinya dengan doa. Jangan merasa gundah atas kedatangan dan
penghampirannya, kerana panas apinya tak lebih mengerikan daripada kobaran api
neraka.
Mengenai manusia terbaik, dan yang terbaik di atas bumi, dan di kolong langit
ini, Rasulullah Muhammad saw, diriwayatkan, bersabda: "Sungguh, api neraka
akan berseru kepada orang-orang beriman 'Wahai mu'min, cepatlah berlalu kerana
cahayamu mematikan nyala apiku' "
Nah, bukanlah nur seorang mu'min yang mematikan nyala api neraka itu, adalah
cahaya yang kita temui padanya di dunia ini, dan yang membedakan yang patuh
kepada Allah dan yang kafir ? Cahaya inilah yang memadamkan kobaran bencana.
Sedang kesejukan kesabaranmu dan kepatuhanmu kepada Allahlah yang memadamkan
panas yang bakal menimpamu.
Jadi, bencana yang menimpamu bukanlah untuk menghancurkanmu, tapi mengujimu,
mengukuhkan imanmu, menguatkan pilar-pilar keyakinanmu, dan memberimu secara
rohani, khabar baik dariNya tentang kehendakNya atasmu. Allah berfirman :
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami
mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antaramu; dan agar kami
nyatakan hal ehwal kalian. " (QS: 47:31).
Nah, bila keimananmu dengan Allah terbukti dan sedemikian sesuai dengan
ketentuanNya - dan hal ini berkat pertolonganNya - maka kau meski tetap
bersabar, serasi denganNya dan penuh taat kepadaNya. Jangan biarkan segala
pelanggaran terhadap perintah dan laranganNya, baik oleh dirimu sendiri mahupun
orang lain. Bila datang perintahNya, dengarkanlah dengan saksama dan segeralah
melaksanakannya. Bertindaklah, jangan diam, jangan pasif di hadapan takdir Yang
Maha Kuasa, tapi curahkanlah kekuatanmu dan berupayalah memenuhi perintah itu.
Jika kau tak mampu melaksanakan perintah itu, jangan membuang-buang waktu,
segeralah kembali kepada Allah. Berlindunglah kepadaNYa, rendahkanlah dirimu di
hadapanNYa, mohonlah ampunanNya. Cuba carilah sebab ketakmampuanmu melaksanakan
perintahNya, dan untuk terjauhkan dari berbangga atas kepatuhanmu kepadaNya.
Mungkin ketakmampuanmu ini disebabkan oleh prasangka-prasangka buruk, atau oleh
sikap tak layakmu dalam kepatuhanmu kepadaNya atau oleh kebanggaanmu, atau oleh
kebertumpuanmu pada daya upayamu sendiri, atau oleh perbuatanmu sendiri
menyekutukanNya dengan dirimu sendiri atau dengan makhlukNya. Akibatnya, Ia
menjauhkanmu dari pintuNya dan menolak kepatuhanmu kepadaNYa. Lalu Ia tutup
pintu pertolongan bagimu, Ia palingkan kemurahan wajahNya dari dirimu. Ia
menjadi marah kepadaMu, dan menjauhkan diri darimu. DibiarkanNya, kau sibuk
dengan cubaan-cubaanmu di dunia ini, dengan kedirianmu. Tak tahukah kau, bahawa
hal ini membuatmu lupa akan Tuhanmu, dan menutupimu dari penglihatanNya, Ia
yang telah menciptakanmu, memeliharamu, dan mengurniaimu sedemikian banyak
ni'mat. Waspadalah agar segala sesuatu selain Allah ini tak memisahkanmu
dariNya. Maka, jangan mengutamakan sesuatu selain Allah, sebab Dia menciptakanmu
semata-mata untuk beribadah kepadaNya. Maka janganlah berlaku aniaya terhadap
diri sendiri, sehingga disibukkan oleh segala yang bukan perintahNya. Yang
demikian itu, menjerumuskanmu ke dalam api neraka yang bahan bakarnya manusia
dan bebatuan, dan kau pasti menyesal, tapi penyesalanmu tiada guna dan kau
berdalih, tapi tiada dalih yang diterima. Kau menangis minta pertolongan, tapi
takkan ada pertolongan. Kau cuba menyenangkan Allah, tapi sia-sia.
Kau minta dikembalikan ke dunia, untuk mempersiapkan bekal dan menebus
kesalahan, tapi sia-sia. Kasihanilah dirimu, dan gunakanlah segala sarana untuk
mengabdi kepada Tuhanmu, seperti akalmu, keimananmu, kecerahan ruhanimu, dan
ilmu yang dikurniakan kepadamu. Dan berupayalah menerangi lingkunganmu dengan
cahaya ini semua di tengah-tengah kehampaan tujuan. Pegang teguhlah semua
perintah dan larangan Allah, dan lewatilah, di bawah petunjuk keduanya, jalan
menuju Tuhanmu, Ia yang telah menciptakan dan menumbuhkanmu. Jangan kufur
ni'mat kepadaNya, Ia yang telah menciptakanmu dari debu, dan dari setitis mani
dijadikanNya kau seorang manusia sempurna. Janganlah menghendaki yang bukan
perintahNya, dan jangan menganggap sesuatu itu buruk, bila tak tegas-tegas
diharamkanNya. Bila kau serasi dengan perintahNya, seluruh makhluk hormat
kepadamu. Bila kau menghinakan segala yang dilarang oleh Allah, maka segala
yang tak nampak lari menjauhimu, di manapun kau berada. Allah telah berfirman :
" Wahai bani Adam, Akulah Allah, tak ada ilah (sesembahan) selain Aku.
Bila Aku katakan 'Jadilah', maka ia akan maujud. Patuhilah Aku, maka akan
Kusempurnakan kamu, sehingga bila kau berkata 'Jadilah', ia akan maujud. "
"Wahai bumi, hormatilah orang-orang yang memujiku, dan susahkanlah
orang-orang yang memujamu."
Maka, bila datang sesuatu yang diharamkanNya, berlakulah bagai seorang yang
longlai sendi-sendi tulangnya, yang kehilangan kekuatan jasmaninya, yang remuk
hatinya, yang tak berghairah, yang terlepas dari pesona-pesona duniawi dan dari
segala nafsu haiwani, bak pelataran gelap nan tak terurus, bak gedung tak
berpenghuni yang atapnya sudah jebol, yang di dalamnya tak ada jejak-jejak
kemaujudan haiwani. Berlakulah bagai seorang tuli sejak lahir, bagai seorang
buta sejak lahir, seakan bibirmu penuh bengkak nan ngeri, seakan lidahmu bisu
dan kasar, seakan gigimu bernanah penuh nyeri dan tanggal, seakan kedua
tanganmu lumpuh dan tak kuasa memegang sesuatupun, seakan kakimu gemetar dan
penuh luka, seakan kemaluanmu lumpuh seolah perutmu kekenyangan, seakan akalmu
gila, dan tubuhmu seakan mayat tengah diangkut ke kubur.
Maka, kau mesti segera mendengarkan dan menunaikan semua perintahNya,
sebagaimana kau mesti enggan tak berghairah terhadap semua yang diharamkanNya,
dan berlaku bagai mayat, pasrahlah terhadap ketentuanNya. Nah, teguklah sirup
ini, ambillah ubat ini, dan aturlah makanmu, agar kau terbebas dari kedirian,
sembuhkanlah dirimu dari segala penyakit dosa, dan lepaskanlah dirimu dari
belenggu nafsu, dan dengan demikian terperbaruilah dirimu menjadi peribadi yang
ruhaninya sihat dan sempurna.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :