بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
المقالة الثالثة
فـي
الابـتـلاء
قـال رضـي الله تـعـالى
عـنـه و أرضـاه : إذا
ابتلي العبد ببلية تحرك أولاً في نفسه بنفسه, فإن لم يتخلص منها استعان بالخلق
كالسلاطين وأرباب المناصب وأرباب الدنيا وأصحاب الأحوال وأهل الطب في الأمراض
والأوجاع، فإن لم يجد في ذلك خلاصاً رجع إلى ربّه بالدعاء والتضرع والثناء. ما دام
يجد بنفسه نصرة لم يرجع إلى الخلق، وما دام يجد به نصرة عند الخلق لم يرجع إلى
الخالق, ثم إذا لم يجد عند الخلق نصرة استطرح بين يديه مديماًً للسؤال والدعاء
والتضرع والثناء والافتقار مع الخوف والرجاء, ثم يعجزه الخالق عزَّ وجلَّ عن
الدعاء, ولم يجبه حتى ينقطع عن جميع الأسباب، فحينئذ ينفذ فيه القدر ويفعل فيه
الفعل، فيفنى العبد عن جميع الأسباب والحركات، فيبقى روحاً فقط, فلا يرى إلا فعل
الحق فيصير موقناً موحداً ضرورة يقطع أن لا فاعل في الحقيقة إلا الله لا محرك ولا
مسكن إلا الله ولا خير ولا ضر ولا نفع ولا عطاء ولا منع, ولا فتح ولا غلق، ولا موت
ولا حياة، ولا عزّ ولا ذل إلا بيد الله فيصير في القدر كالطفل الرضيع في يد الظئر
والميت الغسيل في يد الغاسل والكرة في صولجان الفارس، يقلب ويغير ويبدل, ويكون ولا
حراك به في نفسه ولا في غيره فهو غائب عن نفسه في فعل مولاه , فلا يرى غير مولاه
وفعله, ولا يسمع ولا يعقل من غيره إن بصر وإن سمع وعلم, فلكلامه سمع، ولعلمه علم،
وبنعمته تنعم، وبقربه تسعد، وبتقريبه تزين وتشرف, وبوعده طاب وسكن, به اطمأن,
وبحديثه أنس, وعن غيره استوحش ونفر, وإلى ذكره التجأ وركن, وبه عزَّ وجلَّ وثق
وعليه توكل، وبنور معرفته اهتدى وتقمص وتسربل, وعلى غرائب علومه اطلع، وعلى أسرار
قدرته أشرف، ومنه سمع ووعي, ثم على ذلك حمد وأثنى وشكر ودعا.
Risalah 3
Mutiara karya Syeikh Abdul Qadir Jailani
Apabila seorang
hamba Alloh mengalami kesulitan hidup, maka pertama-tama ia coba mengatasinya
dengan upayanya sendiri. Bila gagal ia mencari pertolongan kepada sesamanya,
khususnya kepada raja, penguasa, hartawan; atau bila dia sakit, kepada dokter.
Bila hal ini pun gagal, maka ia berpaling kepada Khaliqnya, Tuhan Yang Maha
Besar lagi Maha Kuasa, dan berdo'a kepada-Nya dengan kerendah-hatian dan pujian.
Bila ia mampu mengatasinya sendiri, maka ia takkan berpaling kepada sesamanya,
demikian pula bila ia berhasil kerana sesamanya, maka ia takkan berpaling kepada
sang Khaliq.
Kemudian bila tak juga memperolehi pertolongan dari Allah,
maka dipasrahkannya dirinya kepada Allah, dan terus demikian, mengemis, berdo'a
merendah diri, memuji, memohon dengan harap-harap cemas. Namun, Allah Yang Maha
Besar dan Maha Kuasa membiarkan ia letih dalam berdo'a dan tak mengabulkannya,
hingga ia sedemikian terkecewa terhadap segala sarana duniawi. Maka kehendak-Nya
mewujud melaluinya, dan hamba Allah ini berlalu dari segala sarana duniawi,
segala aktiviti dan upaya duniawi, dan bertumpu pada rohaninya.
Pada
peringkat ini, tiada terlihat olehnya, selain kehendak Allah Yang Maha Besar
lagi Maha Kuasa, dan sampailah dia tentang Keesaan Allah, pada peringkat haqqul
yaqin (* tingkat keyakinan tertinggi yang diperolehi setelah menyaksikan dengan
mata kepala dan mata hati). Bahawa pada hakikatnya, tiada yang melakukan segala
sesuatu kecuali Allah; tak ada penggerak tak pula penghenti, selain Dia; tak ada
kebaikan, kejahatan, tak pula kerugian dan keuntungan, tiada faedah, tiada
memberi tiada pula menahan, tiada awal, tiada akhir, tak ada kehidupan dan
kematian, tiada kemuliaan dan kehinaan, tak ada kelimpahan dan kemiskinan,
kecuali kerana ALLAH.
Maka di hadapan Allah, ia bagai bayi di tangan
perawat, bagai mayat dimandikan, dan bagai bola di tongkat pemain polo, berputar
dan bergulir dari keadaan ke keadaan, dan ia merasa tak berdaya. Dengan
demikian, ia lepas dari dirinya sendiri, dan melebur dalam kehendak Allah. Maka
tak dilihatnya kecuali Tuhannya dan kehendak-Nya, tak didengar dan tak
dipahaminya, kecuali Ia. Jika melihat sesuatu, maka sesuatu itu adalah
kehendak-Nya; bila ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka ia mendengar
firman-Nya, dan mengetahui lewat ilmu-Nya. Maka terkurniailah dia dengan
kurnia-Nya, dan beruntung lewat kedekatan dengan-Nya, dan melalui kedekatan ini,
ia menjadi mulia, redha, bahagia, dan puas dengan janji-Nya, dan bertumpu pada
firman-Nya. Ia merasa enggan dan menolak segala selain Allah, ia rindu dan
senantiasa mengingati-Nya; makin mantaplah keyakinannya pada-Nya, Yang Maha
Besar lagi Maha Kuasa. Ia bertumpu pada-Nya, memperolehi petunjuk dari-Nya,
berbusana nur ilmu-Nya, dan termuliakan oleh ilmu-Nya. Yang didengar dan
diingatnya adalah dari-Nya. Maka segala syukur, puji, dan sembah tertuju
kepada-Nya.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Mohon Maaf, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih. Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar (Cara Download) dibawah postingan. apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada kebrowser anda.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Related Posts :